MENJAWAB PERSOALAN DIMANAKAH ASYRAF@ACAP BERADA?


Berita kehilangan seorang peserta Gopeng Ultra Trail 2019 bernama Mohd Asyraf@Acap telah menjadi viral di seluruh negara. Kehilangannya itu menimbulkan tanda tanya seluruh rakyat Malaysia. Dimanakah kini Acap berada?


Dikalangan masyarakat kita, ada yang mengaitkan dengan unsur mistik iaitu Acap disorok bunian dan ada juga yang tidak mempercayai perkara2 mistik begitu.Yang tidak mempercayai Acap disorok bunian,beranggapan Acap terjatuh ke dalam lubang dan ada yang mengatakan Acap berlegar-legar di dalam hutan. Ada juga yang mengatakan Acap telah dimakan binatang dalam hutan.

Persoalan ini telah menjadi perdebatan netizen setiap hari. Perdebatan diantara kumpulan yang mempercayai Acap disorok bunian dengan kumpulan yang tidak percaya wujudnya bunian.

Bagi merungkai persoalan ini, marilah kita semua berfikir berdasarkan fakta sebenar kejadian dan berfikir dengan berpandukan Al-Quran & Hadis.

FAKTA BERDASARKAN KENYATAAN.

1. Menurut kenyataan rakan Acap yang juga merupakan perserta Ultra Gopeng Trail, Acap adalah seorang yang mahir dengan aktiviti hiking, redah hutan dan berkemahiran meneroka laluan baru dalam hutan.Amat mustahil Acap tidak boleh keluar daripada hutan jika beliau tersesat di alam nyata. Ditambah pula dia memakai baju warna terang dan juga memakai jam tangan GPS.

2.  Anggota bomba yang menyertai operasi mencari dan menyelamat mengatakan telah buntu dan tidak menemui sebarang pentunjuk dimanakah Acap berada. Anjing pengesan yang dibawa juga menjadi bingung tidak dapat menghidu jejak langkah Acap.

3. Menurut kenyataan seorang pengamal perubatan islam iaitu Ustaz Norazri Mezlan yang mengatakan hutan tersebut tidak tebal. Maka tidak sukar untuk menemuinya jika Acap sesat di hutan tersebut.

4. Menurut kenyataan Ketua Zon 1 Jabatan Bomba Perak,Mohd Khairul Jamil berkata seramai 30 orang anggota bomba terlibat dalam operasi pencarian Acap di seluruh kawasan hutan tersebut yang seluas 24km persegi. Pencarian turut melibatkan disemua laluan masuk dan trek hutan berkenaan namun tidak dijumpai sebarang jejak Acap.

5. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak SAC Yahya Abdul Rahman mengatakan bahawa seramai 7 anggota jabatannya dikerahkan untuk membantu mencari Acap dengan meninjau laluan keluar masuk hutan tersebut tetapi tidak menjumpai sebarang petunjuk.

6. Menurut pihak bomba yang terlibat mengatakan,pihaknya membuat tinjauan CCTV yang terdapat di dalam Gua Tempurung dengan pihak pengurusan gua tersebut tetapi tidak menjumpai sebarang petunjuk.

Berdasarkan 6 fakta yang diambil daripada kenyataan mereka yang terbabit dalam misi pencarian tersebut jelas menyatakan tiada sebarang jejak Acap dijumpai walaupun menggunakan khidmat anjing pengesan, tinjauan rakaman CCTV dan pencarian di seluruh kawasan tetapi tiada sebarang petunjuk Acap dijumpai.

Tenaga yang terlibat dalam operasi tersebut pula bukan seorang dua,malahan puluhan orang.Ditambah dengan orang awam pula, dianggarkan ratusan orang yang terlibat dalam misi pencarian tersebut juga tidak menjumpai apa2 petunjuk Acap ada di dalam hutan itu.

