SIASAT RAFIZI DIBAWAH AKTA SYARIKAT 1965
Kehadapan YB Rafizi Ramli (Ahli Parlimen Pandan)
Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih diatas penjelasan anda di dalam MalaysiaKini berkaitan dengan dakwaan anda mengutip derma secara haram melalui syarikat anda National Oversight & Whitsleblower Sdn Bhd (NOW). Dengan penuh yakin anda menyangkal dakwaan sahabat saya Dato Ramesh Rao bahawa anda telah melakukan kesalahan dibawah Akta AMLA & BAFIA kerana mengutip derma secara haram. Anda membidas dakwaan sahabat saya itu dengan menyatakan bahawa mengaitkan anda dengan Akta AMLA & BAFIA adalah tidak tepat.
SESIAPA YANG MERUPAKAN PEGAWAI ATAU AGENT SYARIKAT YANG MEMPEROLEHI APA-APA WANG, SAMA ADA UNTUK SYARIKAT, DIRI SENDIRI ATAS ORANG LAIN SECARA MENIPU ATAU BERJANJI PALSU DENGAN NIAT UNTUK MEMPERDAYA. JIKA SABIT KESALAHAN, IANYA BOLEH DIKENAKAN HUKUMAN PENJARA 10 TAHUN DAN DENDA RM250,000.00 ATAU KEDUA-DUANYA SEKALI.
Dakwaan Saya Ini Adalah Berdasarkan Fakta, Bukti & Hujah Seperti Berikut :
FAKTA KES
Nama kempen yang dikelolakan oleh NOW ialah KEMPEN TUTUP 1MDB. Kempen tersebut dilancarkan oleh anda pada tahun 2015. Berdasarkan tajuk tersebut, dengan jelas dapat difahami bahawa matlamat kempen itu dilaksanakan ialah untuk menutup syarikat 1MDB. Bagi mencapai matlamat kempen itu, anda memohon sumbangan derma sebanyak RM10 daripada orang ramai (rujuk kepada iklan dibawah)

Namun begitu, semenjak bermulanya kempen tutup 1MDB ini dijalankan oleh syarikat anda NOW iaitu pada 2015 sehingga kini Mei 2017, syarikat 1MDB masih lagi belum ditutup. Bahkan bukan itu sahaja, segala hutang syarikat 1MDB telah berjaya diselesaikan. Ini bermakna, kempen anda telah gagal mencapai matlamat. Soalan saya,
1. Adakah anda setuju saya mengatakan bahawa anda telah memperdayakan orang ramai bagi meraih derma wang ringgit dengan helah untuk menutup Syarikat 1MDB?
2. Adakah anda setuju saya mengatakan bahawa daripada awal anda telah tahu ianya mustahil akan dapat menutup syarikat 1MDB itu dengan cara menjalankan kempen sebegini tetapi bagi meraih wang ringgit hasil sumbangan orang ramai, anda mencipta satu bentuk kempen yang diberi nama Kempen Tutup 1MDB? Setuju atau tidak saudaraku YB Rafizi Ramli.
3. Apakah perasaan anda dengan orang yang memberi sumbangan kepada anda yang tentu sekali berharap kempen anda ini berjaya tetapi hingga kini (2 tahun masanya) tidak tutup jua syarikat 1MDB itu. Tentu kecewa orang yang memberi sumbangan itu. Jika tidak terpedaya dengan janji palsu dan harapan yang diberikan oleh anda bahawa kempen itu akan berjaya, mereka tentu tidak akan memberi sumbangan kepada anda. Apakah anda tidak rasa bersalah telah memperdayakan orang ramai dengan harapan manis anda?
Sekian
AYIESYAM,
Pengarah Strategik SIRC

Baiklah YB Rafizi Ramli, jika dakwaan sahabat saya itu tidak tepat, ini pula adalah dakwaan saya terhadap anda. Dengan slumber, tenang dan gaya santai(sambil hisap rokok) saya mengatakan bahawa tindakan anda mengutip derma daripada orang ramai melalui NOW adalah satu kesalahan yang melanggar SEKSYEN 366 (3) AKTA SYARIKAT 1965. Ini kerana, kaedah kutipan sumbangan yang anda lakukan itu mempunyai unsur Penipuan dan Berjanji Palsu. Ini bertentangan dengan akta tersebut. Murujuk kepada Seksyen 336 (3) Akta Syarikat 1965 menyatakan bahawa,.......
SESIAPA YANG MERUPAKAN PEGAWAI ATAU AGENT SYARIKAT YANG MEMPEROLEHI APA-APA WANG, SAMA ADA UNTUK SYARIKAT, DIRI SENDIRI ATAS ORANG LAIN SECARA MENIPU ATAU BERJANJI PALSU DENGAN NIAT UNTUK MEMPERDAYA. JIKA SABIT KESALAHAN, IANYA BOLEH DIKENAKAN HUKUMAN PENJARA 10 TAHUN DAN DENDA RM250,000.00 ATAU KEDUA-DUANYA SEKALI.
Dakwaan Saya Ini Adalah Berdasarkan Fakta, Bukti & Hujah Seperti Berikut :
FAKTA KES
Nama kempen yang dikelolakan oleh NOW ialah KEMPEN TUTUP 1MDB. Kempen tersebut dilancarkan oleh anda pada tahun 2015. Berdasarkan tajuk tersebut, dengan jelas dapat difahami bahawa matlamat kempen itu dilaksanakan ialah untuk menutup syarikat 1MDB. Bagi mencapai matlamat kempen itu, anda memohon sumbangan derma sebanyak RM10 daripada orang ramai (rujuk kepada iklan dibawah)

