RAFIZI RAMLI KUTIP DUIT RAKYAT, BAYAR KEPADA ORANG AMERIKA?
Merujuk kepada kenyataan YB Rafizi Ramli di Facebook beliau pada semalam (17/5/2017), beliau membuat pendedahan bahawa YAB Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak membiayai propaganda media sosial menggunakan wang rakyat. Dakwaan beliau ialah YAB Dato' Sri Najib menggunakan wang daripada akaun beliau yang berasal daripada SRC International Sdn Bhd untuk membiayai kempen media sosial Barisan Nasional.
![]() |
| DI AMBIL DARIPADA FACEBOOK RASMI RAMLI RAMLI PADA 17/5/2017 |
Daripada pendedahan yang dibuatnya itu, persoalan yang dikemukakan oleh Rafizi Ramli adalah....
"
"Kita mahu tahu berapa banyak wang dan peruntukan yang telah digunakan oleh YAB Dato' Sri Najib baik dari akaun peribadinya atau peruntukan kerajaan untuk membayar "Cybertroopers Upahan" atau membayar syarikat-syarikat yang menggaji cybertroopers upahan dengan menggunakan wang rakyat?
ULASAN AYIESYAM, PENGARAH STRATEGIK SIRC
Pertama sekali, saya mengucapkan syabas kepada Rafizi Ramli di atas usaha gigihnya mencari maklumat bagi membuat pendedahan bahawa YAB Dato' Sri Najib membiayai propaganda media sosial Barisan Nasional dengan menggunakan wang rakyat. Sama ada dokumen dan maklumat yang diperlehinya itu daripada sumber yang benar atau tidak utu terpulang kepada beliau (Rafizi Ramli). Ini kerana, rekod Rafizi yang sebelum ini membuat pendedahan semuanya auta semata-mata. Sama ada auta atau tidak, saya tetap ingin mengucapkan syabas di atas usaha gigihnya untuk membangkitkan isu untuk dijadikan "Political Point" pihak pembangkang.
Di sini saya ingin membuat ulasan terhadap dakwaan Rafizi Ramli ini walaupun kesahihan maklumat beliau itu diragui. Saya cuma ingin katakan yang pertamanya ialah jika benar YAB Dato' Sri Najib menggunakan wang rakyat untuk diberikan kepada rakyat yang terdiri daripada ahli-ahli UMNO/BARISAN NASIONAL adakah menjadi satu kesalahan. Dengan kata lebih mudah, ambil wang rakyat, beri kepada rakyat. Ingin saya bertanya kepada Rafizi Ramli. JIKA BENAR dakwaan anda bahawa YAB DATO SRI NAJIB menggunakan wang rakyat daripada SRC INTERNATIONAL SDN BHD untuk membiayai kempen media sosial Barisan Nasional, Apa yang menjadi salahnya apabila menggunakan wang rakyat untuk kegunaan rakyat. Lainlah kalau YAB Perdana Menteri menggunakan wang rakyat tetapi dibelanjakan untuk rakyat negara asing atau membiayai program kempen parti politk negara asing. Ini baru menjadi salah. Guna duit rakyat tetapi untuk kepentingan rakyat lain. Itu memang satu kesalahan berat la gitunya.
Wahai Saudaraku Rafizi Ramli, anda mendakwa bahawa YAB Dato' Sri Najib menggunakan wang rakyat daripada SRC International untuk membiayai parti politik yang dianggotai oleh rakyat Malaysia, jika dfikir dengan logiknya ianya sedikit tidak menjadi satu kepelikan apabila menggunakan wang rakyat untuk parti politik yang dianggotai oleh rakyat Malaysia. Melainkan YAB Dato Sri Najib menggunakan wang rakyat untuk membiayai program parti hari jadinya. Itu baru menjadi kesalahan apabila menggunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi. Dakwaan anda ini ibarat kata YAB Dato' Sri Najib Mengambil Wang, Diberikan Kepada Rakyat. Ianya sama seperti mengutip cukai daripada rakyat dan dikembalikan kepada rakyat dengan pelaksanaan program pembangunan untuk dimanfaat oleh rakyat. Ianya sama seperti dakwaan anda ini dimana YAB Perdana Menteri mengambil wang rakyat dan dibelanjakan untuk kempen Barisan Nasional yang dianggotai oleh rakyat Malaysia. YAB Perdana Menteri membelanjakan wang rakyat untuk kepentingan rakyat. Ini kerana, dengan jelas Barisan Nasional sememangnya menjaga kepentingan rakyat. Bukan sahaja kepentingan rakyat beragama islam berbangsa melayu malahan turut menjaga kepentingan rakyat berbangsa dan beragama lain.
