KESILAPAN BESAR BN TERENGGANU GUGURKAN JAILANI JOHARI

JAILANI JOHARI MAMPU MEMBERI KEMENANGAN KEPADA BN TERENGGANU ATAS "FAKTOR JAILANI" JIKA BELIAU CALON PARLIMEN HULU TERENGGANU...

1. Dato Seri Jailani Johari(DSJJ) mampu untuk menyumbang kemenangan BN di Hulu Terengganu kerana mampu menarik sokongan pengundi di 7 kerusi DUNiaitu 3 dun dalam parlimen hulu trg DUN AJIL,DUN KUALA BERANG,DUN TELEMONG, 2 DUN dalam Parlimen Kemaman iaitu DUN CHUKAI,DUN KEMASIK dan 2 DUN dalam Parlimen Marang iaitu DUN ALOR LIMBAT dan DUN BUKIT PAYONG.

2. Ini berdasarkan "Faktor Jailani" yang dikenali sebagai pemimpin bersih,bebas isu dan pemimpin idealistik dalam soal pembangunan ekonomi digital negara telah berjaya mempengaruhi 94645 orang pengundi2 luar yang merupakan Anak Terengganu di perantauan yang tinggal di Selangor & Kuala Lumpur.

3. Idea DSJJ untuk menjadikan Hulu Terengganu sebagai Hub Ekonomi Digital telah menarik minat dan berjaya mempengaruhi kumpulan pengundi pengundi luar yg terdiri daripada Kumpulan Non Partisan(Kumpulan Atas Pagar) seramai 94,645 orang yg merupakan pengundi berdaftar di DUN AJIL,DUN TELEMONG,DUN KUALA BERANG,DUN BUKIT PAYONG,DUN ALUR LIMBAT,DUN KEMASIK dan DUN CHUKAI.

5. Dalam pembangunan ekonomi digital,perniagaan secaea online merupakan perniagaan yg tidak memerlukan modal tetapi boleh membantu usahawan menjana sustainable income ( pendapatan tetap) setiap bulan kepada mereka yang mengusahakan perniagaan online. sebagai contoh, perniagaan dropship atau affiliate merupakan perniagaan online yg tidak memerlukan modal.apa yg perlu dilakukan oleh pengusaha perniagaan dropship hanya membuat promosi produk2 keluaran pengasas produk di laman sosial mereka dan setiap jualan yg berjaya dibuat,mereka akan memperolehi komisen atas jualan. Inilah kaedah penjanaan pendapatan tanpa modal melalui zon ekonomi digital.

6. Idea yang disampaikan oleh DSJJ  kpd anak2 terengganu di perantauan telah menarik minat mereka yg terdiri daripada pengundi2 luar di selangor dan kuala lumpur. Melalui pengerusi2 NGO anak Terengganu di perantauan telah menyatakan bahawa ahli masing2 yang dicampur bersama seramai 94,745 orang telah menyatakan janji mereka akan mengundi Barisan Nasional di Negeri Terengganu bagi melihat negeri terengganu mempunyai satu hab usahawan digital yg dicetuskan oleh DSJJ.

7. Melihat kepada kejayaan DSJJ menerajui kementerian Komunikasi Multimedia Malaysia(KKMM) sehingha membantu menyumbang 18.5% pendapatan negara melalui ekonomi digital menyakinkan pengundi-pengundi luar yang terdiri daripada golongan atas pagar untuk memberi undi kepada Barisan Nasional di Negeri Terengganu.

8. Namun begitu apabila mereka mengetahui bahawa DSJJ tidak dicalonkan sebagai calon P038, maka tidak dapat lah untuk DSJJ mewujudkan Hub Ekonomi Digital di ngeri terengganu yang bertemoat di Hulu Terengganu.Ini kerana,dgn tidak menjadi calon,bagaimana DSJJ hendak terus menjadi Ahli Parlimen dan dilantik sebagai menteri atau timbalan menteri KKMM yang mana menjadi bidang kepakaran DSJJ.

9. Disebabkan itu,pengundi pengundi luar golongan atas pagar membuat keputusan untuk tidak mengundi Barisan Nasional dalam PRU14.Daripada 747940 jumlah keseluruhan pengundi berdaftar di negeri terengganu,30% daripadanya merupakan Golongan Atas Pagar. 

11. Barisan Nasional,PAS,PAKATAN HARAPAN di Terengganu sememangnya bergantung harap kepada kumpulan ini untuk menguasai Kerajaan Negeri Terengganu dan DSJJ telah berjaya menarik janji dan minat kumpulan atas pagar yang merupakan pengundi luar terengganu melalui cetusan ideanya yang ingin mewujudkan Hab Usahawan Digital di Hulu Terengganu.

12. Satu kesilapan besar yang teramat sangat BN menggugurkan DSJJ sebagai calon Parlimen Hulu Terengganu kerana FAKTOR JAILANI sebenarnya mampu untuk membantu BN terus menjadi kerajaan Negeri Terengganu.Sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tiada gunanya.

Comments