Hutan tersebut pula tidak tebal, luas kawasan hanyalah 2km persegi. Acap pula memiliki kemahiran hiking,meneroka laluan hutan dan memakai jam tangan GPS, mana mungkin Acap boleh sesat dalam hutan yang hanya seluas 24km persegi.

Jika nak dikatakan Acap dimakan binatang buas, pasti akan dijumpai tulang tulang,serpihan baju,kasut atau jam sekitar kawasan hutan itu.Anjing pengesan yang digunakan pasti dapat menghidu sisa-sisa yang ditinggalkan binatang yang memakan Acap jika Acap dimakan binatang buas. 

Anjing pun menjadi bingung kerana tidak menjumpai apa jejak Acap pun maka itu anggapan Acap dimakan binatang buas tidak logik sama sekali. Jika Acap ditelan ular sawa sekalipun pasti akan menemui pentunjuknya iaitu ular sawa yang kekenyangan akan terdampar didalam hutan dengan keadaan tidak bergerak. Tiada ular sawa yang boleh memanjat pokok dengan pantas selepas makan. 

Sifat ular sawa selepas makan ianya akan terdampar kekenyangan dan akan memuntahkan balik apa yang dimakan. Ini jangan dikata jenazah Acap,ular sawa pun tidak dijumpai dalam hutan tersebut.

Jika nak dikata Acap terjatuh dalam lubang dan tertimbus,melalui anjing pengesan sudah dapat menemuinya.tidak perlu gunakan alat pengesan canggih,sudah memadai digunakan anjing pengesan pasti dapat jumpa jika acap jatuh dalam lubang.

Jika nak dikatakan Acap telah lari ke tempat lain dengan naik kenderaan lain, sudah tentu akan kelihatannya oleh orang lain yang akan terus memaklumkan Acap berada disekian tempat.Selain itu, melalui isyarat telefon bimbit acap kita sudah boleh mengenalpasti lokasi terakhir Acap berada jika telefon bimbitnya mati. Jika hidup, approximate location boleh di trace melalui syarikat telco atau menggunakan MobileSpy Device.

FAKTA-FAKTA DI ATAS INI JELAS MEMBERI PETUNJUK BAHAWA ACAP TIADA DI ALAM NYATA. JIKA ADA PASTI DIJUMPAI JEJAKNYA BAIK HIDUP ATAU MATI.

Apabila di alam nyata tidak dijumpai sebarang petunjuk, maka perlulah berikhtiar mencari Acap di alam ghaib pula. Ini kerana, Allah SWT telah menciptakan dua alam iaitu alam nyata dan alam ghaib. Acap ini pula hilang di hutan,bukan hilang dishopping complex atau hilang ditengah ibu kota.Hutan merupakan tempat yang didiami oleh makhluk ghaib iaitu jin.

Hutan dan bukit merupakan tempat tinggal jin telah dinyatakan dalam Al-Quran. Sebelum Nabi Adam Diturunkan ke bumi, jin lah yang menjadi penduduk di bumi ini.Selepas diciptakan Nabi Adam A.S, jin ini diusir ke bukit dan hutan kerana akan dilahirkan manusia yang akan mendiami bumi ini sebagai khalifah.



Bagi umat islam,wajib untuk kita mempercayai bahawa Alam Ghaib ini wujud.Wajib untuk kita percaya wujudnya makhluk-makhluk di alam ghaib iaitu Malaikat,Jin dan Syaitan.Ketiga-tiga ini ialah makhluk ghaib yang diciptakan oleh Allah SWT.

Orang bunian adalah daripada kumpulan jin. Jelas dinyatakan dalam Al-Quran dan hadis Rasululullah SAW bahawa terdapat jin yang tinggal berhampiran dengan manusia iaitu di hutan dan dibukit. Ada jin islam dan ada jin bukan islam.

Oleh itu wajib bagi orang islam mempercayai bahawa wujudnya makhluk ghaib ini kerana mempercayai alam ghaib adalah rukun iman. Jika kita tidak mempercayai maka tidak beriman lah kita.