Sebagai sebuah negara yang berpaksikan kepada Perlembagaan Negara di mana Kedudukan Raja-Raja Melayu Perlu Dijaga, Hak Istimewa Orang Melayu Perlu Dikekalkan dan Memelihara Kesucian Agama Islam Sebagai Agama Rasmi Negara. perikatan parti politik BARISAN NASIONAL yang didominasikan oleh UMNO ianya dengan jelas menjaga ketiga-tiga perkara ini yang ditetapkan dalam Perlembagaan Negara.Dibawah pemerintahan Barisan Nasional, pihak kerajaan tidak pernah sama sekali melaksanakan atau meluluskan sebarang aktiviti atau program yang dengan terangnya menghina Agama Islam. Mengkotori Kesucian Agama Islam dan tidak menghormati Kedudukan Raja-Raja Melayu Sebagai Ketua Agama Islam. Tidak pernah sama sekali dilaksanakan sebagaiman yang dilakukan oleh Pakatan Pembangkang yang memerintah Negeri Selangor di mana meluluskan dan membiarkan perlaksanaan Program Touch My Dog di Selangor. Program Sentuh Anjing dengan sengaja itu dengan terang ianya menghina agama islam, tidak menghormati kesucian agama islam dan tidak menghormati DYMM Sultan Selangor sebagai Ketua Agama.
Sebagai sebuah negara yang berpaksikan kepada Perlembagaan Negara di mana Kedudukan Raja-Raja Melayu Perlu Dijaga, Hak Istimewa Orang Melayu Perlu Dikekalkan dan Memelihara Kesucian Agama Islam Sebagai Agama Rasmi Negara. perikatan parti politik BARISAN NASIONAL yang didominasikan oleh UMNO ianya dengan jelas menjaga ketiga-tiga perkara ini yang ditetapkan dalam Perlembagaan Negara.Dibawah pemerintahan Barisan Nasional, pihak kerajaan tidak pernah sama sekali melaksanakan atau meluluskan sebarang aktiviti atau program yang dengan terangnya menghina Agama Islam. Mengkotori Kesucian Agama Islam dan tidak menghormati Kedudukan Raja-Raja Melayu Sebagai Ketua Agama Islam. Tidak pernah sama sekali dilaksanakan sebagaiman yang dilakukan oleh Pakatan Pembangkang yang memerintah Negeri Selangor di mana meluluskan dan membiarkan perlaksanaan Program Touch My Dog di Selangor. Program Sentuh Anjing dengan sengaja itu dengan terang ianya menghina agama islam, tidak menghormati kesucian agama islam dan tidak menghormati DYMM Sultan Selangor sebagai Ketua Agama.
Anjing binatang yang haram dalam islam. Apabila haram, yang dibuatnya juga itu dan dihadiri pula oleh ratusan rakyat beragama islam tidak kah ianya dikatakan menghina ajaran agama islam apabila melaksanakan program yang diharamkan dalam islam. Program seperti ini tidak pernah dibuat oleh Barisan Nasional. Disini dengan jelas menunjukkan hanya Barisan Nasional yang didominasikan oleh UMNO yang benar-benar menjaga kepentingan rakyat Malaysia berbanding Pakatan Pembangkang. Maka itu, di mana salahnya jika benar YAB Perdana Menteri membelanjakan wang rakyat untuk kepentingan parti politik yang benar-benar menjaga kepentingan rakyat. Sebagai rakyat beragama islam, ianya menjadi satu kepentingan pihak kerajaan menjaga kesucian agama islam kerana agama islam sangat penting kepada rakyat beragama islam. ADAKAH JELAS ANDA MEMAHAMI KATA-KATA SAYA INI WAHAI YB(YANG BENGONG) RAFIZI RAMLI. Berkaitan persoalan anda yang anda katakan iaitu berapa banyak yang telah dibelanjakan oleh YAB Perdana Menteri untuk membiyai kempen media sosial Barisan Nasional itu saya lihat anda sendiri telah menjawabnya di Facebook anda jadinya sebab apa anda tanya lagi. Nampak sangat anda merekacipta isu dan fakta lagi ni, Anda sendiri pun tak yakin dengan pendedahan anda sehingga bertanya kembali.Gila la ko ni Rafizi Tengok Facebook anda dibawah. Kalau saya kata anda bodoh, anda marah pula nanti. Walaupun hakikatnya anda memang bodoh pun Rafizi Ramli wooii...
