RAFIZI RAMLI PENGAMAL POLITIK MURAHAN
UNTUK PERHATIAN:
YB RAFIZI RAMLI
Ahli Parlimen Pandan merangkap
Pengarah Strategik Pakatan Rakyat
Yang Berhormat Rafizi,
Seperti yang sedia maklum, YB adalah seorang pemimpin pujaan hati penyokong Pakatan Rakyat dan diagungkan sebagai Pakar Strategik & Pakar Ekonomi.Namun begitu, bagi pandangan saya YB x lah seperti gelaran yang diberi oleh penyokong-penyokong PR yang mengelar YB ini PAKAR EKONOMI & PAKAR STRATEGIK. Ini kerana YB mengamalkan POLITIK MURAHAN dengan mendedahkan salah laku pemimpin UMNO sahaja. Jika ada pemimpin umno yang didapati telah menyalahgunakan kuasa dan melakukan penyekewengan, kenapa tak direport kpd SPRM & PDRM sahaja? Kenapa perlu diheboh seluruh pelusuk bumi? YB ini di sebenarnya Pakar Ekonomi atau Pakar Dedah?YB kenapa suka sangat dedah sana sini ye?
Yang Berhormat,
Pada bulan Disember 2013 YB telah mendedahkan penyelewengan pemimpin umno di Negeri Terengganu.Untuk makluman YB,ekoran daripada pendedahan eksklusif oleh YB itu ( seperti dilampiran dibawah), secara jujur saya katakan bahawa ianya telah menimbulkan rasa marah dan bengang saya terhadap YB yang telah memberi aib kepada pemimpin umno saya di Negeri Terengganu. Mujur ianya tak dilakukan oleh YB kepada 3 orang pemimpin UMNO Terengganu yang saya amat hormati dan sayangi iaitu
1) YB DATO JAILANI JOHARI,Timbalan Menteri Komunikasi Multimedia
2) YB DATO ZUBIR EMBONG (Speaker DUN Terengganu)
3) TUAN JOHARI ABU BAKAR (Ketua Pemud
Jika YB memberi aib kepada kedua-dua pemimpin saya ini, akan saya tentang dan lawan YB habis habisan hingga je pentas debat pun saya akan lakukan demi membuktikan SIAPA BENAR,SIAPA SALAH. Saya juga akan gunakan segala medium sebaran infomasi untuk mendedahkan salahlaku pemimpin PR pula jika 3 orang pemimpin yang saya hormati dan sayangi ini diusik namanya oleh YB. Sebagai PEMUDA UMNO walaupun sekadar ahli biasa, saya akan mempertahankan pemimpin saya habis-habisan kerana tanggungjawab saya sebagai ahli memadtikan pemimpin saya tidak diganggu,diburukkan dan diaibkan. Jika mereka ada melakukan kesalahan atau apa jenis salah laku, biarlah pihak berkuasa yang menhakankan tugas bukannya YB yang mendedahkan.
Yang Berhormat,
Sebagai PEMUDA UMNO walaupun sekadar ahli biasa, saya benar-benar marah dengan sikap YB yang tak habis habis mengamalkan POLITIK MURAHAN dengan membuat pendedahan salah laku melibatkan pemimpin UMNO. Saya marahkan YB diatas amalan politik murahan YB ini yang hanya mendedahkan salahlaku melibatkan pemimpin UMNO. Kenapa YB tidak mendedahkan sakahlaku melibatkan pemimpin PR pula? Amat mustahil tiada seorang pun yang menyalahgunakan kuasa,yang menyeleweng dan yang mementingkan kroni serta menerima imbuhan daripada kroni mereka. Amat mustahil semuanya bersifat MAKSUM. Kenapakah YB tidak berusaha mencari salah laku dikalangan pemimpin PR?Beranikah YB mendedahkan aset,wang simpanan dan harta Anwar Ibrahim kepada rakyat Malaysia? Ini persoalan saya bukannya tuduhan saya kepada YB.Saya mempersoalkan tindakan POLITIK MURAHAN YB ini amat jelas tidak mencerminkan YB seorang Pakar Strategi Politik dan Pakar Ekonomi.
