RAFIZI RAMLI HARUS JAWAB SOALAN PENGARAH STRATEGIK SIRC
PERSOALAN YANG MENJADI KEMUSYKILAN RAKYAT YANG HARUS DIJAWAB OLEH YB RAFIZI RAMLI, AHLI PARLIMEN PANDAN MERANGKAP PENGARAH STRATEGIK PARTI KEADILAN RAKYAT:
- Pemecatan TAN SRI KHALID IBRAHIM sebagai Menteri Besar Selangor adalah kerana soal integriti Tan Sri Khalid Ibrahim. Jika beliau terlibat dalam sebarang salah laku seperti penyelewengan duit kerajaan negeri,rasuah,salahguna kuasa dan sebagainya kenapa YB tidak mendedahkan dengan terperinci lengkap dengan bukti-bukti salahlaku Tan Sri Khalid Ibrahim seperti mana YB dedahkan isu NFC?
- Berkaitan dengan Cukai GST yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan, adakah YB setuju saya katakan bahawa YB telah membohongi rakyat dengan memutarbelitkan fakta sebenar GST?YB telah membohongi rakyat dengan mengatakan pelaksanaan GST akan membebankan rakyat dan menyebabkan harga barang meningkat walhal dengan pelaksanaan GST ianya akan menyebabkan berlaku penurunan harga jualan barangan sepertimana kajian terhadap IHP(Indeks Harga Pasaran) sebanyak 8 komponen IHP mengalami penurunah harga. ADAKAH YB SETUJU SAYA KATAKAN YB TELAH MENIPU SELURUH RAKYAT MALAYSIA?
- Seperti yang dicanang dan digembar gemburkan seluruh Malaysia,Agenda Pakatan Rakyat mementingkan kebajikan rakyat dan kesenangan rakyat. Bolehkah YB jelaskan kepada seluruh rakyat Malaysia adakah Langkah Kajang (Kajang Move) ini merupakan Agenda Pakatan Rakyat bagi memberikan kesejahteraan dan kesenangan rakyat Negeri Selangor atau ianya dilaksanakan bagi kepentingan politik Dato' Seri Anwar Ibrahim secara peribadi?
- Adakah dengan mengantikan Tan Sri Khalid Ibrahim dengan Datin Seri Wan Azizah akan menjadikan Negeri Selangor lebih membangun, pendapatan negeri meningkat dan memberi kesenangan kepada seluruh Rakyat Negeri Selangor?Kenapakah tidak dicalonkan lain-lain ADUN SELANGOR sebagai Menteri Besar Selangor dan kenapakah dicalonkan isteri kepada Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor?Apakah kewibawaan Datin Seri Azizah untuk menjadi Menteri Besar Selangor?
- Sebagai sebuah parti politik yang mengutamakan keperluan dan suara rakyat, adakah PAKATAN RAKYAT khususnya PKR mengambil kira pandangan rakyat dalam mengantikan Tan Sri Khalid Ibrahim dengan Datin Seri Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor?
- Pimpinan Pakatan Rakyat pernah mempertikaikan perlantikan anak Dato' Seri Nazri Aziz bernama Nedim sebagai Pegawai Khas kepada Menteri Pelancongan dengan mengatakan ianya sebagai amalan Kronisme. Namun begitu,adakah pencalonan Datin Seri Wan Azizah isteri kepada Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor tidak dipanggil Kronisme?
- Sepanjang Pakatan Rakyat memerintah Negeri Selangor, apakah projek yang berimpak tinggi yang mendatangkan kesan limpahan ekonomi dan mewujudkan industri hiliran yang memberi manfaat kepada Rakyat Negeri Selangor telah dilaksanakan?
- YB pernah mengejutkan negara dan seluruh Rakyat Malaysia dengan tawaran pendidikan percuma jika Pakatan Rakyat memerintah Malaysia, Kenapakah YB tidak membuktikan dulu pelaksanaan pendidikan percuma untuk rakyat Negeri Selangor dengan menjadikan UNISEL sebagai UNIVERSITI KEBAJIKAN di Malaysia yang memberi Pendidikan Percuma untuk Rakyat Negeri Selangor?
- Berkaitan dengan Kajang Move ( Langkah Kajang), apakah matlamat dan objektif utama ianya dilaksanakan?Adakah ianya untuk kepentingan Rakyat atau untuk kepentingan peribadi Politik Dato Seri Anwar Ibrahim?
- YB pernah menyatakan kepada masyarakat bahawa Datin Seri Rosmah Mansor telah menyalahgunakan Pesawat Kerajaan untuk kegunaan peribadi dan telah membazirkan wang rakyat untuk minyak pesawat tersebut,namun begitu apakah pula kepentingan Dato Seri Anwar Ibrahim menaiki pesawat peribadi bersama Tian Chua,Dr Hatta Ramli dan beberapa Pakatan Rakyat? Daripada manakah dana atau wang yang digunakan untuk menyewa pesawat peribadi tersebut?
- Berkaitan penganjuran Himpunan Bantah GST, apakah pula manfaat kepada rakyat dan apakah keuntungan kepada rakyat selepas ianya dilaksanakan?Selain itu,daripada mana dana atau peruntukan penganjuran Bantah GST itu digunakan?
- Sebagai seorang yang berpengetahuan tinggi dalam bidang ekonomi, kenapakah YB tidak menghalang perbuatan DATO SERI ANWAR IBRAHIM yang memburukkan nama negara di negara luar. Tidakkah tindakan Dato Seri Anwar Ibrahim itu menghalang kemasukan pelaburan asing ke negara dan menjejaskan pertumbuhan Ekonomi Negara?
- Berkaitan penganjuran Himpunan Blackout 505 di Padang Merbuk waktu dulu, tidakkah YB merasakan ianya satu pembaziran (pembaziran wang,pembaziran masa rakyat)? Ini kerana, seperti sedia maklum anjuran Himpunan Blackout adalah bagi menyokong Ahli Parlimen Pakatan Rakyat daripada tidak mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen tetapi apa yang berlaku semua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat mengangkat sumpah,Tidak kah YB merasakan anjuran HIMPUNAN BLACKOUT itu telah memperbodohkan rakyat?
- Adakah YB setuju jika saya katakan bahawa perjuangan PKR adalah untuk kepentingan Dato Seri Anwar Ibrahim semata-mata bukannya untuk kepentingan rakyat?
- Bolehkah YB jelaskan kepada rakyat sudah berapa banyakkah kerajaan Negeri Selangor membantu rakyat terutama golongan muda dalam mengurangi masalah pengangguran di Negeri Selangor?Apakah peluang pekerjaan yang disediakan untuk rakyat yang menganggur di Negeri Selangor?
AYIESYAM,
Comments