UMNO PERLU BERSYUKUR DATO SERI NAJIB RAZAK DITAHAN SPRM
Kenapa Penyokong UMNO,Ahli UMNO dan Pemimpin UMNO dan DS Najib Razak sendiri perlu bersyukur kehadrat Allah SWT di atas penahanan DS Najib Razak ini?
Ini kerana, dengan penahanan itu ada hikmah disebaliknya.Hikmahnya sangat menguntungkan UMNO dan DS Najib Razak sendiri kerana.......
1. Rakyat Malaysia mula merasa sangsi kesahihan tuduhan dan dakwaan DS Najib Razak telah menyeleweng dana 1MDB.Rakyat mula mempercayai bahawa tuduhan itu adalah satu fitnah.
2. Rakyat mula beranggapan bahawa isu 1MDB dan 2.6 Billion ini adalah Political Point Pakatan Harapan bagi menguasai kerajaan dengan menumbangkan Barisan Nasional.
Kenapa rakyat mula berasa sangsi terhadap segala dakwaan dan tuduhan kepada DS Najib Razak dan mula beranggapan ianya fitnah jahat semata mata?
1. Pihak pendakwa yang diketuai oleh Peguam Negara Tommy Thomas masih lagi tidak menyiapkan dokumen pendakwaan yang lengkap untuk mendakwa DS Najib Razak.
2. Dato Seri Najib ditangkap dan terus dibuat pertuduhan tanpa kertas siasatan dan dokumen pertuduhan lengkap disediakan oleh pihak pendakwaraya.
3. Bekas Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail sebelum ini mengatakan kertas siasatan telah pun lengkap semenjak tahun 2015 lagi tetapi pada hari ini di mahkamah, pihak pendakwaraya gagal memberi dokumen pertuduhan dan laporan siasatan yang lengkap kepada Tan Sri Shafie Abdullah, peguam yang mewakili DS Najib Razak.
4. Rakyat mula berasa sangsi apabila pihak pendakwaraya memohon penangguhan perbicaraan kes sedangkan pihak peguambela DS Najib Razak ingin kes ini dipercepatkan perbicaraannya.Ini satu perkara yang sangat pelik dan luar biasa apabila pendakwa pula yang minta perbicaraan kes ditangguh.
5. Kredibiliti Peguam Negara mula dipersoal oleh rakyat apabila tidak fasih berbahasa melayu sehingga memohon daripada hakim agar perbicaraan dijalankan dalam bahasa Inggeris. Merujuk kepada perlembagaan negara dan Undang-Undang Malaysia, perbicaraan di mahkamah malaysia wajib dijalankan dalam bahasa melayu kecuali saksi yang tidak boleh berbahasa melayu.Itupun perlu menggunakan khidmat pentejemah bahasa.
6. Rakyat mula mempertikai perlantikan Peguam Negara yang tidak fasih berbahasa Melayu oleh YAB Tun Dr Mahathir. Rakyat mula beranggapan bagawa perlantikan Thommy Thomas sebagai Peguam Negara adalah satu konspirasi untuk mengenakan DS Najib Razak.
7. Rakyat mula beranggapan perlantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara adalah bagi mengugurkan kes Lim Guang Eng kerana dalam kes rasuah Lim Guang Eng,Tommy Thomas adalah peguamnya.
8. Rakyat mula berasa sangsi apabila tiada sebarang ulasan dan kenyataab berkaitan penahanan DS Najib Razak ini dikeluarkan oleh pemimpin Pakatan Harapan yang lain seperti Azmin Ali,Mat Sabu,Anwar Ibrahim dan lain-lain. Sepatutnya mereka berasa gembira kerana perjuangan mereka untuk mengheret DS Najib Razak ke mahkamah telah dicapai.
9. Rakyat mula curiga apabila membaca penulisan Rafizi Ramli di twitternya yang menunjukkan perasaan simpatinya terhadap DS Najib Razak.Beliau berkata SEMOGA KEADILAN DI PIHAK NAJIB RAZAK. Ayat beliau ini menunjukkan DS Najib Razak dianaya.
10. DS Najib Razak tidak didakwa atas tuduhan salah guna kuasa menyeleweng dana 1MDB berjumlah 2.6 Billion sebagaimana diperkatakan sebelum ini tetapi DS Najib dituduh diatas kesalahan Pecah Amanah dana SRC International.
Kepada DS Najib Razak & UMNO,
Bersyukurlah kalian kerana rakyat sudah mula berasa sangsi dan curiga dengan pihak kerajaan pimpinan Pakatan Harapan dan rakyat mula mempersoalkan kesahihan dakwaan DS Najib Razak menyeleweng dana awam.
Kepada DS Najib Razak & UMNO,
Bersyukurlah kalian kerana rakyat sudah mula berasa sangsi dan curiga dengan pihak kerajaan pimpinan Pakatan Harapan dan rakyat mula mempersoalkan kesahihan dakwaan DS Najib Razak menyeleweng dana awam.

Comments