KETUA BAHAGIAN PERLU BIJAK CADANG NAMA CALON

Pilihanraya 14 sudah tidak lama lagi. Sebelum berlakunya pilihanraya, UMNO kena bijak letak calon yang mewakili DUN dan Parlimen kalau nak menang besar. Silap letak calon, tergolek jawabnya. Bab calon ni, peranan Ketua Bahagian amat penting. Ketua Bahagian perlu cadangkan nama calon ke Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri. Bila dah diberi hak dan kuasa gitu, gunakan sebaik mungkin. Jangan guna untuk kepentingan diri. Utamakan kedudukan parti. Utamakan kemenangan parti, bukan utamakan kedudukan sendiri. Jangan kerana nak kukuhkan kedudukan dalam parti, Ketua Bahagian cadangkan nama calon ke Pengerusi Negeri, calon-calon yang terdiri daripada kroni masing-masing. Kalau gini berlaku, alamatnya bungkus awal lah UMNO nak menang sebab pilih calon yang disukai hanya pada Ketua Bahagian. Sama ada ada rakyat suka atau tak, boleh menang atau tak calon yang dia letak tu, itu tak diutamakan. Yang diutamakan kedudukan diri sendiri sebagai Ketua Bahagian dalam parti.

Sebab itu, Ketua Bahagian kena profesional. Jangan guna kuasa yang ada sesuka hati sampai jahanamkan kedudukan parti. Kena ingat, kalau UMNO kalah, dengan Ketua-Ketua Bahagian sekali tertonggeng. Kalau betul nak kukuhkan kedudukan dalam parti, buat kerja biar betul. Pilih dan cadang nama calon yang boleh menang, yang rakyat suka, yang boleh bekerja, yang tahu urus masalah rakyat, yang tau bab pentadbiran dan tahu halal haram. Bila calon yang dicadang itu menang, maka menanglah UMNO. Bila UMNO menang pilihanraya, UMNO akan perintah Negeri dan Negara. adinya makin kukuhlah kedudukan Ketua Bahagian dalam parti. Sebab itu peranan Ketua Bahagian ini sangat penting dalam menentukan kemenangan UMNO, Walaupun keputusan akhir siapa jadi calon yang mewakili UMNO terltak pada peringkat pusat tetapi untuk mudahkan kerja-kerja pimpinan tertinggi UMNO buat keputusan untuk memilih calon, Ketua Bahagian kena bantu dengan betul. Pilih calon yang betul, betul boleh menang, betul disukai rakyat dan betul boleh buat kerja. Kalau boleh menang saja tapi tak boleh buat kerja, nanti susah pula lantik jadi EXCO Negeri kalau calon-calon yang menang tiada kemahiran bab pengurusan dan pentadbiran kerajaan. Yang inilah punca pembangunan negeri atau negara tak berjalan seimbang kerana calon yang menang pilihanraya, tiada kepakaran dan pengetahuan berkaitan tadbir urus kerajaan. Hanya sekadar boleh menang tapi bab pengurusan GAGAL.

Sebab itu, untuk pilih calon mewakili UMNO ini, Ketua Bahagian, Pengerusi Negeri dan Pucuk Pimpinan Parti kena bijak. Jangan hanya utamakan calon boleh menang tetapi utamakan calon boleh menang, boleh bekerja, boleh bangunkan negeri, boleh bantu rakyat dan selesaikan masalah rakyat. Ini perlu diberi keutamaan.

PENGANALISIS POLITIK
STRATEGIC INTELLIGENCE RESEARCH CONSULTANT (SIRC)

Comments