KENALI PEJUANG POLITIK SEJATI
Pejuang Politik Tulen ialah individu yang memperjuangkan politik hingga sanggup mengorbankan apa sahaja termasuk maruah diri, keluarga, harta dan segala demi membela pemimpin mereka dan mencari keadilan untuk pemimpin mereka. Di Malaysia, adakah terdapat pejuang-pejuang politik tulen yang sanggup berkorban segalanya demi mencari jeadilan dan menegakkan kebenaran buat pemimpin politik mereka?
Jawapannya tentu sekali ada. Mereka ini ialah Bekas-Bekas Pejuang Politik Dato Seri Anwar Ibrahim atau Bekas Panglima Perang Politik Anwar Ibrahim seperti Ezam Mohd Noor, Roslan Kassim, Ng Lam Yong, Dr Chandra Muzaffar dan lain-lain. Bagi saya secara peribadi tiada lagi mana-mana individu yang terlibat dalam dunia Politik Malaysia mampu menandingi pejuangan mereka ini untuk membela Anwar Ibrahim satu masa dulu. Mereka sanggup mengorbankan maruah diri, pekerjaan, harta benda, keluarga dan segalanya demi membela & keadilan buat Anwar Ibrahim. Mereka inilah yang mengasaskan Parti Keadilan Rakyat untuk memperjuangkan keadilan buat Anwar Ibrahim.
Ezam Mohd Nor, bekas Setiausaha Politik Anwar Ibrahim adalah merupakan Panglima Utama Anwar Ibrahim pada era Reformasi 98 dahulu. Demi keadilan untuk Anwar Ibrahim, beliau rela berkorban segalanya hingga beliau sendiri dimasukkan ke penjara selama 3 tahun dan lokap 14 kali. Roslan Kassim individu pertama yang dikenakan tahanan ISA demi membela Anwar Ibrahim. Hingga ke tahap itu mereka sanggup berkorban demi Anwar Ibrahim. Disini saya ingin bertanya kepada penyokong-penyokong Pakatan Rakyat khususnya penyokong PKR Siapakah Dikalangan Pemimpin PKR dan Pakatan Rakyat yang ada bersama Anwar Ibrahim kini dapat menandingi perjuangan politik seperti bekas-bekas Pengasas PKR ini? Azmin Ali,Saifuddin Nasution, Rafizi Ramli atau sesiapa sahaja mampukah menandingi mereka ini? Saya berani potong jari tiada seorang pun pemimpin Pakatan Rakyat yang ada kini mampu menandingi mereka.
Namun begitu, apa yang amat menyedihkan ialah tiada pun yang menghargai pengorbanan Bekas Pengasas-Pengasas PKR ini. Apa yang mereka ini terima ialah tuduhan,cacian dan makian daripada penyokong-penyokong Pakatan Rakyat apabila mereka meninggalkan Anwar Ibrahim. Mereka dituduh sebagai Pembelot dan Dibeli olfeh UMNO? Apakah kalian rasakan mereka ini begitu mudah dibeli setelah mengorbankan segala demi keadilan Anwar Ibrahim dan demi menubuhkan PKR? Dengan apa yang mereka korbankan itu adakah dirasakan mereka ini sanggup menerima habuan wang ringgit daripada UMNO untuk meninggalkan Anwar Ibrahim? Mereka-mereka ini Pejuang Politik yang berprinsip.Prinsip mrreka apa yang betul tetap betul,apa yang salah tetap salah. Mereka bukannya pandangkan harta benda. Jika mereka pandang harta benda mereka tidak akan berjuang hingga ke masuk penjara dan lokap. Siapa manusia yang sanggup masuk penjara dengan tinggalkan anak isteri?tiada orang pun yang sanggup buat begitu tetapi mereka ini sanggup berkorban demi Anwar Ibrahim. Kerana itulah mereka layak digelar PEJUANG POLITIK TULEN.
Kenapa mereka meninggalkan Anwar Ibrahim? Bukan kerana mereka ini dibeli oleh UMNO. Apakah kalian ingat mereka ini orang yang boleh dibeli dan senang dipengaruhi oleh wang ringgit dan harta benda? Apakah kalian merasakan mereka ini tidak boleh hidup mewah bersama Anwar Ibrahim?Apakah kalian ingat mereka ini tidak boleh kedudukan tinggi bersama Anwar Ibrahim?Mereka ini cukup boleh untuk hidup mewah dan berkedudukan jika terus bersama dengan Anwar Ibrahim.Jika mereka kejarkan habuan wang ringgit dan harta mereka tidak akan meninggalkan Anuar Ibrahim. Kalian penyokong-penyokong Pakatan Rakyat jangan sangkakan yang Anuar Ibrahim tidak kaya raya.(Pendedahan kekayaan Anuar Ibrahim Akan Dibuat Pada Posting Blog Selanjutnya). Jika mereka ini kejarkan pangkat dan kedudukan dalam PKR, mereka tidak akan tinggalkan Anwar Ibrahim. Dr Chandra Muzaffar bekas Timbalan Presiden PKR, Ezam Mohd Noor Bekas Ketua AMK PKR dan mereka mengasaskan PKR tentu jawatan tinggi mereka akan pegang jika terus bersama Anwar Ibrahim. Oleh kerana bukan harta dan pangkat yang dikejar, mereka meninggalkan Anuar Ibrahim kerana setelah Anwar Ibrahim keluar penjara barulah mereka mengetahui bahawa Anwar Ibrahim seorang pemimpin yang tidak bermoral.
