PROVOKASI MENOLAK KETUA BAHAGIAN UMNO HULU TERENGGANU
Dituju Khas Kepada
Facebook Username "Raja Ahmad Soufi Sulaiman & Pejuang Kemerdekaan".
1. Terlebih dahulu jutaan maaf dipinta oleh saya sekiranya kata-kata saya ini menyinggung perasaan saudara berdua. Bukan niat saya hendak membangkit kemarahan saudara tetapi hanya sekadar ingin memperbetulkan persepsi rakyat terhadap "Posting Facebook" yang telah saudara berdua bangkitkan sejak kebelakangan ini yang jelas menunjukkan saudara menghentam YB Dato Jailani Johari sebagai Ketua Bahagian Hulu Terengganu,
2. Saudara berdua, secara jujurnya saya tidak mengetahui langsung apakah punca yang menjadikan saudara berdua membuat penulisan di Facebook secara terbuka dengan komen yang pelbagai jenis mengutuk YB Dato Jailani Johari (Dato Jai) sebagai Ketua UMNO Bahagian Hulu Terengganu. Walaupun sadara berdua tidak menyatakan nama penuh Dato' Jai dalam penulisan tersebut, tetapi ianya jelas orang memahami bahawa saudara berdua menghentam, mengutuk dan yang lebih parah membuat provokasi supaya menolak kepimpinan Dato' Jai sebagai Ketua Bahagian Hulu Terengganu.
3. Bagi saya, tindakan saudara berdua ini jelas sekali menunjukkan bahawa saudara berdua BUTA POLITIK, TIDAK MEMAHAMI PERJUANGAN POLITIK & TIDAK TAHU CARA BERPOLITIK. Sedangkan saudara Raja Soufi Sulaiman merupakan salah seorang Ketua Cawangan UMNO di Hulu Terengganu dan orang lama dalam UMNO Hulu Terengganu, sepatutnya saudara tidak melakukan tindakan sebegini yang mana menunjukkan saudara tiada kematangan dalam berpolitik.
4. Baiklah, disini saya ingin menjawab segala hamburan kutukan dan kritikan oleh saudara berdua kepada Dato Jai sebagaimana dinyatakan oleh saudara dalam penulisan facebook saudara berdua (printsreen dilampirkan dibawah). Jawapan saya terhadap segala kritikan & kutukan saudara itu adalah seperti berikut :
KRITIIKAN TERHADAP TEAM DJJ (Team Dato Jailani Johari)
Saudara berdua menyatakan bahawa kewujudan Team DJJ ini satu bentuk pengkhianatan yang dilakukan oleh Dato' Jai dalam UMNO Hulu Terengganu. Maaf saya berkata, saudara berdua ni bodoh ke buta dalam politik? Apa pengkhianatannya jika seorang ahli politik, pemimpin parti politik mempunyai group "Harcore Supporters" sendiri? Tahukah saudara kepentingan Hardcore Supporters ini kepada parti dan pemimpin tersebut? Tentu saudara tifak mengetahuinya. Jika saudara tahu pasti saudara tidak akan mengutuknya.
Untuk makluman saudara, di negara barat Harcore Supporter ini dikenali dengan nama "Inner Circle" yang bermaksud Orang-Orang Disekeliling pemimpin tersebut (Orang-Orang Kuat). Inner Circle inilah yang berperanan sebagai tulang belakang kepada pemimpin pemimpin tersebut dalam sesebuah parti politik dan juga sebagai pemimpin masyarakat.
Inner Circle ini memainkan peranan menjaga nama baik pemimpin tersebut, mempertahankan pemimpin tersebut daripada sebarang serangan isu, mengerakkan kempen untuk menonjolkan kredibiliti pemimpin tersebut. Jika tanpa Inner Circle ini, jangka hayat pemimpin tersebut tidak akan kekal lama dalam dunia politik. Mana mungkin beliau (ahli politik) ini mampu bergerak seorang diri dalam mengharungi arus politik tanpa dibantu oleh Team Inner Circlenya. Untuk makluman saudara, Inner Circle inilah penentu jangka hayat pemimpin tersebut dalam politik. Kumpulan ini diibaratkan sebagai tunjang kedudukan ahli politik itu dalam parti dan juga sebagai pemimpin kerajaan. Tidak kah saudara tahu, semua ahli politik baik UMNO baik pembangkang, setiap org mempunyai "Team Hardcore Supporters" sendiri.
