KRITERIA YB DATO SERI JAILANI JOHARI MENJADI FAKTOR SOKONGAN SAYA KEPADA BELIAU-AYIESYAM
1. Beriman kepada Al-Quran adalah salah satu daripada Rukun Iman. Sebagai umat islam, kita diwajibkan mempercayai Al-Quran. Menjadikan Al-Quran sebagai panduan dalam menjalani kehidupan seharian adalah perkara yang wajib dilakukan oleh setiap umat islam di muka bumi ini.
2. Di dalam Al-Quran,ianya telah ditetapkan Kriteria Pemimpin Menurut Islam. Terdapat 10 ciri-ciri pemimpin islam yang wajib dijadikan panduan oleh umat islam dalam aspek memilih seorang pemimpin islam.Ciri-ciri pemimpin islam sebagaimana dinyatakan dalam Al-Quran ialah BERIMAN & BERAMAL SOLEH,NIAT YANG LURUS,LELAKI,TIDAK MEMINTA JABATAN,BERPEGANG KEPADA HUKUM ALLAH,MEMUTUS PERKARA DENGAN ADIL,MENASIHATI RAKYAT,TIDAK MENERIMA HADIAH,TEGAS & LEMAH LEMBUT.
3. Untuk memilih seorang pemimpin islam, umat islam diwajibkan mengikut garis panduan yang dinyatakan di dalam Al-Quran. Umat islam perlu memilih seorang pemimpin islam yang memiliki 10 kriteria pemimpin menurut islam sebagaimana telah dinyatakan di dalam Al-Quran.Mereka yang tidak memiliki kriteria seorang pemimpin islam sebagaimana ditetapkan di dalam Al-Quran tidak boleh diangkat menjadi seorang pemimpin. Umat islam perlu memilih seseorang yang memiliki kriteria pemimpin islam sebagaimana telah dinyatakan di dalam Al-Quran untuk menjadi pemimpin mereka.Ini kerana, setiap perkara yang dinyatakan di dalam Al-Quran wajib untuk dipatuhi kerana Beriman kepada Al-Quran adalah salah satu daripada Rukun Iman.
4. Saya memilih untuk menyokong YB Dato' Sri Jailani Johari,Timbalan Menteri Komunikasi Multimedia merangkap Ahli Parlimen Hulu Terengganu/Ketua Bahagian UMNO Hulu Terengganu/Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu adalah kerana beliau memenuhi kesepuluh kriteria pemimpin menurut islam sebagaimana dinyatakan di dalam Al-Quran. Saya telah menjalankan kajian dan analisis terperinci terhadap YB Dato' Sri Jailani Johari dan keputusan analisa dijalankan ianya mendapati bahawa beliau menepati kesepuluh kriteria pemimpin menurut islam. Ini adalah fakta dan terbukti kebenarannya.
5. Fakta & bukti bahawa YB Dato' Sri Jailani Johari memenuhi kesepuluh pemimpin menurut islam ialah beliau secara jelas dan terang dapat dilihat sebagai seorang pemimpin yang BERIMAN & BERAMAL SOLEH,LELAKI,BERPEGANG KEPADA HUKUM ALLAH,TIDAK MENERIMA HADIAH,TIDAK MEMINTA JABATAN,NIAT YANG LURUS DAN TEGAS. Buktinya, sepanjang beliau menjadi pemimpin (selepas menang PRU13), beliau tidak pernah dipalit dengan satu isu pun baik isu penyelewengan,rasuah,salah guna kuasa,mengumpul kekayaan peribadi atau membolot projek-projek kerajaan. Satu isu pun tidak pernah terpalit terhadap beliau. Jika beliau seorang yang tidak beriman dan tidak berpegang kepada hukum Allah,sudah tentu beliau akan mengamalkan rasuah,penyelewengan dan salah guna kuasa dalam petadbiran beliau.Jika beliau seorang yang tidak berpegang kepada hukum Allah dan tegas dalam membuat keputusan,sudah tentu beliau akan menerima rasuah daripada mana-mana pihak.Kehidupannya yang bersahaja,sederhana dan rendah diri ianya dengan jelas menunjukkan bahawa beliau seorang pemimpin yang mempunyai NIAT YANG LURUS iaitu hanya menjalankan tugas & tanggungjawab sebagai seorang pemimpin islam.
6. Selain itu, umum sedia maklum bahawa YB Dato Sri Jailani Johari seorang lelaki sejati,lemah lembut dalam tutur katanya dan sering menasihati rakyat. Beliau sering kali menasihati rakyat terutama dalam penggunaan media sosial agar tidak melanggar undang-undang yang ditetapkan.Beliau merupakan seorang pemimpin yang sangat tegas.Mereka yang didapati bersalah melanggar Akta Komunikasi Multimedia, pasti tidak akan terlepas daripada hukuman yang ditetapkan. Walau begitu,dalam ketegasannya beliau seorang yang sangat lemah lembut dalam tutur katanya. Beliau melayani sesiapa sahaja yang berjumpa dengannya dengan mesra dan lemah lembut. Beliau juga sangat cepat membantu mereka dalam kesusahan. Pemimpin seperti beliau inilah perlu dipilih oleh setiap rakyat yang beragama islam untuk menjadi pemimpin kepada umat islam di Malaysia ini. Kerana beliau memenuhi kesepuluh kriteria pemimpin menurut islam yang menjadikan saya secara terus menerus menyokong dan mempertahankan beliau walaupun saya terpaksa menggadaikan nama,maruah dan nyawa saya demi mempertahankan beliau sebagai seorang pemimpin islam.
7. Dengan Nama Allah Wallahi,Wabillahi,Watallahi saya menyokong dan membela YB Dato' Sri Jailani Johari bukan kerana wang,pangkat,harta dan darjat tetapi kerana beliau terbukti merupakan seorang pemimpin yang memenuhi 10 kriteria pemimpin menurut islam. Sebagai umat islam,wajib keatas saya memilih dan menyokong seseorang yang memiliki kesemua syarat/kriteria pemimpin islam untuk menjadi seorang pemimpin. Jika saya menyokong beliau kerana harta,imbuhan dan pangat maka haram syurga untuk saya dan halal api neraka ke atas saya.
8. Selagi YB Dato' Sri Jailani Johari tidak mendorong saya untuk melalukan perkara2 mungkar,maksiat dan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Allah SWT, ianya wajib ke atas saya untuk mempertahankan beliau. Namun,jika beliau mendorong saya untuk melakukan sesuatu yang vertebrates dengan hukum Allah SWT,maka wajib keatas saya untuk menentang beliau. Ini adalah prinsip saya dalam perjuangan politik.
Sekian,Wassalam.
AYIESYAM
Pengarah Strstegik
Strategic Intelligience Research Consultant
Comments