WAJIB BACA, PERSOALAN YANG PERLU DIJAWAB OLEH PIHAK KERAJAAN
Persoalan yang perlu diperjelaskan oleh pihak kerajaan kepada seluruh rakyat Malaysia......
1. Kenapa kes Rafizi Ramli yang didapati bersalah dibawah Akta Rahsia Rasmi boleh digugurkan kesnya sedangkan mahkamah rayuan pun telah menolak rayuan rafizi?
2. Kenapa kes lim guang eng digugurkan dan tidak diteruskan prosiding mahkamah selepas kerajaan diambil alih oleh Pakatan Harapan?
3. Kenapa kerajaan melantik Peguam Negara yang tidak fasih berbahasa melayu sedangkan setiap prosiding mahkamah di Malaysia wajib dijalankan dalam Bahasa Melayu? Bagaimana beliau hendak mewakili kerajaan jika terdapat kes melibatkan kerajaan di bicarakan dalam mahkamah negara ini?
4. Bagaimana pula lain-lain kes rasuah dan AMLA seperti kes Adam Rosli dan kes anak saudara azmin ali,adakah ianya akan digugurkan jugak?
5. Kenapa kes DS Najib Razak dibicarakan dan kes Shafie Apdal diarah untuk ditutup sedangkan siasatan kedua-dua kes ini sama sahaja melibatkan nilai rampasan tunai dan aset berjumlah ratusan juta?
6. Kenapa tiada operasi menjejak dan mencari dua individu penting kes 1MDB dan SRC International Nik Faisal Ariff Kamil tidak dijalankan sebagaimana operasi mencari dan menjejak Dato Jamal Yunos dilakukan?
7. Kenapakah peguam negara menjawab kepada Tan Sri Shafie Abdullah, peguambela Dato Seri Najib Razak dokumen pertuduhan belum disiapkan lagi sedangkan sebelum ini dihebohkan bahawa bekas peguam negara Tan Sri Abdul Ghani Patail telah menyiapkan dokumen pertuduhan dan laporan siasatan melibatkan penyelwengan dana kerajaan oleh Dato Seri Najib Razak semenjak tahun 2015 lagi?
Mohon penjelasan daripada pihak kerajaan.
Kepada Pihak kerajaan,
Rakyat boleh memahami kenapa Dato Seri Najib Razak ditahan oleh SPRM baru baru ini kerana sebelum pilihanraya lagi Dato Seri Najib Razak didakwa menyeleweng wang rakyat melalui 1MDB dan SRC International. Namun begitu apa yang tidak difahami oleh rakyat, kenapa kes Rafizi dan Lim Guang Eng digugurkan? Rakyat lagi bertambah keliru apabila Ketua Pesuruhjaya SPRM membuat kenyataan bahawa kes Shafie Apdal juga akan digugurkan?
Oleh itu, pihak kerajaan perlu memberi penjelasan berkaitan persoalan ini kepada seluruh rakyat malaysia supaya rakyat tidak memandang serong terhadap kepimpinan "Kerajaan Baru" ini. Reputasi kerajaan terutama badan kehakiman negara perlu dijaga agar orang ramai tidak memandangnya boleh dipengaruhi oleh faktor politik.

Comments