Sebagai contoh mudah saya berikan kepada saudara tentang Inner Circle ini ialah Anwar Ibrahim. Sedarkah saudara bahawa pengaruh Anwar Ibrahim ini kuat kerana Inner Circlenya dahulu yang kuat. Inner Circlenya terdiri daripada Ezam Mohd Noor, Saifuddin Nasution, Azmin Ali, Rahim Ghouse, Nalakaruppan, Zulkifli Nordin, Roslan Kassim dan Ghani Harun. Oleh kerana Inner Circle Anwar yang kuat mempertahankan Anwar Ibrahim masa awal2 reformasi dahulu yang menyebabkan rakyat ramai mempercayai anwar difitnah meliwat sedangkan benar dia peliwat. Oleh kerana kekuatan Inner Circlenya yang terdiri daripada mereka yang hebat-hebat menyebabkan Anwar dipanjang mulia oleh masyarakat. Inilah besar pengaruh dan kepentingan Inner Circle kepada seorang ahli politik. Kesalahan liwat oleh Anwar pun dikaburi di mata rakyat oleh Inner Circle Anwar Ibrahim ini. Untuk makluman saudara, peranan Team Inner Circle atau Hardcore Supporters ini sangat penting bagi seorang ahli politik.
Maka, dimana khianatnya Dato Jai kepada UMNO di atas kewujudan Team DJJ sebagai Inner Circle Dato Jai? Dato Jai bukan menubuhkan Block Parti baru dalam UMNO, ianya hanya diwujudkan team Hardcore Supporters untuk karier politiknya. Maka itu, apa salahnya? Apa khianatnya Dato Jai kepada UMNO? Jika tiada group DJJ, siapa yang nak buat kerja untuknya ketika PRU dan yang paling penting peranan Inner Circle ini ialah ketika Pemilihan UMNO selepas PRU. Peranan Inner Circle sangat penting ketika Pemilihan UMNO kerana Pemilihan UMNO merupakan medan tempur antara UMNO dan UMNO. Inner Circlenya yang bernama Team DJJ semua terdiri daripada ahli-ahli UMNO. Bukan Inner Circlenya terdiri daripada ahli-ahli PKR,BERSATU,DAP atau AMANAH. Salah kah jika Dato Jai ingin mempertahankan kedudukannya di dalam UMNO?
Oleh itu, saya mengatakan bahawa saudara berdua ini bukan sahaja Buta Politik malah tiada kecerdikan langsung dalam berpolitik jika peranan Inner Circle dikatakan satu bentuk pengkhianatan. Cadangan saya saudara patut masuk politeknik daripada masuk politik. Belajar mengenal dan memahami apa itu politik terlebih dahulu sebelum menjeruskan diri dalam persada politik.
(Lampiran Printscreen Saudara Raja Soufi Mengutuk Dato Jailani Johari)
Buatmu Saudaraku Raja Soufi Sulaiman
Tahukah saudara bahawa tindakan saudara membuat provokasi secara terbuka untuk menolak kepimpinan Dato' Jai sebagai Ketua Bahagian Hulu Terengganu itu adalah satu kesalahan yang melanggar Perlembagaan UMNO lebih lebih lagi saudara ini Ketua Cawangan UMNO iaitu "Boss Jawatankuasa Cawangan UMNO" di Hulu Terengganu?
Merujuk kepada Perlembagaan UMNO Fasal 18.12.2, yang mengatakan diantara tugas-tugas Jawatankuasa Cawangan ialah Menyemai perasaan persaudaraan dan menggalakkan
bantuan sesama sendiri di kalangan ahli-ahli
parti. Namun begitu, tindakan saudara membuat provokasi untuk menolak Dato Jai sebagai Ketua Bahagian adalah bertentangan dengan Fasal Perlembagaan UMNO ini. Sepatutnya saudara menyemai perasaan persaudaraan bukan menyemai perasaan pemusuhan dikalangan ahli-ahli terhadap Dato Jai sebagai Ketua Bahagian Hulu Terengganu. Saudara sebagai Ketua Cawangan telah melanggar Fasal Perlembagaan ini.
Oleh itu, dengan merujuk pula kepada Fasal 20.8 (a), 20.8 (b) & 20.8 (g) yang mengatakan Semua ahli UMNO hendaklah cintakan parti dan Patuh kepada Perlembagaan ini dan Tataetika Ahli, Mengikut perintah-perintah parti dan sentiasa menunjukkan tatalaku yang sopan dan tertib. Tindakan saudara yang melanggar Perlembagaan ini adalah satu bentuk tidak patuh kepada perlembagaan dan tataetika ahli UMNO lebih-lebih lagi saudara ini Ketua Cawangan. Kenyataan saudara yang secara terbuka mengkritik, menghentam dan membuat provokasi ini menunjukkan tatalaku saudara yang tidak sopan. Maka ini, selayaknya saudara dikenakan tindakan disiplin kerana melanggar Perlembagaan Parti dalam memainkan peranan sebagai Ketua Cawangan. Melanggar Perlembagaan ini menunjukkan saudara mengkhianati parti, bukan Dato Jai yang khianat kepada parti tetapi sebenarnya saudara yang membuat khianat.
