HENTIKAN MENYERANG SESAMA SENDIRI

UMNO akan kembali kuat,perkasa dan mantap jika setiap orang pemimpin UMNO mampu menyatupadukan penyokong masing-masing untuk menyokong sepenuhnya kepimpinan parti yang akan ditentukan dalam pemilihan UMNO nanti.

Masalah utama yang dihadapi UMNO ialah pertikaian dan pergaduhan sesama sendiri yang dilakukan secara terbuka dan terang terangan oleh sesama ahli dan penyokong UMNO. Sebagai contoh, para penyokong Najib Razak bergaduh dengan para penyokong KJ.

Masing-masing ingin mengatakan pemimpin mereka lebih layak untuk berada di kerusi utama pemerintahan parti. Hal ini pula dilakukan secara terbuka terutama di media sosial.Umum boleh melihat supporters UMNO sesama supporters UMNO bergaduh secara terbuka.

Apabila hal ini dilihat oleh Netizen,pasti sekali mereka beranggapan dalaman UMNO mempunyai masalah sehingga sesama sendiri pun boleh bergaduh secara terbuka. Inilah yang menyebabkan pengundi pengundi beralih sokongan kepada parti lawan UMNO.Mana mungkin pengundi akan memberi undi kepada sesebuah parti yang dalamannya bergaduh sesama sendiri.

Amalan berpuak puak dalam UMNO inilah yang menjadi punca UMNO lemah kerana sesama sendiri tidak bersatu padu saling hentam menghentam sesama sendiri secara terbuka. Sepatutnya jika ada masalah dalaman,jangan ditonjol dikhalayak ramai.

Disebabkan itu terdapat peraturab dalam Tataetika Ahli UMNO yang  melarang dengan keras ahli UMNO membuat kritikan secara terbuka kepada UMNO baik di media elektronik media cetak atau media sosial kerana ianya akan mendedahkan kelemahan UMNO dan boleh menyebabkan pergaduhan sesama sendiri.

Masalah perang sesama sendiri inilah yang menjadikan UMNO kelihatan lemah dan pengundi beralih arah memberi undi kepada pihak lawan.Oleh itu jika ingin melihat UMNO kembali memerintah negara,penyokong penyokong dan ahli ahli UMNO perlu bersikap matang,jangan sesekali bertikam lidah,bergaduh sesama sendiri secara terbuka kerana ianya akan mendedahkan kelemahan parti.

Jika ada yang tidak kena dengan kepimpinan UMNO,gunakan saluran yang sesuai untuk membuat teguran.Jangan menggunakan saluran terbuka untuk menegur kesilapan pemimpin kerana ianya akan mengundang kepada pergaduhan sesama sendiri.

Sehubungan itu,amat diharap agar seluruh pemimpin pemimpin UMNO mendidik dan memberi tunjuk ajar kepada penyokong masing masing agar tidak bergaduh sesama sendiri.Pemimpin pemimpin UMNO perlu memupuk semangat bersatu padu sesama ahli UMNO.

Jangan sesekali membiarkan penyokong atau ahli dibawah anda bertikam lidah atau serang menyerang sesama sendiri.

AYIESYAM
Pengarah Strategik SIRC

Comments