SEMAKIN JELAS AZMIN TIDAK LAGI MENYOKONG ANWAR SEPENUHNYA.

Merujuk kepada Twitter Azmin yang mana boleh difahami oleh semua orang bahawa ianya dituju kepada Nurul Izzah menunjukkan sokongan Azmin tidak lagi untuk Anwar Ibrahim. Jika Azmin masih menyokong Anwar,sudah pasti beliau tidak akan berkata sedemikian terhadap Nurul Izzah yang merupakan anak sulung Anwar Ibrahim.

Kenyataan Twitter Azmin Ali

Dengan disamakan Nurul Izzah seperti bayi merengek jelas menunjukkan bahawa Azmin Ali tidak berpuas hati dengan tindakan Nurul Izzah yang membuat kenyataan terbuka mengkritik kepimpinan kerajaan masa ini.Izzah yang meluahkan kekecewaannya terhadap kepimpinan kerajaan yang bergerak terlalu perlahan bagi menjayakan agenda reformasi itu merupakan satu tamparan hebat kepada kerajaan.

Jika kritikan ini datang daripada pihak PAS atau UMNO,ianya tidak terlalu memberi kesan kerana masih boleh ditangkis oleh pihak kerajaan dengan mengatakan UMNO dan PAS sengaja mencari kelemahan kerajaan.Rakyat juga boleh berfikir bahawa PAS dan UMNO sengaja mewujudkan persepsi negatif terhadap kepimpinan kerajaan sekarang.




Namun begitu,apabila kritikan ini dibuat oleh Nurul Izzah sebagai Ahli Parlimen Kerajaan,Anak Kepada Timbalan Perdana Menteri dan merupakan antara "Orang Beesar Pakatan Harapan", sudah pasti menunjukkan bahawa kerajaan sekarang amat tidak berkaliber dalam mentadbir negara.Jika tidak,mana mungkin seorang Orang Besar kerajaan akan mengkritik sedemikian.Rakyat sudah pasti beranggapan bahawa kerajaan sekarang benar-benar bermasalah apabila kekecewaan dilontarkan oleh Nurul Izzah sendiri.

Selain daripada telah menyakinkan rakyat bahawa kerajaan sekarang benar-benar bermasalah,satu perkara lagi yang menjadi rakyat yakin bahawa hal tersebut bukan lah sekadar khabar angin tetapi satu realiti iaitu berkaitan sokongan Azmin yang dikatakan tidak lagi buat Anwar Ibrahim,kini menjadi semakin jelas apabila Azmin membuat kenyataan bertulis di twitternya yang mana umum boleh memahami ianya dituju kepada Nurul Izzah.

Dengan menyamakan Izzah seperti bayi merengek itu jelas menunjukkan Azmin meluahkan rasa marah terhadap Izzah.Jika Azmin masih menyokong Anwar tanpa berbelah bagi,sudah pasti dia akan bersetuju dengan kritikan Izzah terhadap kerajaan.Namun begitu apabila menyamakan Izzah dengan bayi merengek itu menunjukkan Azmin tidak bersetuju dengan kenyataan Izzah.Ini jelas menunjukkan sokongan Azmin kepada Anwar semakin pudar kerana Azmin bertindak membela kepimpinan Tun Mahathir yang dikritik oleh anak sulung Anwar Ibrahim.

Maka itu,persoalan rakyat terhadap sokongan azmin menjurus kepada siapa sudah terjawab dengan kenyataan twitter Azmin itu. Kini benarlah bahawa dalam PKR telah wujud Dua Kem.Satu kem yang menyokong Anwar dan satu lagi kem tidak menyokong Anwar.

Dengan ini,laluan untuk Anwar menjadi PM memang sukar kerana akan menerima tentangan daripada orang kuat beliau sendiri iaitu Azmin Ali.

Comments

Anonymous said…
Baccarat | Table games | FBCasino
"I have 바카라 그림 to worrione try these four variations for real money and have some of 메리트 카지노 가입 쿠폰 the best 메리트 카지노 가입 쿠폰 prices 출장안마 in Vegas, so I definitely go