DATO ZUBIR EMBONG, MEMENUHI 10 KRITERIA PEMIMPIN MENURUT ISLAM

 DATO' HAJI MOHD ZUBIR EMBONG
Bekas Speaker DUN Negeri Terengganu

Dalam Islam telah ditetapkan aturan-aturan tentang kriteria yang perlu dititik beratkan  oleh masyarakat bagi memilih seorang pemimpin.10 kriteria yang perlu diberi keutamaan oleh rakyat khususnya yang beragama islam untuk membuat pemilihan pemimpin ialah :

BERIMAN & BERAMAL SOLEH
Ini perlu diberi keutamaan kepada rakyat untuk memilih seorang pemimpin islam.Pemimpin itu mestilah seorang yang beriman, bertaqwa, selalu menjalankan perintah Allah dan rasulnya. Kerana ini merupakan jalan kebenaran yang membawa kepada kehidupan yang damai, tenteram, dan bahagia dunia mahu pun akhirat. Disamping itu juga harus yang mengamalkan keimanannya itu iaitu dalam bentuk amal soleh.

NIAT YANG LURUS
“Sesungguhnya setiap amal perbuatan tergantung pada niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) sesuai dengan niatnya. Barangsiapa yang hijrahnya karena Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa yang hijrahnya kerana urusan dunia yang ingin digapainya atau kerana seorang wanita yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya sesuai dengan apa yang diniatkannya tersebut. Kerana itu hendaklah memilih seorang pemimpin yang mencari keredhaan Allah swt dan sesungguhnya kepemimpinan atau jabatan adalah tanggung jawab dan beban, bukan kesempatan dan kemuliaan.

LAKI-LAKI
Dalam Al-qur’an surat An nisaa’ (4) :34 telah diterangkan bahwa laki laki adalah pemimpin dari kaum wanita.

“Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang saleh ialah yang ta’at kepada Allah lagi memelihara diri (maksudnya tidak berlaku serong ataupun curang serta memelihara rahasia dan harta suaminya) ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara “Tidak akan beruntung suatu kaum yang menyerahkan urusan (kepemimpinan) mereka kepada seorang wanita.”(Hadits Riwayat Al-Bukhari dari Hadits Abdur Rahman bin Abi Bakrah dari ayahnya).

TIDAK MEMINTA JABATAN
Rasullullah bersabda kepada Abdurrahman bin Samurah Radhiyallahu’anhu, ”Wahai Abdul Rahman bin samurah! Janganlah kamu meminta untuk menjadi pemimpin. Sesungguhnya jika kepemimpinan diberikan kepada kamu kerana permintaan, maka kamu akan memikul tanggung jawab sendirian, dan jika kepemimpinan itu diberikan kepada kamu bukan karena permintaan, maka kamu akan dibantu untuk menanggungnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

BERPEGANG PADA HUKUM ALLAH.
Ini salah satu kewajiban utama seorang pemimpin. Allah berfirman,
”Dan hendaklah kamu memutuskan perkara diantara mereka am-idamkan oleh rakyatnya. Tegas bukan bermaksud ditaktor tapi tegas yang maksudnya adalah yang benar katakan benar dan yang salah katakan salah serta melaksanakan aturan hukum yang sesuai dengan Allah, SWT dan rasulnya.

MEMUTUSKAN PERKARA DENGAN ADIL. 
Rasulullah bersabda,
”Tidaklah seorang pemimpin mempunyai perkara kecuali ia akan datang dengannya pada hari kiamat dengan kondisi terikat, entah ia akan diselamatkan oleh keadilan, atau akan dijerusmuskan oleh kezhalimannya.” (Riwayat Baihaqi dari Abu Hurairah dalam kitab Al-Kabir).

MENASIHATI RAKYAT. 
Rasulullah bersabda,
”Tidaklah seorang pemimpin yang memegang urusan kaum Muslimin lalu ia tidak bersungguh-sungguh dan tidak menasehati mereka, kecuali pemimpin itu tidak akan masuk surga bersama mereka (rakyatnya).”

TIDAK MENERIMA HADIAH
Seorang rakyat yang memberikan hadiah kepada seorang pemimpin pasti mempunyai maksud tersembunyi, entah ingin mendekati atau mengambil hati.Oleh karena itu, hendaklah seorang pemimpin menolak pemberian hadiah dari rakyatnya. Rasulullah bersabda,
” Pemberian hadiah kepada pemimpin adalah pengkhianatan.” (Riwayat Thabrani).

TEGAS
ini merupakan sikap seorang pemimpin yang selalu di idam-idamkan oleh rakyatnya. Tegas bukan berarti otoriter, tapi tegas maksudnya adalah yang benar katakan benar dan yang salah katakan salah serta melaksanakan aturan hukum yang sesuai dengan Allah, SWT dan rasulnya.

