WAJIB GUNA BAHASA MELAYU DALAM PROSIDING MAHKAMAH DI MALAYSIA

Keutamaan Bahasa Melayu dalam mahkamah di Malaysia tidak boleh dinafikan.Setiap prosiding mahkamah malaysia wajib dijalankan dalam bahasa melayu.

Ini termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Malaysia yang dibaca bersama dengan Seksyen 8 Akta Bahasa Kebangsaan yang menetapkan semua prosiding selain daripada memberi keterangan oleh seorang saksi di mahkamah persekutuan,mahkamah rayuan, mahkamah rendah dan mahkamah tinggi mesti dalam bahasa melayu.

Merujuk pula kepada Peraturan 101, Peraturan Peraturan Mahkamah 1994 menetapkan  bahawa dokumen dokumen perlu dalam bahasa kebangsaan iaitu bahasa melayu.

Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak boleh dipinda kerana Perkara 159(5) menetapkan bahawa perkenan Majlis Raja Raja diperlukan sekiranya ianya hendak dipinda.
Disini jelas menunjukkan bahawa setiap prosiding kes yang dibicarakan dalam mahkamah malaysia, ianya wajib menggunakan bahasa melayu.Yang menjadi persoalan,kenapa Peguam Negara boleh membuat permohonan untuk prosiding kes Dato Seri Najib dijalankan dalam Bahasa Inggeris? Apa keperluan dijalankan prosiding kes DS Najib dalam bahasa Inggeris?Adakah saksi-saksi yang dipanggil nanti orang luar negara?

Jika beliau (AG) tidak fasih berbahasa inggeris,kenapa dilantik beliau sebagai peguam negara.Tidak kah ini menyukarkan beliau untuk mewakili pihak kerajaan dalam prosiding kes yang dibicarakan dalam mahkamah malaysia.

Mustahil pihak kerajaan baru ini tidak mengetahui bahawa setiap prosiding kes dalam mahkamah Malaysia mesti menggunakan Bahasa Melayu.

Atas faktor apakah perlantikan Tommy Thomas ini sebagai peguam negara sedangkan beliau tidak fasih berbahasa Melayu?Inilah yang menjadi kemusykilan rakyat pada ketika ini.

Comments