Mereka inilah Pejuang Politik Tulen Yang Berprinsip yang berpegang kepada prinsip BENAR TETAP BENAR,SALAH TETAP SALAH.Kerana itulah mereka meninggalkan Anwar Ibrahim. Mereka telah kecewa kerana perjuangan mereka selama ini untuk keadilan Anwar Ibrahim hanyalah sia-sia. Untuk mengetahui lebih lanjut Sejarah dan pengalaman mereka ini sebagai Bekas Pejuang Keadilan Anwar Ibrahim & Bekas Pengasas PKR dan Sebab Mereka Meninggalkan Anwar Ibrahim ikutilah ceramah penerangan dan perkongsian pengalaman mereka di Youtube dengan "search" Ceramah TIBAI.
Untuk pengetahuan umum, kini Ezam Mohd Noor tidak lagi boleh melibatkan diri dalam politik dan aktif bersama NGO.Beliau kini sedang sibuk memikul tanggungjawab dan menjalankan tugas sebagai Pengarah Komunikasi Kementerian Kewangan Malaysia. Tugas untuk menangani Isu-Isu dan Halangan-Halangan Yang Boleh Merencatkan Pembangunan Ekonomi Negara adalah merupakan satu tugas berat yang dipikul oleh Tuan Ezam Mohd Noor.Oleh kerana itu, kami memohon agar janganlah sesiapa di kalangan rakyat Malaysia menimbulkan sebarang persepsi negatif kepada beliau(Ezam Mohd Noor).Bersamalah kita mendoakan agar beliau diberi kekuatan dan dipermudahkan urusan tugas beliau. Kami anak muda Malaysia yang Pro UMNO/BN akan meneruskan perjuangan politik beliau (Tuan Ezam Mohd Noor) dan Bekas Pejuang-Pejuang Keadilan yang lain. Kami adalah generasi kedua Pojuang Politik yang akan menyambung dan meneruskan usaha untuk memelihara Agama Islam dan Bangsa Melayu di Tanah Melayu ini.
Walapun Tuan Ezam Mohd Noor kini tidak lagi melibatkan diri dalam politik namun EZAM MOHD NOOR YANG KEDUA AKAN MUNCUL. JELMAAN EZAM MOHD NOOR akan menggerakkan Program GERAK GEMPUR KUBU PAKATAN RAKYAT bagi meneruskan Perjuagan Politik Ezam Mohd Noor & Bekas Pejuang Keadilan bagi menentang hulubalang-hulubalang dan Panglima Pakatan Rakyat. Kami akan berjuang untuk UMNO agar terus kekal menjadi Parti Politik Utama yang memerintah Malaysia. Kami telah bersumpah dan berjanji bahawa akan kami mempertahankan Pemimpin-Pemimpin UMNO/BN daripada serangan-serangan isu oleh pihak pembangkang. Kami akan memastikan persepsi negatif rakyat kepada pemimpin UMNO akan diubah.
Budaya Politik Matang dan Profesional akan kami amalkan bagi mengubah persepsi rakyat yang negatif kepada pemimpin-pemimpin UMNO. Penerangan yang jelas dan mudah difahami akan dilaksanakan bagi memberi penerangan bahawa Dasar dan Agenda Pakatan Rakyat yang dirangka oleh mereka itu hanyalah sekadar Retorik, Ilusi dan Fantasi mereka cipta sebagai umpan untuk meraih sokongan dan undi daripada rakyat Malaysia kepada mereka. Hakikatnya Agenda Bersama mereka itu tidak mampu dilaksanakan oleh mereka. Tawaran dan Janji "PERCUMA" seperti PENDIDIKAN PERCUMA, WIFI PERCUMA, TOL PERCUMA dan lain-lain hanyalah sekadar fantasi indah mereka tetapi untuk melaksanakan jereka tidak mampu.
Nantikan kemunculan kami memberi penerangan yang jelas berkaitan dakwaan kami ini.
Budaya Politik Matang dan Profesional akan kami amalkan bagi mengubah persepsi rakyat yang negatif kepada pemimpin-pemimpin UMNO. Penerangan yang jelas dan mudah difahami akan dilaksanakan bagi memberi penerangan bahawa Dasar dan Agenda Pakatan Rakyat yang dirangka oleh mereka itu hanyalah sekadar Retorik, Ilusi dan Fantasi mereka cipta sebagai umpan untuk meraih sokongan dan undi daripada rakyat Malaysia kepada mereka. Hakikatnya Agenda Bersama mereka itu tidak mampu dilaksanakan oleh mereka. Tawaran dan Janji "PERCUMA" seperti PENDIDIKAN PERCUMA, WIFI PERCUMA, TOL PERCUMA dan lain-lain hanyalah sekadar fantasi indah mereka tetapi untuk melaksanakan jereka tidak mampu.
Nantikan kemunculan kami memberi penerangan yang jelas berkaitan dakwaan kami ini.
Sekian, Wassalam.
Sekretariat Pengurusan
Program Gerak Gempur Kubu Pakatan Rakyat
Comments