RAFIZI RAMLI PERLU MENGAMALKAN POLITIK MATANG,BUKAN SEPERTI BINATANG-AYIESYAM
Satu lagi propaganda tahyul cetusan idea Rafizi Ramli apabila beliau akan mendedahkan bukti bahawa YAB PM telah menyalurkan dana berjumlah RM 90 juta kepada seorang individu yang rapat dengan pemimpin PAS.Apa yang lebih menariknya, episod tahyul Rafizi ini ialah beliau mengatakan wang tersebut adalah wang 1MDB.
Untuk pengetahuan umum,sebelum rafizi membuat pengumuman, terlebih dahulu saya ingin mengatakan bahawa dakwaan beliau itu jelas sekali satu propaganda semata2 dan satu lagi siri fitnah berjaya digarap oleh rafizi ramli. Kenapa saya mengatakan ianya tahyul semata2.Ianya adalah kerana beberapa fakta seperti berikut:
1. Jawatankuasa PAC yang turut dianggotai oleh wakil pembangkang telah mengesahkan bahawa tiada sebarang penyelewengan berlaku terhadap dana 1MDB.
2. Agensi Kerajaan Switzerland,FINMA menghentikan siasatan ke atas Union Bank Of Switzerland berkaitan dakwaan rasuah dan penggubahan wang haram yang dikaitkan dengan 1MDB.Siasatan tidak menjumpai sebarang salah laku.
3. Siapakah nama individu yang rapat dengan pemimpin PAS sebagaimana dakwaan rafizi itu yang mana ianya telah menerima suapan drpd wang 1MDB oleh YAB PM?Umum mengetahui,corak serangan politik rafizi ialah akan secara terang terangan menamakan individu yang terbabit tanpa berselindung siapakah individu tersebut.Mohon rafizi ramli nyatakan siapakah individu tersebut dan nyatakan bagaimana dia menerima wang tersebut,adakah melalui cek tunai,Telegraphic, Instant Transfer,Interbank Transfer or sebagainya?Mohon Rafizi Ramli kemukakan buktinya.
4. Kesangsian berkaitan propaganda rafizi ini bahawa belia mempunyai bukti bahawa YAB PM telah memberi wang kepada individu yang rapat dengan pemimpin PAS ini ialah bagaimana beliau boleh mendapatkan bukti bahawa terdapat pembahagian wang 1MDB kepada individu tersebut sedangkan jawatankuasa PAC telah mengesahkan tiada penyelewengan berlaku.Bukan sahaja ianya disahkan oleh PAC, malahan turut disahkan oleh FINMA,agensi kerajaan Switzerland bahawa tiada penyelewengan dana yang berlaku. Apa yang menjadi kesangsian,bagaimana rafizi boleh mengatakan bahawa YAB PM telah menyogok individu yang rapat dengan pemimpin PAS itu menggunakan Dana 1MDB?
5. Jika benar dakwaan rafizi ini,kenapa baru sekarang beliau ingin kemukakan bukti iaitu setelah beliau menerima kritikan hebat daripada pimpinan dan penyokong PAS yang menyelar tindakannya tidak menyokong perbentangan RUU 355? Kenapa tidak dinyatakan daripada dahulu (ketika audit dilakukan oleh PAC) bukti individu yang rapat dengan pemimpin menerima wang daripada dana 1MDB?
Pesanan saya kepada Rafizi,cukup lah amalkan gaya politik kuno seperti ini.Persoalan rasuah dijadikan "Political Point" semata-mata untuk menimbulkan persepsi negatif rakyat kepada kepimpinan kerajaan. Jika hal rasuah dan salah laku ini benar-benar berlaku,saya menyokong perjuangan anda tetapi apa yang anda bangkitkan ini ianya adalah fitnah. Apakah anda tidak mengetahui bahawa fitnah itu lebih besar dosanya daripada membunuh?
Cukuplah wahai YB Rafizi. Banyak lagi hal-hal lain boleh dijadikan isu politik.Tak perlu anda bersusah payah lagi hendak merekacipta hal yang tidak wujud semata-mata hendak nampak kan anda seorang pejuang yang hebat. Berpolitiklah secara matang,jangan berpolitik secara binatang.
Sekian,
AYIESYAM
Pengarah Strategik
Strategic Intelligence Research Consultant Merangkap
Ahli Majlis Tertinggi Gerakan Akar Umbi UMNO Malaysia
Comments