Sehubungan itu, jika saudara sayangkan UMNO dan kedudukan sebagai Ketua Cawangan, maka cadangan saya satu permohonan maaf bertulis atau apa bentuk saja permohonan maaf perlu saudara buat terhadap Dato Jailani sebagai Ketua Bahagian UMNO Hulu Terengganu. Tidak rugi sekiranya saudara merendah ego dengan membuat permohonan maaf kepada Dato Jailani diatas provokasi yang telah dicetuskan oleh saudara di facebook itu. Saudara dikenali ramai di Hulu Terengganu, kehebatan pengaruh saudara memang tidak dapat dinafikan. Oleh itu, amat sayang sekiranya saudara dikenakan apa jua tindakan disiplin di atas kesalahan melanggar perlembagaan UMNO. Dengan bukti yang ada (screenshot facebook) dan saksi2 lain ianya jelas menunjukkan saudara telah melanggar Perlembagaan UMNO Fasal 18.12.2 & Fasal 20.8 (a), 20.8 (b) & 20.8 (g).
Berikut lampiran printscreen penulisan saudara Raja Soufi Sulaiman dan Pejuang Kemerdekaan di Facebook :
Saudaraku yang dihormati YM Raja Soufi,
Tidak menjadi satu kesalahan untuk kita ahli-ahli UMNO menegur kesilapan pemimpin demi kebaikannya dan parti. Namun, apa yang saudara lakukan ini bukan satu bentuk teguran tetapi Provokasi yang mana boleh menjejaskan kedudukan UMNO sebagai parti yang memerintah kerajaan Negeri Terengganu. Tindakan saudara amat memberi impak kepada pemikiran pengundi untuk membuat keputusan mengundi calon daripada UMNO/BN kerana tindakan saudara yang merupakan Ketua Cawangan UMNO memprovokasi untuk menolak dan tidak menyokong Ketua Bahagian. Ini satu perkara yang amat memberi impak kepada kedudukan UMNO di Terengganu.
Tentu saudara sedia maklum bahawa UMNO menjadi kerajaan di Negeri Terengganu kerana penguasaan kerusi DUN oleh calon daripada UMNO. UMNO menjadi kerajaan kerana calonnya disokong dan diundi rakyat. Sekiranya rakyat tidak mengundi calon UMNO, mana mungkin UMNO boleh menjadi kerajaan negeri dan negara. Tindakan saudara ini merupakan satu halangan untuk rakyat mengundi calon UMNO dalam PRU nanti. Jadinya, siapakah yang boleh digelar pengkhianat dalam hal ini, saudara atau pun Dato Jai yang boleh dikatakan pengkhianat UMNO?
Oleh itu, demi kedudukan UMNO terus kekal sebagai kerajaan, saya mencadangkan agar saudara membuat keputusan matang dan profesional iaitu dengan memohon maaf kepada Dato Jai selaku Ketua Bahagian yang dihentam hebat oleh saudara dan seterusnya memberi sokongan saudara kepada beliau selaku Ketua Bahagian UMNO Hulu Terengganu, Saya yakin orang akan lebih memandang tinggi saudara sekiranya saudara mengambil keputusan profesional seperti yang dicadangkan ini. Sebagai umat islam, saling bermaafan dan mengukuhkan ikatan persaudaraan ianya satu amalan terpuji. Kewajaran kita untuk menyokong Dato Jai sebagai pemimpin ini saya merujuk kepada Hadith Rasulullah SAW. Baginda bersabda,
Wajib atas seorang muslim untuk mendengar dan taat (kepada pemimpin) baik dalam perkara yang ia sukai atau dia benci, kecuali dalam kemaksiatan. Apabila dia diperintah untuk maksiat, tidak boleh mendengar dan taat.”
Selagi YB Dato Jailani Johari tidak mengajak kita ke arah kemaksiatan maka hukumnnya wajib untuk kita taat kepada beliau kerana beliau pemimpin yang dipilih oleh rakyat. Jika terbukti Dato Jai mendorong kita ke arah kemaksiatan, saya akan bersama saudara menentang Dato Jai. Namun, jika beliau tidak mengajak kita ke arah maksiat, ianya menjadi kewajipan saya sebagai umat islam untuk mempertahankan beliau kerana hukumnya wajib mempertahankan pemimpin yang telah dipilih oleh rakyat mengikut syarak.
Akhir kata, saya memohon jutaan maaf sekiranya kata-kata saya ini menyinggung perasaan saudara. Tiada niat lain oleh saya selain untuk memastikan UMNO kekal memerintah Negeri Terengganu dan juga Negaraku tercinta Malaysia.
Sekian, Wassalam
AYIESYAM
Pengarah Strategik
Strategic Intelligence Research Consultant





Comments