VIRAL DOKUMEN TOK MAT TANDATANGAN JUALAN ARAK DI CLUB GOLF N9 BUKAN SATU ISU SERIUS

Menjelang PRK Rantau,kita dapat melihat Tok Mat,Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden UMNO diserang secara tiba-tiba.

Kini diviral kan pula dokumen yang ditanda tangani oleh Tok Mat ketika menjawat jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan yang meluluskan penjualan arak di sebuah Club Golf S.I.G.C Negeri Sembilan. 




Penyebaran dokumen tersebut jelas sekali satu usaha untuk mengotorkan reputasi Tok Mat yang dikenali sebagai pemimpin bebas isu.Penyebaran dokumen tersebut bertujuan untuk menunjukkan bahawa Tok Mat seorang pemimpin islam menyokong penjualan arak di Negeri Sembilan. Ini satu kegiatan yang sangat tidak bermoral.


Saudara Saudari sekalian khususnya di Rantau Negeri Sembilan,

Kita sedia maklum negara kita terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum.Ada pelbagai jenis agama dianuti oleh rakyat Malaysia. Walaupun dalam Perlembagaan menyatakan islam adalah agama rasmi persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan secara bebas di negara ini.

Arak merupakan sejenis minuman biasa untuk orang bukan islam.minum arak oleh orang bukan islam menjadi sebahagian daripada hidup mereka.Itu adalah amalan mereka,budaya mereka. Tidak menjadi satu isu besar Tok Mat menandatangani penjualan arak di sebuah Golf Club Negeri Sembilan untuk pasaran orang bukan islam.

Dalam perlembagaan negara kita telah menyatakan bahawa agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas di Malaysia.minum arak adalah amalan orang bukan islam.Tok Mat menandatangani kelulusan penjualan arak itu adalah untuk orang bukan islam,bukan Tok Mat meluluskan dokumen yang menyarankan orang islam minum arak.

Sebagai pemimpin di sebuah negeri yang rakyatnya terdiri daripada berbilang kaum,tidak menjadi kesalahan kepada Tok Mat meluluskan penjualan arak untuk orang bukan islam. Ini kerana,agama-agama lain bebas diamalkan dinegara kita.

Maka itu,janganlah dijadikan hal ini satu isu bagi menjejaskan reputasi Tok Mat.Tak perlulah bersusah payah untuk mencari salah silap Tok Mat kerana rakyat di Malaysia mengenali peribadi Tok Mat yang baik dan berpengetahuan agama islam.Diharap pengundi di Rantau tidak termakan dengan propaganda murahan seperti ini.

Undi Tok Mat,
Sokong Tok Mat,
Pilih Tok Mat

Tok Mat Biso Bonar.......

Comments