AMALKAN BUDAYA POLITIK MATANG
Salah satu faktor terbantutnya pertumbuhan ekonomi di sesebuah negara atau negeri ialah Ketidak stabilan Politik. Ini kerana,parti politik yang diberi mandat oleh rakyat untuk menjadi kerajaan yang memerintah tidak dapat memfokuskan ke arah pembangunan negara/negeri untuk kesejahteraan rakyat. Mana mungkin pemimpin-pemimpin kerajaan dapat menumpukan kepada perancangan dan pelaksanaan pembangunan negeri/negera jika saban hari,saban waktu diserang dengan pelbagai isu dimana isu2 tersebut boleh mengubah persepsi rakyat terhadap kepimpinan kerajaan.
Dewasa kini,budaya politik di Malaysia adalah berkonsep "Perang Sama Sendiri". Lihat sahaja apa terjadi kepada YAB PM yang diserang hebat oleh TUN M dengan pelbagai isu yang dibangkitkan. Walhal YAB PM dan TUN M sesama ahli UMNO. Begitu juga dengan Negeri Terengganu,YB DATO SERI HAJI AHMAD SAID,MANTAN MB TERENGGANU yang juga merupakan ADUN BN (DUN Kijal) menyerang hebat YAB DATO SERI AHMAD RAZIF,MENTERI BESAR TERENGGANU sehingga diusul olehnya undi tidak percaya kepada YAB MB TERENGGANU.
Walhal mereka berdua adalah ahli UMNO dan pemimpin UMNO. Senario ini bukan sahaja berlaku dalam kem UMNO tetapi juga turut berlaku dalam parti pembangkang. Lihat sahaja apa yang terjadi di dalam kepimpinan PAS yang menyebabkan PAS berpecah dua hingga mewujudkan PAN.
Disini kita boleh melihat bahawa tiada kematangan didalam diri pemimpin-pemimpin politik terutama mereka yang memulakan "Perang Sesama Sendiri". Apa kebaikan dan keuntungannya jika sesama sendiri tembak menembak,dedah mendedah,fitnah memfitnah dan hentam menghentam? Jika alasan diberikan ialah kerana sayangkan parti,maka salah laku pemimpin perlu ditegur dan dikritik. Inilah alasan yang sangat tidak masuk akal.Sangat-sangat tidak logik. Kenapa saya mengatakab alasan ini tidak boleh diterima?
Ini kerana, ianya bukanlah satu bentuk teguran untuk memperbaiki kesilapan tetapi teguran yang dibuat itu adalah merupakan Teguran Berunsur Jahat. Ini dinamakan serangan politik luar biasa. Teguran dibuat bukan dengan cara menasihati dengan berhemah tetapi teguran dibuat dengan cara menceritakan & mendedahkan keburukan pemimpin parti kepada umum. Ianya lebih menyedihkan apabila kritikan berunsur tomahan ini dilakukan oleh bekas pemimpin tinggi parti yang juga merupakan pemimpin utama kerajaan kepada pemimpin yang sedang memerintah.
Kritikan beserta tuduhan berunsur fitnah kepada kepimpinan kerajaan amat memberi impak kepada negara. Imej kerajaan tercemar bukan sahaja di dalam negara malahan juga diluar negara. Kesan daripada ini,ianya amat merugikan negara kerana kehilangan keyakinan pelabur asing untuk melabur di Malaysia.Mana mungkin akan ada pelabur yang sanggup untuk melabur di negara yang kedudukan politiknya tidak stabil.
Budaya politik apakah namanya ini? Dengan menggunakan Media Luar Negara untuk memburukan kepimpinan negara kepengetahuan masyarakat antarabangsa. Pelbagai pendedahan dibuat .Sudahlah begitu, pendedahan yang dibuat pula tidak tahu hujung pangkal sama ada benar atau tidak. Adakah ini yang dimaksudkan teguran untuk kebaikan parti? Dengan menyebarkan tomahan dan isu yang tidak benar,adakah ini satu kebaikan kepada parti?Adakah dengan cara ini akan menguatkan lagi pengaruh parti? Ianya tentu tidak sama sekali. Apa yang akan terjadi ialah parti akan kehilangan sokongan rakyat.
Jika dimata rakyat telah kelihatan kelemahan & keburukan pemimpin umno,rakyat tentu sekali rakyat tidak akan mengundi calon umno lagi pada pilihanraya akan datang. Kesannya,UMNO akan tewas dalam pilihanraya akan datang dan tidak dapat membentuk kerajaan kerana tidak lagi mendapat mandat daripada rakyat untuk menjadi kerajaan.
Jika sayangkan parti,kita tidak akan bercerita buruk tentang parti kita kerana ianya boleh menyebabkan parti kita hilang sokongan rakyat. Bila hilang sokongan rakyat,dalam pilihanraya akan datang pasti akan tewas. Sama seperti perlawanan bola sepak,sesebuah pasukan bola sepak akan menjadi juara dengan cara menyerang ke arah pintu gol pihak lawan untuk menjaringkan bola. Pasukan yang berjaya menjaring banyak gol pihak lawan akan dinobat sebagai pemenang. Bukan menjaringkan gol sendiri dinobatkan sebagai pemenang.
Oleh itu, pemimpin-pemimpin UMNO sekarang baik di peringkat Pusat mahupun Negeri, ianya perlu untuk menjaga aib sesama sendiri,perlu menjaga nama baik sesama sendiri.Jika ada salah dilakukan,buat teguran secara dalaman iaitu pada mesyuarat UMNO yang dilaksanakan. Jangan menunjukkan kelemahan parti sendiri kepada umum. Jika ada silap,selesaikannya secara baik dan tertutup.Maka itu,pemimpin-pemimpin UMNO sekarang perlu mengubah corak berpolitik. Hentikan menyerang sesama sendiri. Berpolitik lah secara matang.
Jika ianya ingin menonjolkan diri sendiri,tidak perlu untuk menburukkan orang lain. Tonjolkan kredibiliti kalian sebagai pemimpin. Buktikan kepada rakyat bahawa kita adalah pemimpin berwibawa. Biar rakyat sendiri dapat melihat corak kepimpinan kita yang mampu membawa kesejahteraan negara dan kesenangan rakyat. Barulah rakyat sentiasa menyokong kita untuk menjadi kerajaan. Jangan memburukkan orang lain bagi menampakkan diri kite hebat. Akibatnya akan merugikan diri sendiri. Berpolitiklah secara matang
Sekian,
AYIESYAM
Pengarah Strategik
Strategic Intelligence Research Consultant
Comments