SUMBANGAN EKONOMI DIGITAL KEPADA HASIL NEGARA:- AYIESYAM

Dalam keadaan kelembapan ekonomi dunia sekarang,negara kita tidak boleh lagi bergantung kepada Hasil Penjualan Minyak Petroleum sebagai hasil utama pendapatan negara.Negara kita kita perlu mengurangkan kebergantungan hasil negara daripada jualan minyak petroleum.Dalam keadaan harga yang tidak menentu,amat sukar untuk kita memperolehi hasil pendapatan tetap dan tinggi daripada export petroleum negara kita.

Bagi menampung kos perbelanjaan operasi negara seperti bayar gaji kakitangan,bayar hutang negara,perolehan kerajaan dan lain-lain kos pengurusan, kita perlu mewujudkan kepelbagaian hasil pendapatan negara. Kita tidak boleh lagi bergantung sepenuhnya kepada jualan minyak petroleum,jualan komoditi getah kelapa sawit dan sebagainya.Dalam masa sama,kita juga tidak boleh mewujudkan kadar cukai yang tinggi di negara kita bagi dijadikan hasil pendapatan negara kerana ianya akan memberi bebanan tinggi kepada rakyat. Mengenakan cukai yang tinggi atau mewujudkan pelbagai jenis cukai bagi tujuan dijadikan hasil pendapatan negara demi menampung kos perbelanjaan negara itu bukan satu langkah yang bijak kerana akan memberi tekanan dan beban kepada rakyat apabila kos sara hidup meningkat.

Di tambah pula kekurangan peluang pekerjaan dan peluang untuk rakyat menjana pendapatan, dikenakan pula cukai yang tinggi kepada rakyat itu bukan satu langkah yang bijak. Ini kerana,  ketidakmampuan rakyat  untuk menanggung bebanan daripada cukai yang diwujudkan itu akan menjadikan ekonomi negara kita bertambah lembab kerana kuasa membeli akan menjadi kurang apabila rakyat tidak mempunyai kemampuan untuk berbelanja.

Oleh itu, pemimpin kerajaan sekarang ini perlu menjadi lebih idealistik,perlu berfikir dengan lebih jauh bagi mencari jalan untuk menambahkan hasil pendapatan negara yang bukannya datang daripada cukai yang tinggi,export petroleum dan komoditi sahaja.Pemimpin kerajaan perlu berfikiran kreatif untuk mencari alternatif lain bagi meningkatkan hasil pendapatan negara.

Di zaman sekarang ini ianya dikenali sebagai era ekonomi Digital.Terdapat banyak peluang peluang perniagaan di dalam industri ekonomi digital.Cuba kita lihat di Amerika,berapa ramai Tokoh Korporat bertaraf billionare dilahirkan daripada industri ekonomi digital. Pengasas Amazon.com,Pengasas Google,Pengasas Facebook,Pengasas Booking.com dan beberapa orang lagi adalah merupakan Billionare daripada ekonomi digital.Begitu juga di Dubai dan China,ramai Millionare dan Billionare dilahirkan daripada industri ekonomi digital.

Jika negara lain boleh melakukannya kenapa tidak dinegara kita.Jika orang lain boleh,masakan negara kita tidak boleh.Ingat kembali slogan kita dahulu MALAYSIA BOLEH. Untuk membolehkan negara kita meneroka bidang ekonomi digitial,kita perlu ada seorang pemimpin yang berpengetahuan tinggi dalam bidang ekonomi digital,mempunyai kemahiran,kepakaran dan pengalaman kerana ianya merupakan bidang teknologi tinggin.Bukan semua orang dan bukan semua pemimpin yang mempunyai kepakaran dan pengetahuan dalam bidang Ekonomi Digital ini kerana ianya memerlukan kepakaran khusus.

Jika sewaktu dahulu,ada seorang pemimpin yang cukup berpengalaman,berpengetahuan tinggi dan mempunyai kepakaran dalam bidang ekonomi digital sehingga membantu negara menyumbang 18.5% KDNK negara daripada ekonomi digital dibawah Kementerian Komunikasi Multimedia.

Pemimpin itu tidak lain tidak bukan ialah MANTAN TIMBALAN MENTERI KOMUMIKASI MULTIMEDIA MALAYSIA,DATO SERI JAILANI JOHARI. Namun begitu,amat sayang beliau tidak lagi berada dalam saf kepimpinan kerajaan kerana digugurkan daripada calon pilihanraya14 baru baru ini. Beliau tidak bertanding dalam PRU14 baru baru ini.

Saya juga tidak pasti kenapa digugurkan beliau oleh pucuk pimpinan UMNO/BN sedangkan Dato Seri Jailani Johari telah membantu menjana pendapatan kepada negara melalui industri ekonomi digital,Dato Seri Jailani pula memang dikenali sebagai pemimpin yang bebas isu.Namun begitu,beliau digugurkan tanpa sebab. Inilah persoalan yang tidak terjawab hingga kini apa faktor digugurkan Dato Seri Jailani Johari dalam PRU14 baru baru ini.

Amatlah menjadi harapan agar beliau tidak putus asa dalam perjuangan politik walaupun dikhianati dan didengki orang.Dalam situasi ekonomi melaysia yang meruncing ini, diharap berlaku satu keajaiban untuk membolehkan Dato Seri Jailani Johari kembali ke Kementerian Komunikasi Multimedia bagi membantu kerajaan dalam usaha meningkatkan hasil pendapatan negara.Hanya beliau ysng mempunyai kepakaran,pengetahuan dan pengalaman dalam bidang Ekonomi Digital.Kehilangan beliau merupakan satu kehilangan yang besar kepada negara.

Sekian,Wassalam

AYIESYAM

  1. Pengarah Strategik SIRC

Comments