DAKWAAN RAFIZI RAMLI TERHADAP YAB PM DI FACEBOOK RASMI NYA
Rafizi Ramli, Ini Pula Dakwaan Saya Terhadap anda.....
1. Setuju atau tidak saya mengatakan bahawa apa yang anda lakukan lebih teruk daripada apa yang anda membuat dakwaan terhadap YAB Dato' Seri Najib. Begitu teruknya tindakan anda ialah dimana anda mengutip duit derma daripada orang ramai melalui NOW syarikat anda dan hasil kutipan yang anda perolehi itu pula dibelanjakan untuk tujuan yang tidak jelas dapat memberi manfaat dan menjaga kepentingan rakyat. Kempen yang anda buat pun sering kali gagal mencapai matlamat. Hidup-hidup anda memperdaya orang ramai untuk memberi derma kepada anda. Sudahlah anda mengatakan kos sara hidup yang tinggi membebankan rakyat, anda menambah lagi beban terhadap rakyat yang terpaksa mengeluarkan wang mereka untuk memberi sumbungan kepada anda. Ini bukan beban sara hidup, ini adalah bebal mereka yang memberi sumbangan itu.
2. Melalui INVOKE yang juga merupakan syarikat anda yang didaftarkan sebagai Invoke Solution Sdn Bhd, anda juga membuat kutipan derma (Fund Raising) daripada orang raSmai. Anda bersetuju atau tidak saya mengatakan bahawa daripada hasil kutipan derma anda perolehi itu, ianya pasti ada dibelanjakan untuk membayar perkhidmatan seorang warga asing daripada Amerika bernama ANDREW CLASTER yang menjadi salah seorang seorang sukarelawan Invoke, yang membantu melaksanakan Program Analisis Data Pengundi?
3. Apakah anda rasakan saya mempercayai bahawa Andrew Claster ini membantu secara percuma sebagai sukarelawan? tentu tidak saya mempercayainya. Ini kerana Andrew Claster ini merupakan Bekas Pembantu Presiden Barack Obama yang memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Analisis Kempen Pemilihan Semula Barack Obama pada tahun 2012 di Amerika. Amboi baik benar Andrew ini yang merupakan salah seorang orang kuat Bekas Presiden Amerika tiba-tiba berkhidmat secara sukarela di Invokes. Melainkan dua faktor iaitu...
- Pertama Andrew Claster mempunyai hubungan yang sangat intim dan istimewa dengan anda sehingga sanggup bekerja dengan percuma untuk anda.
- Kedua, Invoke adalah tempat di mana ia beroperasi menggunakan dana sumbangan dari pihak asing yang juga menyokong gerakan menjatuhkan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin oleh YAB Dato' Seri Najib. Kalau inilah yang betul,tidak hairanlah akta dan undang-undang berkaitan dana politik begitu ditentang oleh pakatan pembangkang.
4. Anda kata YAB Dato Sri Najib Guna Duit Rakyat Biaya Kempen Barisan Nasional. Jika saya pula mengatakan kepada anda bahawa Anda Guna Duit Rakyat Untuk Bayar Orang Asing, Rakyat Diperdaya, Anda Mendapat Manfaat, Orang Amerika Andrew Claster mendapat untung? Anda setuju atau tidak saya katakan ini.
![]() |
| ANDREW CLUSTER YANG MEMBANTU PROGRAM ANALISIS DATA PENGUNDI UNTUK INVOKES (DI AMBIL DARIPADA SIARAN KINI TV) |
Sekian, Wassalam.
AYIESYAM
Pengarah Strategik
Strategic Intelligence Research Consultant (SIRC)
AYIESYAM
Pengarah Strategik
Strategic Intelligence Research Consultant (SIRC)




Comments