Selain daripada apa yang dinyatakan dalam Quran dan Hadis ini, keyakinan bahawa terdapatnya bunian yang merupakan makhluk berupa jin ialah daripada kejadian-kejadian yang pernah terjadi.


Sebagaimana diceritakan oleh pemuda bernama Azarul yang beliau disorok bunian di bukit broga juga menunjukkan bunian ini wujud. Jika hendak dikatakan dia berbohong,mana mungkin dia boleh tiba-tiba dijumpai di pinggir laluan  Bukit Broga itu setelah 7 hari hilang. Bukit itu pula laluan orang ramai mana mungkin Azarul itu boleh tersesat.


Selain daripada Azarul,juga terdapat video seorang budak dijumpai seorang diri dalam kawasan semak didalam hutan.budak kecil berusia 4,5 tahun itu tiba-tiba dilihat berjalan-jalan dalam semak seorang diri setelah lama menghilang tiba-tiba muncul. Budak sebesar itu dengan tiiada makan minum sudah tentu mati kelaparan jika tersesat dalam hutan seorang diri.

Ini menunjukkan bahawa budak kecil tersebut dan pemuda bernama Azarul dijaga oleh makhluk ghaib yang mendiami hutan tersebut.Jika tidak dijaga sudah pasti mereka berdua ini tidak ditemui dengan selamat. Terutama budak kecil tersebut yang tidak pandai untuk mencari makanan dan minuman sendiri di dalam hutan.

Dengan fakta-fakta ini maka perlu dipercayai bahawa misteri kehilangan Acap ini adalah berkait dengan Alam Ghaib. Disebut oleh masyarakat kita bahawa alam gahaib ini ialah Alam Bunian.


Oleh itu, misi pencariannya mestilah tertumpu kepada alam ghaib dengan menggunakan kaedah islam. Untuk menjayakan misi pencarian Acap di alam ghaib,keluarga Acap keseluruhannya perlu memohon doa kepada Allah SWT agar dimunculkan kembali Acap di alam  nyata.

Sebelum memohon doa,seluruh keluarga Acap perlu yakin dan percaya bahawa Wujudnya Alam Ghaib dan wjudnya Makhluk Ghaib ini sebagai makhluk ciptaan Allah SWT. Tidak beriman lah kita sebagai umat islam jika tidak mempercayai alam ghaib. Ini kerana beriman kepada Alam Ghaib ialah salah satu daripada rukun iman.

Pihak yang terlibat dalam misi pencarian Acap ini juga perlu mempercayai 100% wujudnya Jin sebagai makhluk ciptaan Allah SWT. Kepercayaan ini perlu bagi memudahkan Allah SWT memberikan pertolongan. Jika tidak percaya dengan Yang Menciptanya, mana mungkin doa akan dikabulkan oleh Allah SWT kerana  bukan sahaja manusia malahan jin,syaitan,malaikat juga adalah makhluk ciptaan Allah SWT. 

Hanya kepada Allah kita perlu mohon bantuan dan pertolongan.Tiada kuasa lain melainkan kuasa Allah sahaja yang dapat menemukan kembali Acap. Semua makhluk di dunia ini, baik yang nyata atau yang ghaib ianya adalah ciptaan Allah SWT. Maka mohonlah bantuan dan dengan yang menciptaNya.

Analoginya,

Jika kereta kita baru dibeli mengalami kehilangan mana-mana bahagian, kita akan mohon kilang yang menciptanya mendapatkan barang yang hilang itu kembali.

Begitu juga jika yang hilang ialah makhluk ciptaan Allah SWT, maka mohonlah bantuan daripada Allah SWT yang Maha Pencipta untuk menemukannya kembali.

TIADA LAGI JALAN LAIN UNTUK MENEMUI ACAP MELAIN KAN HANYA SATU IAITU MOHONLAH PETUNJUK DAN BANTUAN DARIPADA ALLAH SWT YANG MAHA PENCIPTA SEKALIAN ALAM DENGAN PENUH YAKIN.


Sekian,Wassalam.




Comments