RAFIZI RAMLI MENYALAHGUNAKAN KUASA SEBAGAI PEMIMPIN BESAR PKR.
Rafizi Ramli, dikenali dikalangan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai seorang pemimpin hebat, pakar ekonomi, auditor bertauliah, pakar strategi dan pakar bongkar salah laku rasuah. Rafizi dipandang sebagai Hero dalam PKR dan Pakatan Pembangkang. Namun begitu, disebalik kehebatan Rafizi yang diagungkan oleh penyokong pembangkang, pernah tak mereka berfikir bahawa sebenarnya Rafizi Ramli ini telah menyalahgunakan kuasanya sebagai salah seorang pemimpin besar dalam PKR. Tentu sekali ini tidak pernah difikirkan oleh penyokong pembangkang khususnya Pro-PKR. Apa yang mereka nampak, hanyalah kehebatan Rafizi yang dikenali sebagai pejuang penentang salah laku rasuah. Sedangkan disebalik kehebatan Rafizi itu, terdapat kemusibatan (musibat) yang tidak pernah difikirkan oleh penyokong pembangkang.
Apakah yang musibatnya Rafizi Ramli ini? Mari kita bersama renungkan dan fikirkan berdasar fakta yang dinyatakan ini.
FAKTA BUKAN AUTA.
1. Rafizi Ramli adalah "Pemimpin Besar" dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR). Rafizi Ramli memegang jawatan sebagai Naib Presiden PKR. Dalam masa yang sama, beliau juga turut diberi kepercayaan memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung PKR namun beliau melepaskan jawatan tersebut pada 26/11/2016 dan digantikan dengan Saifuddin Nasution. Rafizi juga turut dilantik menjadi Pengarah Strategik PKR. Tiga jawatan tinggi dalam PKR dipegang oleh Rafizi Ramli ini menujukkan beliau seorang Pemimpin Besar dalam PKR. Ini juga menunjukkan Rafizi Ramli dipercayai oleh "Big Boss" PKR iaitu Anwar Ibrahim. Jika tidak, mustahil jawatan-jawatan besar dalam PKR ini dapat dipegang oleh Rafizi seorang.
2. Sebagai pemimpin berjawatan tinggi dalam PKR dan orang kepercayaan Anwar Ibrahim, pasti sekali Rafizi Ramli ini sangat berpengaruh dan mempunyai kuasa dalam PKR. Disebalik kedudukan dan kuasa yang ada pada Rafizi Ramli di dalam PKR, ramai yang tidak nampak dan tidak difikirkan oleh ahli-ahli PKR serta penyokong-penyokong PKR bahawa Rafizi Ramli telah MENYALAHGUNAKAN KUASA DAN KEDUDUKAN beliau dalam PKR untuk kepentingan peribadi beliau. Oleh kerana tidak pernah difikirkan oleh penyokong PKR inilah yang menjadikan mereka menganggap bahawa Rafizi ini Hero PKR dan seorang pemimpin suci murni dalam PKR.
Berikut ialah BUKTI Penyalahgunaan Kuasa oleh Rafizi Ramli sebagai pemimpin berjawatan tinggi dalam PARTI kEADILAN rAKYAT (PKR) :
1. Rafizi Ramli telah menubuhkan syarikat bernama National Oversight & Whistleblower Sdn Bhd (NOW) dimana dalam syarikat tersebut beliau merupakan salah seorang Pengarah. Beliau menyalahgunakan kuasa dan peranannya sebagai Pengarah Strategik PKR untuk membongkar penyelewengan pemimpin kerajaan melalui NOW,syarikat beliau sendiri. Pembongkaran dibuat atas nama NOW.Derma yang dikutip daripada rakyat juga dilakukan oleh NOW. Duit yang diderma oleh rakyat dimasukkan ke akaun NOW.

2. Rafizi Ramli menubuhkan syarikat INVOKE SOLUTION SDN BHD (INVOKE) untuk menjalankan gerak kerja Kajian Maklumbalas pengundi. Rafizi Ramli membuat kajian di atas nama INVOKE,yang merupakan syarikat yang ditubuhnya. Derma untuk gerak kerja kajian pengundi juga dikutip daripada rakyat atas nama INVOKE. Duit kutipan derma dimasukkan ke akaun INVOKE.
PERSOALANNYA :
1. Jika aktiviti bongkar salah laku pemimpin kerajaan itu merupakan salah satu bentuk strategi PKR untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Barisan Nasional, kenapa Rafizi Ramli melaksanakan gerak kerja ini di atas nama syarikatnya sendiri iaitu NOW? Tidak kah ini dinamakan PENYALAH GUNAAN KUASA oleh Rafizi Ramli sebagai Pengarah Strategik PKR apabila menjalankan gerak kerja politik parti oleh syarikatnya sendiri?
2. Derma yang dikutip daripada rakyat pula di masukkan ke akaun NOW, kenapa Rafizi mengutip derma atas nama NOW? Kenapa wang kutipan derma dimasukkan ke akaun NOW? Merujuk kepada FASA 10.1.2 PERLEMBAGAAN PKR menyatakan punca pendapatan PKR ialah daripada derma ahli-ahli. Oleh itu, kenapa Rafizi Ramli tidak mengutip derma diatas nama PKR sedangkan salah satu punca pendapatan PKR ialah daripada derma ahli-ahli & penyokong PKR?
3. Kenapa Rafizi menjalankan kajian pengundi melalui INVOKE yang merupakan syarikat beliau tubuhkan sendiri? Kenapa perlu mengutip derma daripada rakyat atas nama INVOKE dan duit derma masuk ke akaun INVOKE?
4. Kenapa Rafizi Ramli menggunakan kedua-dua syarikat miliknya NOW & INVOKE untuk menjalankan gerak kerja politik PKR? Kenapa tidak diberi kepada syarikat lain untuk membuat atau mengendalikan program tersebut? Kenapa syarikat Rafizi sendiri yang mengendalikan program-program tersebut?
5. Menggunakan syarikat sendiri untuk menjalankan kerja-kerja parti yang mana dalam parti tersebut Rafizi Ramli merupakan pemimpin berjawatan tinggi (Naib Presiden), adakah ini tidak dikatakan salah satu bentuk PENYALAHGUNAAN KUASA?
6. Mengutip derma pula atas nama syarikat sendiri bukan atas nama PKR tidak kah ini satu bentuk PENYALAHGUNAAN KUASA yang berisiko tinggi duit derma itu DISELEWENG oleh Rafizi untuk kegunaan peribadi beliau..
6. Mengutip derma pula atas nama syarikat sendiri bukan atas nama PKR tidak kah ini satu bentuk PENYALAHGUNAAN KUASA yang berisiko tinggi duit derma itu DISELEWENG oleh Rafizi untuk kegunaan peribadi beliau..
RENUNG DAN FIKIRKAN OLEH RAKYAT SEKALIAN KHUSUSNYA PENYOKONG KUAT PKR. FIKIRLAH YA HEBAT ATAU MUSIBAT RAFIZI RAMLI INI........
Sekian,Wassalam.
AYIESYAM
PENGARAH STRATEGIK SIRC


Comments