Namun begitu, semenjak bermulanya kempen tutup 1MDB ini dijalankan oleh syarikat anda NOW iaitu pada 2015 sehingga kini Mei 2017, syarikat 1MDB masih lagi belum ditutup. Bahkan bukan itu sahaja, segala hutang syarikat 1MDB telah berjaya diselesaikan. Ini bermakna, kempen anda telah gagal mencapai matlamat. Soalan saya,
1. Adakah anda setuju saya mengatakan bahawa anda telah memperdayakan orang ramai bagi meraih derma wang ringgit dengan helah untuk menutup Syarikat 1MDB?
2. Adakah anda setuju saya mengatakan bahawa daripada awal anda telah tahu ianya mustahil akan dapat menutup syarikat 1MDB itu dengan cara menjalankan kempen sebegini tetapi bagi meraih wang ringgit hasil sumbangan orang ramai, anda mencipta satu bentuk kempen yang diberi nama Kempen Tutup 1MDB? Setuju atau tidak saudaraku YB Rafizi Ramli.
3. Apakah perasaan anda dengan orang yang memberi sumbangan kepada anda yang tentu sekali berharap kempen anda ini berjaya tetapi hingga kini (2 tahun masanya) tidak tutup jua syarikat 1MDB itu. Tentu kecewa orang yang memberi sumbangan itu. Jika tidak terpedaya dengan janji palsu dan harapan yang diberikan oleh anda bahawa kempen itu akan berjaya, mereka tentu tidak akan memberi sumbangan kepada anda. Apakah anda tidak rasa bersalah telah memperdayakan orang ramai dengan harapan manis anda?
![]() |
| BUKTI JUMLAH KUTIPAN YANG DIPEROLEHI NOW INI DIAMBIL DARIPADA POSTING FACEBOOK RASMI YB RAFIZI RAMLI |
Selain daripada Kempen Tutup 1MDB, anda juga turut cuba memperdaya orang ramai untuk memberi sumbangan kepada syarikat anda (NOW) dengan cara perlaksaan aktiviti yang kononnya ingin menyaman KWSP, TABUNG HAJI & KWAP. Persoalannya disini, apakah sebab anda perlu memohon sumbangan orang ramai untuk menyaman ketiga-tiga agensi ini? Apakah kos yang ingin anda belanjakan? Didalam PKR, berapa ramai Peguambela yang ada, yang boleh melakukan kerja menyaman ini secara percuma atau dengan kos yang minimum? Setuju atau tidak saya mengatakan bahawa anda dengan niat ingin memperdayakan orang ramai bagi meraih wang hasil daripada kutipan derma?
Dengan fakta kes, bukti yang dikemukakan dan hujahan yang saya berikan ini, saya cabar anda menyangkal dakwaan saya ini sebagaimana anda menyangkal dakwaan sahabat saya Dato Ramesh Rao. Tempoh sehingga 21/5/2017 diberikan kepada anda untuk membuat penjelasan berkaitan dakwaan saya ini, tindakan selanjutnya akan diambil terhadap anda.
Sebelum itu, saya ingin menyatakan kepada anda bahawa saya tidak mewakili orang ramai, tidak mewakili penyumbang derma dan juga tidak sama sekali mewakili mana-mana parti politik bagi membuat dakwaan ini terhadap anda. Saya hanya wakil diri saya di atas sebab kerana mulut manis, tipu helah dan kata-kata anda tentang penyelewengan kerajaan telah menyebabkan saya sering kali bergaduh dengan ibu kandung saya yang menyokong anda, yang memuji anda dan mengkritik saya menentang anda. Oleh kerana cabaran ibu kandung saya bagi membuktikan anda salah, maka saya memohon anda membuat penjelasan terhadap dakwaan saya ini sama ada betul atau tidak. Ianya hanya bagi saya membuktikan kepada ibu saya bahawa saya menentang anda adalah satu kebenaran.
Maka itu, Disini saja penulisan saya. Jika salah juga anda kata dan anda berhasrat nak saman saya disebab fitnah anda, dipersilakanlah ya. Whatapp je saya bila surat saman sudah siap. Saya sendri akan pergi mengambil surat tersebut. Tak perlu susahkan posmen atau penghantar surat untuk menghantar surat saman tu kepada saya ye wahai YB Rafizi Ramli.
AYIESYAM,
Pengarah Strategik SIRC

Comments