"KILLER QUESTION" PENGARAH STRATEGIK SIRC KEPADA DATO KHAIRUDDIN
MOHON MAAF YBHG DATO, SAYA SEKADAR INGIN BERTANYA DENGAN MENGIMBAU KEMBALI WAKTU KETIKA DULU......
1. Ybhg Dato, pada kes liwat dato seri anwar pada waktu mula2 dahulu (kes liwat 1) di mana dato dikatakan sebagai Penerbit buku 50 Dalil Kenapa Anwar Tidak Layak Menjadi PM. Sebagai orang yang menerbitkan buku tersebut,apakah dato setuju dgn kenyataan Tun Mahathir baru2 ini yang menyokong anwar ibrahim menjadi perdana menteri?. Sama ada dato sebagai penerbit atau penjual buku tersebut, ianya bukan persoalan utama. Persoalannya APAKAH DATO SETUJU TUN MAHATHIR MENYOKONG ANWAR UNTUK MENJADI PM SELEPAS PRU 14?
2. Mengimbau kembali kenyataan dato dalam ceramah pada 27/9/1999 bertempat di Jelutong, dato mendakwa kali pertama datin seri wan azizah meminta cerai drpd anwar ibrahim ialah pada thn 1994. Kali kedua wan azizah minta cerai pada thn 1997 setelah mengetahui latar belakang sebenar anwar. Dato juga mendakwa wan azizah pernah dipukul oleh anwar apabila meminta cerai kali kedua.Dengan merujuk kepada kenyataan dato itu, apakah dato setuju dgn Tun Mahathir yang menyokong anwar ibrahim menjadi Perdana Menteri selepas PRU14 sedangkan segala perilaku buruk anwar dato sendiri tahu sebaigaimana yang dato mendedahkannya pada satu ketika dahulu.Mohon penjelasan daripada dato secara terbuka.
3. Sebagai seorang individu yang sering kelihatan berada di lokasi mahkamah ketika perbicaraan kes liwat 1 anwar dahulu, dimana dato sering kelihatan bersama dgn wanita yg cantik rupawan putih mulus kulitnya iaitu org yg sy anggapnya sebagai kakak kandung sy sendiri iaitu Ummi Hafilda Ali, ingin saya bertanya kepada dato, adakah dato bersetuju dengan kenyataan Tun Mahathir baru baru ini yang mengakui terdapat konspirasi politik yg menyebabkan anwar dipenjarakan?Adakah dato merupakan salah seorang konspirator yang terlibat menjatuhkan anwar pada waktu dahulu?
4. ingin saya mengingatkan kepada dato ketika dato melakukan penerbangan atas nama Kembara Kailan ketika Pak Lah menjadi PM. Bermula daripada kosong hingga menjadi jutawan (memiliki ferrari, masserati, menghadiahkan cincin tunang bertatah belian jenama mewah chopard kpd ummi aida). Setuju atau tidak saya katakan bahawa kerana kedudukan dato dalam umno pulang pinang itulah (negeri tempat Pak Lah) yang menjadikan aksesibiliti kpd dato untuk mengumpul kekayaan.
5. Pada 28/1/2015 sebagaimana disiarkan dalam freemalaysiatoday.com, dato mengatakan bahawa anwar ibharim tiada kredibiliti sebagai seorang pemimpin dan dato juga mengatakan bahawa Anwar Ibrahim adalah bapak segala rasuah. Apakah dato sanggup bekerjasama dengan orang yang dato katakan bapak segala rasuah untuk bersama dato berjuang menangani rasuah?
6. Yang terakhir persoalan saya kepada dato. Sebelum ini dato memainkan peranan mendedahkan salah laku anwar ibrahim hingga ke kampung kampung dato berceramah. Dato mengatakan bahawa dato lebih mengenali anwar kerana dato sepupu beliau.Dato juga dikatakan org yang bertanggungjawab memenjarakan anwar sebelum ini. Maka itu, apakah dato setuju dengan Tun Mahathir bahawa berlaku konspirasi politik terhadap anwar ibrahim?Jika dato bersetuju dengan kenyataan Tun itu, adakah dato juga bersetuju bahawa dato merupakan salah seorang konspirator yang bertanggungjawab memenjarakan anwar ibrahim pada waktu dahulu.
Mohon Penjelasan Dato ya.....
Sekian,Wassalam.
AyieSyam
Pengarah Strategik SIRC
Pengarah Strategik SIRC
Comments