LEMAH LEMBUT.
Doa Rasullullah : “Ya Allah, barangsiapa mengurus satu perkara umatku lalu ia mempersulitnya, maka persulitlah ia, dan barang siapa yang mengurus satu perkara umatku lalu ia berlemah lembut kepada mereka, maka berlemah lembutlah kepadanya",

MENJAWAB PERSOALAN UMUM.

1) KENAPA PUCUK PIMPINAN UMNO/BARISAN NASIONAL PERLU MEMILIH YB DATO HAJI MOHD ZUBIR EMBONG SEBAGAI CALON BARISAN NASIONAL DI NEGERI TERENGGANU PADA PRU-14?

2) KENAPA RAKYAT TERENGGANU PERLU MENGUNDI YB DATO MOHD ZUBIR EMBONG SEBAGAI PEMIMPIN NEGERI TERENGGANU?

JAWAPANNYA IALAH KERANA YB DATO MOHD ZUBIR EMBONG ADALAH MERUPAKAN AHLI POLITIK YANG MEMENUHI KESEMUA KRITERIA (10 KRITERIA) PEMIMPIN MENURUT ISLAM

BUKTINYA,

Rakyat Terengganu boleh melihat dengan mata sendiri terhadap perwatakan Dato Zubir Embong.Dari segi perwatakannya jelas menunjukkan beliau seorang yang beriman dan beramal soleh. Sesibuk mana pun tugasan kerja, solat diberi keutamaan.Masjid atau surau dicari terlebih dahulu sebaik azan berkumandang. Solat diberi keutamaan berbanding tugasan kerja. Selain itu, Tutur katanya pun jelas menunjukkan beliau seorang yg berpengetahuan tinggi dalam agama islam. Setiap tutur katanya akan diselit dengan hadis2 dan Sabda Rasulullah SAW. Rakyat boleh melihat dan mendengar sendiri tutur kata Dato Zubir Embong ketika mengendalikan sidang DUN Terengganu.Beliau mengatakan kepada semua ADUN-ADUN agar meletakkan Allah SWT dihadapan sebelum berbicara. Tutur kata dan perwatakannya jelas sekali menunjukkan bahawa beliau seorang yang BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH.

Sebagai seorang Speaker Dewan Undangan Negeri Terengganu, ianya bukan satu tugasan yang mudah lebih lebih lagi untuk mengendalikan sidang dun dalam kedudukan kerusi kerajaan dan pembangkang hampir seimbang. Bukan senang hendak beliau memastikan sidang DUN berjalan lancar tanpa keadaan huru hara. Ianya jelas dapat dilihat ketika beliau mengendalikan usul undi tidak percaya yg dibawa oleh YB Dato Seri Ahmad Said terhadap YAB MB dahulu. Kerana NIATNYA YANG LURUS iaitu untuk memastikan kelancaran sidang dun dan bagi mengelakkan situasi huru hara berlaku dalam kerajaan negeri Terengganu yang boleh menggugat keharmonian rakyat Terengganu,maka usul tersebut ditolak oleh beliau dengan penuh fakta yang tidak boleh disangkal. Jika niat beliau tidak lurus, beliau sudah tentu sama sekali mengizinkan usul undi tidak percaya dijalankan dalam sidang dun tersebut. Namun, apabila difikirkan kemungkinan buruk akan berlaku seperti berlaku rusuhan dan pergaduhan antara penyokong-penyokong pemimpin kerajaan sesama sendiri yang mungkin boleh menjadi satu rusuhan besar di Negeri Terengganu maka usul tersebut tidak dibenarkan oleh beliau untuk dibahas dalam sidang dun. Disini jelas menunjukkaDato Zubir Embong Niatnya Lurus demi kesejahteraan rakyat Negeri Terengganu. Niatnya untuk memastikan kepentingan rakyat,keharmonian rakyat dan kesejahteraan rakyat negeri terjamin sangat jelas kelihatan.

Umum telah sedia maklum bahawa Dato Zubir Embong seorang LAKI-LAKI maka kriteria ini memang tidak boleh disangkal lagi oleh rakyat. Begitu juga sikap beliau YANG TIDAK MEMINTA JABATAN yang bermaksud tidak meminta apa-apa harapan untuk beliau terus diberi menjadi seorang pemimpin juga ianya tidak boleh disangkal. Beliau tidak pernah sama sekali melobi diri sendiri untuk dipilih sebagai seorang pemimpin. Segalanya beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan parti dan kehendak rakyat serta berserah kepada ketentuan Ilahi. Kriteria ini juga tidak boleh disangkal oleh mana-mana pihak kerana jelas terbukti DATO ZUBIR embong tidak pernah sesekali melobi diri sendiri untuk menjadi calon pemimpin dan pemimpin.

