KENAPA RAFIZI RAMLI GAGAL RAYUAN KES OSA

Merungkai Persoalan Rakyat Berkaitan Kegagalan Rafizi Cabar Sabitan OSA Terhadapnya Kerana Mendedah Laporan Audit 1MDB.

1. 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) merupakan syarikat pembangunan strategik milik penuh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kewangan Malaysia. Menurut Kerajan Malaysia, 1MDB telah ditubuhkan sebagai suatu langkah inisiatif strategik pembangunan ekonomi negara Malaysia untuk jangka masa panjang, dengan mendapatkan kerjasama dan menggalakkan pelaburan langsung asing (FDI). 

2.1MDB memberi fokus kepada projek pembangunan strategik khususnya dalam urusan pembangunan sumber daya tenaga, estet, pelancongan dan agro-perniagaan.1MDB diuruskan secara profesional dan sistematik berdasarkan sistem uji dan imbang yang meliputi barisan Lembaga Penasihat, Lembaga Pengarah dan pasukan pengurusan senior. Lembaga Penasihat 1MDB dipengerusikan sendiri oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul  Razak.

3. Diantara Projek Pembangunan Strategik yang telah dijalankan oleh 1MDB dengan usahasama Syarikat Asing Luar Negara adalah seperti berikut :

a) Pada 30/9/2009, 1MDB dan rakan strategiknya PetroSaudi International Limited mengisytiharkan pemeteraian syarikat usahasama bernilai USD 2.5 billion, dengan memfokuskan sasaran pelaburan langsung asing (FDI) dari Timur Tengah ke Malaysia. 

b) Pada 11/1/2010, 1MDB telah menandatangani perjanjian usahasama diantara State Grid Corporation of China (SGCC), dengan fokus untuk mengawal pelbagai projek tenaga di Koridor Tenaga Boleh Ubah Sarawak (SCORE) dan berperingkat menjadi pelabur terbesar dalam projek SCORE 

c) Pada 13 Mei 2010, 1MDB telah menjadi sebahagian syarikat konsortium, yang diberi mandat melaksanakan projek pembangunan semula multi-bilion ringgit di Lapangan Terbang Sungai Besi. Kawasan tersebut berkeluasan 162 hektar dan pelannya untuk membinan Pusat Kewangan Islam yang memasukkan Qatar Investment Authority (QIA) sebagai rakan kongsi. Projek ini kemudiannya akan digelar Bandar Malaysia. Pada masa yang sama, 1MDB dan QIA telah menandatangi Perjanjian Persefahaman (MOU) untuk mengakses janaan tenaga berdaya maju dan pelaburan estet. Dalam MOU itu QIA bercadang untuk melabur USD 5 Billion.

4. Berkaitan dengan kegagalan Rafizi Ramli dalam rayuan cabar sabitan OSA (Akta Rahsia Rasmi) ke atas dirinya kerana telah mendedahkan Laporan Audit 1MDB adalah kerana tindakannya itu, mendedahkan Laporan Audit 1MDB kepada umum dan secara terbuka dengan lengkap mengatakan kononnya terdapat penyelewengan berlaku dalam 1MDB ianya boleh menjejaskan kepentingan Malaysia dalam menjalankan Usahasama Projek Pembangunan yang dilakukan oleh syarikat 1MDB bersama dengan syarikat asing luar negara. 

5. Oleh kerana penubuhan 1MDB ini sebagai suatu langkah inisiatif strategik pembangunan ekonomi negara Malaysia untuk jangka masa panjang, maka setiap dokumen melibatkan 1MDB  ianya diklasifikasikan sebagai dokumen RAHSIA menurut Akta Rahsia Rasmi. Ini kerana, segala operasi dan perniagaan yang dijalankan oleh syarikat 1MDB ianya dilakukan secara usahama dengan negara luar bagi tujuan menarik kemasukan pelaburan Langsung Asing (FDI) ke negara kita.

6. Menurut Akta Rahsia Rasmi, Maksud "RAHSIA RASMI" “rahsia rasmi” ertinya apa-apa suratan yang dinyatakan dalam jadual dan apa-apa maklumat dan bahan yang berhubungan dengannya dan termasuklah apa-apa suratan rasmi, maklumat dan bahan lain sebagaimana yang boleh dikelaskan sebagai “Rahsia Besar”, “Rahsia”, “Sulit” atau “Terhad”, mengikut mana-mana yang berkenaan, oleh seorang Menteri, Menteri Besar atau Ketua Menteri sesuatu Negeri atau mana-mana pegawai awam yang dilantik di bawah seksyen 2B. (Rujuk Maksud RAHSIA RASMI seperti dilampirkan dibawah)


7. Tindakan Rafizi Ramli mendedahkan laporan audit 1MDB kepada umum kononnya terdapat penyelewengan dana kerajaan berlaku dalam 1MDB akan memberi kesan kepada kepentingan Kerajaan Malaysia terutama dalam menarik kemasukan Pelaburan Langsung Asing (FDI) ke Malaysia. Sekaligus ianya boleh menjejaskan hasil pendapatan negara yang boleh diraih melalui Pelaburan Langsung Asing (FDI) daripada syarikat luar negara yang melabur untuk Projek Pembangunan dengan Kerajaan Malaysia.  

8. Menurut Seksyen 8 (1)(ii) & Seksyen 8 (1)(iv), Akta  Rahsia Rasmi 1972-Menyampaikan Rahsia Rasmi Dengan Salah, menjelaskan bahawa .......

Menggunakan sesuatu rahsia rasmi atau benda seperti yang tersebut di atas untuk faedah sesuatu negara asing selain negara asing yang bagi faedahnya dia diberi kuasa dengan sewajarnya untuk menggunakannya atau dengan apa-apa cara lain yang memudaratkan keselamatan atau kepentingan Malaysia dan Tidak menjaga dengan cara yang berpatutan, atau bertingkah laku sehingga membahayakan keselamatan atau kerahsiaan, sesuatu rahsia rasmi, orang itu telah melakukan suatu kesalahan yang boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang dari satu tahun tetapi tidak melebihi tujuh tahun. (Rujuk Akta Rahsia Rasmi seperti dilampirkan dibawah)
9. Oleh kerana kesilapan Rafizi mendedahkan laporan audit 1MDB yang mana dokumennya telah diklasifikasikan sebagai RAHSIA RASMI adalah satu kesalahan yang melanggar Akta Rahsia Rasmi yang mana tindakan Rafizi itu boleh menjejaskan kepentingan Malaysia, disebabkan itu mahkamah menolak rayuan Rafizi Ramli yang mencabar sabitannya dibawah OSA. 

10. Pandangan saya, ianya satu usaha murni dan baik cuba dilakukan oleh Rafizi Ramli iaitu ingin membanteras rasuah di negara tetapi tindakan yang dilakukannya itu tidak betul. Caranya tidak menghalalkan niat baiknya. Jika benar didapati terdapat unsur penyelewengan dalam syarikat 1MDB, beliau hanya perlu membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak SPRM akan menjalankan siasatan. Seperti FELDA, SPRM telah melaksanakan tugasnya dengan baik. Tan Sri Isa Samad direman bagi membantu siasatan penyelewengan dalam FELDA Jika Rafizi Ramli mengikut saluran yang betul dan cara yang tidak melanggar undang-undang, ianya tentu sekali akan dapat diheret mereka yang bersalah ke muka pengadilan jika benar terdapat penyelewengan dalam syarikat 1MDB.

Sekian, Wassalam.

AYIESYAM
Pengarah Strategik 
Strategic Intelligence Research Consultant (SIRC)



Comments