DECLARATION ASSET RAFIZI DIRAGUI
KEHADAPAN YB RAFIZI RAMLI,
Itu hari anda telah membuat analisa kewangan Tabung Haji bagi tujuan untuk tatapan rakyat Malaysia kononnya kewangan Tabung Haji bermasalah. Dengan tanpa bersalah anda pun sebar Analisa Kewangan Tabung haji itu di media sosial untuk tatapan rakyat jelata. Dengan analisa kewangan anda itu, penyokong-penyokong anda pun mempercayai bahawa anda adalah seorang Pakar Ekonomi walhal hakikatnya anda hanyalah Pakar Kelentong Rakyat (PKR).
Bagi membuktikan anda adalah Pakar Kelengtong Rakyat, maka saya telah membuat Analisa Mudah berkaitan Laporan Pengisytiharan Harta anda yang telah dibuat pada 20/3/2015. Saya hanya membuat analisa pada MUKA SURAT 7 LAPORAN PENGISYTIHARAN HARTA YB RAFIZI RAMLI khas untuk tatapan rakyat Malaysia bagi mengetahui betapa CEKAPNYA AHLI PARLIMEN BERNAMA RAFIZI RAMLI NI MENIPU RAKYAT.
Muka Surat 7 Laporan Pengisytiharan Harta Rafizi Ramli
BELANJA PETROL & TOL
Mengikut laporan perbelanjaan anda ini, anda menyatakan BELANJA PETROL & TOL ialah RM 1,300.00 SEBULAN. Daripada ini, timbulnya persoalan saya apakah kenderaan yang anda gunakan sehingga begitu jimat penggunaan petrolnya iaitu hanya RM 1300 Sebulan bersamaan lebih kurang RM40 lebih sahaja sehari. Apakah anda menggunakan kereta lembu atau kereta elektrik?
Dengan rakyat, anda boleh lah kelentong tapi tidak saya wahai YB Rafizi Ramli. Zaman sekarang, penggunaan petrol paling minimum pun RM20 sehari. RM 20 sehari adalah kos perbelanjaan petrol oleh student IPT yang menggunakan kenderaan Perodua Viva. Manakala kos perbelanjaan petrol oleh seorang kakitangan kerajaan Gred N17 yang memandu Kereta Waja pula ialah minimum RM30 sehari bersamaan RM900 sebulan. YB Rafizi, anda ini adalah merupakan Wakil Rakyat (Ahli Parlimen) dimana anda memerlukan pergerakan sehari paling kurang 150 kilometer sehari termasuk berulang alik daripada rumah ke pejabat PKR di Damansara, bergerak ke Parlimen dan lain-lain pergerakan. Nama pun Ahli Parlimen mestilah perlu banyak pergerakan setiap hari. Maka itu, apakah logik anda mengatakan perbelanjaan Petrol & Tol anda hanyalah RM 1300 Sebulan?
Sebagai Wakil Rakyat berstatus Ahli Parlimen dan juga Setiausaha Agung PKR, sekurang-kurangnya kos penggunaan petrol anda minimum RM50 sehari bersamaan RM 1500 sebulan. Ini perbelanjaan petrol sahaja tidak termasuk perbelanjaan Tol. Sekurang-kurangnya kos perbelanjaan anda sebagai Ahli Parlimen / Setiausaha Agung PKR ialah RM100 sehari bersamaan RM3000 sebulan untuk perbelanjaan Petrol & Tol.
Maka amat tidak logik jika anda sebagai Ahli Parlimen belanja petrol & tol sebulan hanya RM1,300 melainkan melainkan anda ,mendapat elaun petrol harian daripada PKR. Kalau PKR memberikan anda peruntukan untuk perbelanjaan Petrol & Tol, maka saya boleh mengatakan bahawa wang ahli-ahli PKR telah disalahgunakan untuk kepentingan pemimpin tertinggi mereka.
Apakah anda setuju kata-kata saya ini wahai YB Rafizi Ramli? Mohon penjelasan anda.
PERBELANJAAN UNTUK BIL ASTRO,UNIFI,TELEFON BIMBIT & AIR
Anda mengisytiharkan Perbelanjaan untuk Astro, Telifon Bimbit & Air ialah RM 600 Sebulan. Ianya sangat tidak masuk akal bagi seorang Ahli Parlimen belanja untuk Telefon bimbit, astro, Unifi & Air hanya RM 600 sebulan. Sangat-sangat tidak logik. Jika RM600 sebulan ialah perbelanjaan untuk telefon bimbit sahaja ianya logik tetapi jika RM 600 sebulan adalah untuk perbelanjaan telefon bimbit, astro, unifi dan air ianya amat tidak masuk akal. Jika benar perbelanjaan anda sebulan untuk Bil Astro, Unifi, Telefon Bimbit & Air hanya RM 600 sebulan, saya mohon anda membuat pecahan perbelanjaan bulanan seperti berikut :
Bil Astro : RM___________Sebulan
Air : RM_____________Sebulan
Unifi : RM__________Sebulan
Telefon Bimbit : RM__________Sebulan.
Untuk makluman anda, saya yang tidak menjadi Ahli Parlimen & Setiausaha Agung Pertubuhan Politik perbelanjaan telefon bimbit sebulan RM 300 bersamaan RM10 sehari, Astro dirumah RM 230 sebulan, Bil Air RM 130 sebulan dan Wifi RM140 sebulan. Kos perbelanjaan saya untuk Astro, Telefon Bimbit, Wifi dan Bil Air ialah RM 700 sebulan. Anda yang merupakan seorang Ahli Parlimen / Setiausaha Agung PKR hanya membelanjakan RM 600 sebulan untuk Bil Astro, Bil Air, Unifi dan Telefon Bimbit sangat-sangat tidak masuk akal. Mohon penjelasan anda secara lebih terperinci jika anda ingin membuktikan bahawa anda benar-benar seorang pemimpin yang telus.
Ini baru dua analisa dibuat, nantikan analisa perbelanjaan anda yang selanjutnya yang akan didedahkan oleh saya untuk pengetahuan rakyat Malaysia agar mereka dapat menilai siapakah sebenar YB Rafizi Ramli ini.
Sekian, Wassalam.
AyieSyam
Pengarah Strategik
Strategic Intelligence Research Consultant
Pengarah Strategik
Strategic Intelligence Research Consultant

Comments