KERAJAAN DIGESA FOKUS KEPADA PEMBANGUNAN EKONOMI NEGARA

Kerajaan Baru pimpinan Pakatan Harapan digesa untuk memberi fokus terhadap pembangunan ekonomi negara demi kesejahteraan dan kesenangan seluruh rakyat Malaysia. Ini perkara yang perlu dilakukan oleh kerajaan pimpinan Pakatan Harapan selepas mengambil alih pentadbiran kerajaan daripada Barisan Nasional.



Semenjak Pakatan Harapan memerintah negara, ramai melihat kerajaan tidak memberi fokus kepada perancangan pembangunan negara. Sehingga kini,model ekonomi negara masih belum diumumkan lagi oleh pihak kerajaan.Jangan kata model ekonomi  "Tagline" pentadbiran kerajaan baru pun masih belum diumum lagi. Apa yang diberi fokus oleh pihak kerajaan pada waktu ini hanyalah terhadap kes melibatkan Dato Seri Najib Razak.

Rakyat makim lama makin keliru dengan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan. Rakyat menjadi keliru terhadap apakah objektif Pakatan Harapan memerintah kerajaan.Kerajan dilihat seolah olah mengabaikan tanggungjawabnya dalam menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat. Harga barang semakin naik, harga minyak belum lagi diturunkan sebagaimana yang dijanjikan.

Sehingga kini Janji 100 Hari Pakatan Harapan memerintah masih lagi banyak perkara tidak ditunaikan.Sehingga kini juga,belum ada sesuatu perancangan pembangunan negara yang boleh menggembirakan rakyat diumukan oleh pihak kerajaan. Kerajaan dilihat lebih memfokuskan soal politik berbanding perancangan pembangunan.  Ini bukanlah perkara yang menjadi harapan rakyat Malaysia yang memberi mandat kepada Pakatan Harapan untuk memerintah negara.

Demi kemakmuran negara dan kesenangan rakyat di masa hadapan,kerajaan digesa untuk memberi fokus terhadap pembangunan negara. Cukup cukuplah bermain politik.Alihkan pula tumpuan terhadap ekonomi negara.Usahakan untuk menunaikan janji 100 hari pemerintahan Pakatan Harapan kepada rakyat. Berkaitan kes Dato Seri Najib,serahkan kepada pihak berkuasa dan institusi kehakiman bagi mementukan sama ada Dato Seri Najib bersalah atau tidak. Jangan menghampakan rakyat yang telah memberi mandat kepada Pakatan Harapan untuk memerintah kerajaan.

Pemimpin Kerajaan janganlah hanya sekadar pandai memberi harapan kepada rakyat, laksanakan janji dan tanggungjawab sebagai kerajaan sebaik mungkin. Jangan membohongi rakyat dan memperbodohkan rakyat dengan menabur janji janji manis untuk buat itu,buat ini tetapi tiba masanya tidak dilaksanakan. 

Comments