Dato' Haji Zubir Embong sememangnya seorang pemimpin yang BERPEGANG KEPADA HUKUM ALLAH. Tengok saja cara beliau mengendalikan sidang DUN,beliau pada awal percakapannya telah mengatakan "Letakkan Allah Di Hadapan". Kata-kata beliau ini membawa maksud setiap orang pemimpin baik kerajaan atau pembangkang perlu memikirkan tentang hukum Allah SWT sebelum berbahas. Setiap perbahasan mestilah tidak melanggar hukum-hukum Allah SWT. Selain itu, rakyat boleh lihat pada gaya hidup beliau yang bersahaja, tidak bermewah, tidak sombong, tidak berprotokol atau dengan kata lain tidak berlagak,ianya jelad terbukti bahawa YB Dato Zubir Embong meletakkan hukum Allah sebagai keutamaan dalam kehidupannya sebagai seorang pemimpin dan makhluk ciptaan Allah SWT.

Ketika mengendalikan sidang DUN,kita boleh nampak bahawa setiap keputusan yang dibuat oleh YB DATO ZUBIR EMBONG sebagai Speaker ianya dibuat dengan ADIL.Beliau MEMUTUSKAN SESUATU PERKARA DENGAN ADIL. jika seorang ADUN kerajaan diberi masa berbahas 10 minit, maka ADUN Pembangkang juga 10 minit. Tiada sebarang perkara yang tidak adil dibuat oleh beliau baik ketika mengendalikan sidang dun mahupun ketika melaksanakan tugasan-tugasan lain. Kita juga boleh melihat dengan jelas bahawa setiap keputusan yang dibuat adalah TEGAS. Perkara yang BENAR DIKATAKAN BENAR DAN DIPERTAHANKAN KEBENARANNYA.PERKARA YANG SALAH, DIKATAKAN SALAH DENGAN TEGAS. Ketegasan beliau sebagai seorang pemimpin yang memegang jawatan sebagai Yang Dipertua DUN juga terserlah apabila beliau dengan tegas akan menolak setiap TAWARAN HADIAH (RASUAH/IMBUHAN) yang ditawarkan kepadanya di atas setiap bantuan yang diberikan oleh beliau kepada rakyat di Terengganu.

LEMAH LEMBUT. Kriteria ini usah dipertikai oleh sesiapa sahaja. Dengar saja pertuturan DATO ZUBIR EMBONG  baik ketika mengendalikan sidang DUN mahupun ketika berbual kosong, tutur katanya lemah lembut.  Dato Mohd Zubir Embong, juga didapati sering kali MEMBERI NASIHAT kepada umum (rakyat Terengganu) setiap kali ucapan beliau dalam majlis-majlis rasmi kerajaan yang diwakilinya. Dalam memberi nasihat, beliau seorang yang TEGAS. Setiap nasihat yang diberikan akan berpandu kepada hukum Allah SWT.

KESIMPULAN,

Maka itu, dengan segala penenerangan kriteria DATO ZUBIR EMBONG sebagai seorang pemimpin ianya jelas terbukti bahawa 10 KRITERIA YANG PERLU DITITIK BERATKAN OLEH RAKYAT UNTUK MEMILIH PEMIMPIN ini ianya dipenuhi oleh DATO ZUBIR EMBONG. Kesepuluh kriteria ini terbukti bahawa ianya dipenuhi oleh DATO ZUBIR EMBONG. Oleh itu, rakyat Negeri Terengganu khususnya yang beragama islam, 

Kepada pucuk pimpinan UMNO/Barisan Nasional, jangan diragukan lagi untuk membuat pemilihan YB Dato Zubir Embong sebagai calon yang mewakili Barisan Nasional dalam PRU-14 ini kerana ianya JELAS TERBUKTI BAHAWA YB DATO ZUBIR EMBONG MEMENUHI KESEPULUH KRITERIA  PEMIMPIN MENURUT  ISLAM. 

Untuk membuat pemilihan seorang pemimpin, baik untuk pimpinan parti atau rakyat, ianya wajib menjadikan AL-Quran sebagai panduan. Di dalam Al-Quran, ianya telah ditetapkan syarat & kriteria untuk memilih seorang pemimpin islam. Maka jadikan lah syarat & kriteria tersebut sebagai panduan untuk membuat pemilihan seorang pemimpin. 

Sekian, Wassalam.

Penganalisis Politik
Stategic Intelligence Research Consultant

Comments