Yang Berhormat,
Bagi melihat sama ada YB ini benar-benar Pakar Ekonomi dan Pakar Strategi Politik,saya mohon YB untuk menjawab segala persoalan yang aaya kemukakan ini agar ianya tidak menjadi kemusykilan rakyat.Marilah kita berpolitik secara matang dan profesional iaitu dengan menjawab setiap persoalan yang dikemukakan. Oleh itu, berikut ialah soalan -soalan saya kepada YB,
a) YB letak jawatan di Petronas April 2009 dan YB nyatakan tak berniat pun nak sertai politik selepas letak jawatan di Petronas ( rujuk kepada kenyataan YB yang dilampirkan dibawah) tetapi kenapa YB sertai jugak PKR dan masuk sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor?
b) Seperti difahamkan YB pernah join PKR pada tahun 1999 namun YB keluar pada tahun 2004,Adakah benar YB?Jika benar kenapa 2009 YB join balik PKR?Adakah habuan gaji lebih tinggi ditawarkan oleh pimpinan PKR daripada gaji YB di Petronas dan Pharmaniaga yang YB berkerja selepas resign di Petronas?
c) Seperti apa yang difahamkan,selepas resign daripada Petronas pada April 2009,YB bekerja di Pharmaniaga x sampai 3 bulan dan YB meletak jawatan di Pharmaniaga selepas YB ditawarkan jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Persoalannya,berapakah gaji yang ditawarkan kepada YB sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor? Adakah benar dakwaan yang mengatakan gaji YB sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor sebanyak 30 ribu sebulan?Jika benar mahal pd gaji MB Selangor YB ni.
d) Merujuk kepada kenyataan YB dimana YB telah menjelaskan kesemua byaran tunggakan pinjaman YB dengan Petronas selepas 3 bulan YB letak jawatan di Petronas(rujuk kepada salinan personal cheque YB dibawah). Persoalannya, adakah duit tersebut datangnya daripada habuan YB menerima jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor?Jika nak dikatakan ianya duit simpanan YB,kenapa perlu tunggu selama 3 bulan YB meletak jawatan di Petronas untuk byr semua baki pinjaman YB?kenapa x dibayar pada tarikh YB ketak jawatan atau sebulan selepas YB letak jawatan di Petronas jika ianya duit simpanan YB?
e) Jika YB dibayar gaji sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor sebanyak 30 ribu ataun25 ribu atau berbelas ribu,adakah ianya tidak dikira sebagai pembaziran wang rakyat?Ini kerana,apa yang YB nasihat MB Selangor untuk pembangunan ekonomi?Kenapa YB x nasihat MB Selangor untuk menyelesaikan masalah air Selangor pada thn 2009 itu?Isu air Selangor ni dah lama brlaku YB semenjak BN perintah Selangor lagi.Sebagai Pakar Ekonomi,tak kan YB x tau Air merupakan infrastruktur & kemudahan awam yang utama dimana mengikut istilah ekonomi pembangunan infrastruktur ni dipanggil MARGINAL PRODUCT PRIVATE CAPITAL yang menjadi RODA PENGGERAK PERTUMBUHAN EKONOMI.Kenapa YB x utamakan isu Air terlebih dahulu daripada YB dedahkan salahlaku pemimpin UMNO?
f) Soalan seterusnya,adakah benar dakwaan yang mengatakan sepanjang YB menjadi Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor,setiap cadangan projek daripada mana-mana syarikat mesti disemak oleh YB terlebih dahulu dan salah satu syarat untuk kelulusan cadangan projek,syarikat tersebut mesti memberi 10% kepada PKR sebagai sumbangan sebelum ianya dibawa cadangan tersebut kepada Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor? Benar atau tidak YB?
g) Soalan kedua terakhir,sebagai Ketua Penasihat Pejabat Ekonomi Negeri Selangor,apakah projek yang memberi impak tinggi kepada negeri Selangor yang dicetuskan idea Oleh YB?Adakah projek yang memberi kesan LIMPAHAN EKONOMI dengan Wujudnya INDUSTRI HILIRAN dilaksanakan di Selangor?
h) Soalan terakhir,YB pernah mengejutkan negara dengan cadangan memberikan PENDIDIKAN PERCUMA di Negara jika PR memerintah Malaysia,kenapakah YB x laksanakan di UNISEL (Universiti Selangor) terlebih dahulu dengan menjadikan UNISEL sebagai universiti Pendidikan Percuma Negara?UNISEL kan dibawah bidang Kerajaan Negeri Selangor.Ini sampai rugi UNISEL mujur x bangkrap dapat ke PR.
Sehubungan itu, amatlah menjadi harapan saya agar YB dapat menjawab soalan yang dikemukakan oleh saya ini dengan membuat penerangan yang jelas (berbentuk percakapan bukan penulisan) dan disiarkan di Youtube agar semua rakyat dapat mengetahuinya jawapan daripada YB.Mohon maaf jika ada terdapat kata-kata saya yang menyinggung hati YB.
Sekian, Wassalam.
AYIE_SYAM
Pengarah Operasi
Gerak Gempur Kubu Pakatan Rakyat
geostrastegis.hisyam@gmail.com
Pengarah Operasi
Gerak Gempur Kubu Pakatan Rakyat
geostrastegis.hisyam@gmail.com
Comments