MENGIMBAU PESANAN TUN MAHATHIR JIKA DAP BERKUASA


Kami mengkritik perlantikan Menteri Dan Timbalan Menteri daripada Kaum Cina Dan Parti DAP bukan kerana ingin bermain dengan sentimen perkauman seperti kata Khairy Jamaluddin. Langsung tidak ada niat kami untuk memupuk perasaan benci rakyat Malaysia terhadap kepimpinan kerajaan sekarang ini. Apa yang kami mahukan hanyalah kemakmuran dan kemajuan negara kita Malaysia yang tercinga.

Kami mengkritik perlantikan Ahli Parlimen DAP dalam kerajaan adalah berdasarkan pesanan Tun Dr Mahathir waktu dahulu tentang impak kepada negara jika DAP memegang jawatan dalam kerajaan.Kami risaukan apa yang dipesan oleh Tun Mahathir itu menjadi kenyataan. Jika tidak kerana pesanan Tun Mahathir pada waktu dahulu,masakan kami akan mengkritik perlantikan Ahli Parlimen DAP sebagai menteri atau timbalan menteri.

Cuba kalian sendiri dengar rakaman video diatas apa yang disampaikan oleh Tun Mahathir dalam ucapannya waktu dahulu.Pada kami,Tun Mahathir adalah pemimpin terulung di Malaysia. Kami amat menghormati Tun Dr Mahathir. Disebabkan itu segala pesanan dan nasihat yang disampaikan oleh beliau kami patuh,kami dengar dan kami ikut.  

Oleh itu janganlah salahkan kami apabila kami mengkritik perlantikan bukan melayu islam sebagai Menteri,Timbalan Menteri,Peguam Negara dan Ketua Hakim Negara kerana kritikan kami ini berpandukan apa yang dipesan oleh Tun kepada kami diwaktu dahulu.Kami tidak mahu tanah air kami dikuasai oleh orang lain. Ibarat kata rumah kami mustahil akan kami berikan kepada jiran kami untuk menguasainya. 

JANGAN SALAHKAN KAMI MENGKRITIK PIMPINAN KERAJAAN SEKARANG INI KERANA KAMI HANYA BERPANDUKAN APA YANG DIPESAN OLEH TUN DR MAHATHIR KEPADA KAMI SEWAKTU DAHULU.

Comments