RAFIZI RAMLI PERLU BERI PENJELASAN KEPADA RAKYAT KENAPA NOTIS BANGKRAP DIKELUARKAN KEATASNYA -AYIESYAM
1. Merujuk kepada Viral di media sosial tentang Notis Kebangkarapan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Terhadap YB Rafizi Ramli kerana gagal membayar saman terhadap NFC dan Dato Seri Salleh Ismail berjumlah RM 306,999.17. Hal ini telah menimbulkan satu kemusykilan besar dalam fikiran saya. Saya juga yakin bahawa bukan saya seorang yang musykil, tentu rakyat Malaysia yang lain juga turut tergamam apabila melihat notis kebangkrapan tersebut tular di media sosial.
2. Ini kerana, Rafizi Ramli pernah membuat muka tidak tahu malu dengan memohon derma dan sumbangan orang ramai untuk membantunya membayar saman tersebut yang berjumlah RM 306,999.17. Oleh kerana itu,beliau telah berjaya mengutip sumbangan orang ramai berjumlah 1.5 juta bagi untuk membayar saman tersebut (rujuk kenyataan Rafizi Ramli yang disiarkan oleh Free Malaysia Today pada 4/8/2017).
3. Jumlah sumbangan orang ramai yang diterima oleh Rafizi Ramli ialah RM 1.5 juta, 3 kali ganda daripada jumlah saman yang perlu dibayar oleh Rafizi Ramli kepada NFC dan Dato Seri Salleh Ismail. Namun begitu,yang memusykilkan saya kenapa Rafizi Ramli tidak membayar saman tersebut sehingga dikeluarkan notis kebangkrapan oleh mahkamah kepada beliau sedangkan sumbangan orang ramai yang diterimanya ialah 3 kali ganda daripada jumlah saman tersebut.
4. Jika beliau membayar saman tersebut,pasti sekali notis kebangkrapan tidak akan dikeluarkan oleh pihak mahkamah kepada beliau. Notis tersebut dikeluarkan kerana beliau tidak membayar saman tersebut walhal beliau telah pun menerima jutaan ringgit hasil sumbangan orang ramai yang telah membantu beliau untuk membayar saman itu. Namun begitu,alangkah terkejutnya saya apabila melihat notis kebangkrapan itu yang tular di media sosial. Ini menunjukkan Rafizi Ramli tidak membayar saman tersebut.
5. Sehubungan itu, saya memohon jasa baik Rafizi Ramli untuk memberi penjelasan kenapa tidak dibayar saman tersebut sehingga dikeluarkan notis kebangkrapan oleh pihak mahkamah kepadanya. Rafizi Ramli wajib memberi penjelasan segera dan secara terbuka kepada seluruh rakyat malaysia terutama kepada mereka yang baik hati memberi derma untuk membantu beliau membayar saman tersebut.
6. Tentu sekali mereka yang memberi derma merasa hampa dan tergamam apabila melihat notis kebangkrapan itu. Dengan wajahnya yang nampak baik,tutur kata yang lembut mustahil memperdayakan rakyat dengan memohon derma bagi membantu beliau untuk membayar jumlah saman itu.
7. Oleh itu,bagi merungkai kemusykilan rakyat,saya mohon Rafizi Ramli membuat penjelasan secara terbuka berkaitan hal ini. Ianya perlu dilakukan oleh Rafizi kerana hal ini satu perkara yang serius. Ianya melibatkan wang rakyat yang dikutip oleh beliau yang kononnya untuk membantu beliau membayar saman tetapi tidak dibayarnya hingga notis bangkrap dikeluarkan oleh mahkamah kepadanya.
8. Satu tempoh perlu diberikan kepada Rafizi Ramli untuk memberi penjelasan berkaitan hal ini kepada seluruh rakyat Malaysia.Jika dalam tempoh tersebut, beliau gagal memberi penjelasan, saya mencadangkan kepada mereka yang menderma kepada Ramli Ramli itu membuat laporan polis kerana telah diperdayakan oleh Rafizi Ramli yang memohon sumbangan orang ramai untuk membantu beliau membayar saman tetapi tidak dibayarnya.
9. Ini merupakan satu bentuk penipuan untuk mengutip derma daripada orang ramai. Alasan permohonan sumbangan orang ramai ialah untuk membantunya membayar saman tetapi beliau tidak membayarnya. Jika beliau bayar saman tersebut, mana mungkin mahkamah boleh mengeluarkan notis kebangkrapan kepadanya.
10. Disini jelas sekali kelihatan bahawa Rafizi Ramli telah menipu orang ramai melalui kutipan derma yang dibuatnya. Dia mohon sumbangan untuk bayar saman tapi dia tak bayar.Tak ke menipu namanya itu. Oleh yang demikian, hal ini bercanggah dengan Akta Kutipan Rumah Ke Rumah & Dijalan 1947 dimana menjadi kesalahan memperdayakan orang ramai untuk memberi sumbangan atas sebab tertentu tetapi apabila sumbangan diterima,dia tidak lakukan sebagaimana dinyatakan tujuan dia mohon sumbangan itu.
Sekian,
AYIESYAM
Pengarah Strategik
Strategic Intelligence Research Consultant
Comments