AHMAD BASHAH & MUKHRIZ, SIAPA LEBIH BERKALIBER?
Siapa lebih berkaliber antara Dato Seri Ahmad Bashah & Mukhriz Mahathir??
Rumusan Fakta oleh AyieSyam, Pengarah Strategik SIRC (Strategic Intelligence Research Consultant) :
1. RM1.3 juta dibelanjakan konon untuk Bengkel transformasi selama seminggu untuk cadangan idea dari cerdik pandai bangunkan Kedah. Namun bengkel habis, duit habis compilation of ideas dalam bentuk manuskrip sehinggalah Mukhriz letak jawatan MB langsung tak kelihatan.
2. RM 2 juta wang Yayasan Islam dibelanjakan dalam tempoh 2 bulan bagi kursus transformasi ESQ di Mentalon. Dengan libatkan pelbagai jabatan tapi hasil atau isinya tak kemana.Jelas sekali lagi Mukhriz menceroikan wang milik negeri.
3. RM2.1 juta dibelanjakan setahun untuk bayar gaji 19 orang pegawai khas Mukhriz termasuk tukang lap kasut namun sekali lagi khidmat mereka itu tidak pun serat rata menjalarnya ke seluruh negeri.
4. RM1.8 juta dihabiskan hanya semalamam untuk program Ya Ha Na Na. Dikoreknya duit SADA, PKNK DAN BDB namun apa dampaknya? Sekali lagi itulah bukti Mukhriz makan isi,rakyat hanya hirup kuah. Ahmad Bashah belanjakan RM2 juta, 80 ribu isi rumah dapat merasa melalui insentif Barakah.
5. 3 tahun Mukhriz mentadbir hanya 12 dasar dan pendekatan retorik dilaksana..Economic growth tak ketara. Banyak projek sangkut..Bandingkan cuma dalam tempoh setahun Bashah mentdbir 37 dasar dan program merakyat dilaksana dengan semua kluster masyarakat disantuninya.
6. Cukup cukuplah dulunya anak bangsawan dan kawan rakannya makan isi..namun rakyat marhein sekadar hirup kuahnya. Sebelum terlupa elok ditanya akaun MBI Di zaman urustadbir Mukhriz.
7. Kerajaan Pakatan tinggalkan cash di tangan RM40 juta.Bila Mukhriz tinggalkan pejabat MB, dan Bashah mengganti baki akaun MBI hanya tingga RM1.8 juta. Kemana wang berkenaan dibelanjakan? Apa yang Mukhriz gunakan? Apa manfaat yang rakyat Kedah perolehi?
Kesimpulan:
Allah SWT kurniakan kita akal adalah untuk kita berfikir mana baik,mana buruk dan bezanya Manusia dengan binatang adalah akal.Oleh itu,gunakan akal yang waras yang dikurniakan oleh Allah SWT untuk rakyat Negeri Kedah berfikir siapakah yang lebih berkaliber menjawat jawatan Menteri Besar Kedah, YAB Dato Seri Ahmad Bashah atau Mukhriz Mahathir. Buatlah perbandingan berdasarkan fakta di atas.
Sekian,Wassalam
AyieSyam
Strategic Director
Strategic Intelligence Research Consultant (SIRC)
Comments