REVOLUSI INDUSTRI 4.0 UBAH CARA KERJA DAN GAYA HIDUP

zaman ini ialah zaman ekonomi digital atau dipanggil revolusi industri 4.0. Melalui Digital Economics ini,ianya telah membuka jutaan peluang menjana pendapatan mudah buat rakyat di seluruh negara.




Tanpa perlu modal yang banyak dan menanggung kos operasi perniagaan yang tinggi, orang ramai sudah dapat memiliki perniagaan sendiri di dalam era digital economics ini. Zaman sekarang,tak susah untuk berniaga. Tanpa perlu sewa pejabat atau kedai pun kita dah boleh jalankan operasi perniagaan. Buat satu kedai dalam talian untuk menjual apa sahaja barang asalkan jangan menjual sesuatu yang salah di sisi undang-undang.

Jangan anggap ianya mustahil dan tak logik. Perniagaan dalam talian inilah yang telah melahirkan ramai billionare. Orang terkaya di dunia Jeff Bezos menjadi billionare melalui perniagaan dalam talian.Siapakah Jeff Bezos ini? Jeff Bezos ini merupakan pengasas Amazon.Amazon adalah sebuah Online Shopping Mall. Dengan Amazon inilah menjadikan Jeff Bezos sebagai orang terkaya di dunia.




Selain itu, billionare yang menjalankan perniagaan dalam talian ialah Jack Ma,pengasas Alibaba.Dengan Alibab inilah menjadikan Jack Ma Billionare. Begitu juga dengan Saygin Yalcin,Billionare Dubai yang menjalankan perniagaan menjual kenderaan melalui aplikasinya sendiri iaitu sellanycar.com.

Ramai lagi yang bergelar billionare dengan menjalankan perniagaan di internet.Di Amerika Syarikat dan Timur Tengah,telah ramai anak-anak mudah menjadi jutawan dengan hanya menjadi youtuber.Youtuber ini ialah pemilik Channel Youtube.Mereka menjadikan Youtube sebagai enjin penjanaan pendapatan untuk mereka sehingga bergelar jutawan.



Caranya cukup mudah untuk menjadi jutawan youtube.Hanya memohon Youtube Adsense dengan pihak google, ianya sudah mampu menjadikan seseorang itu jutawan dengan cara paling mudah iaitu memuatnaik video yang menarik di youtube channel mereka.Banyak orang yang view video tersebut,banyak lah pendaptan yang diraih olehnya.

Sepatutnya kita rakyat Malaysia ini mengambil peluang untuk menjana pendapatan di internet.Kita perlu sedar bahawa dunia kini telah mengalami revolusi industri. Sistem bekerja dan berniaga zaman kini telah beralih arah ke alam maya. Golongan muda khususnya perlu merebut peluang untuk bergelar jutawan melalui internet. Banyak ruang dan peluang yang boleh anda gunakan untuk menjana pendapatan.

Tanpa ada kedai,permis atau pejabat dan tanpa perlu berpakaian kemas untuk ke pejabat, anda dapat menjana pendapatan di internet.Hanya perlukan Smart Phone dan Laptop,ianya sudah cukup untuk anda buat duit. Antara peluang yang boleh mendatangkan pendapatan melalui internet ialah memiliki online shoppe.

Orang zaman sekarang makin malas.hendak ke kedai pun malas.orang semua lebih selesa membeli melalui internet.Buatlah satu online shoppe dan jual lah apa sahaja barangan yang tidak menyalahi undang-undang. Betul teknik pemasarannya, kayalah anda.

Nak lagi mudah,buka satu blog atau news portal.Jangan ingatkan blog tidak boleh buat duit. cara paling mudah untuk buat duit melalui blog ialah dengan menjadi promoter. Anda buat satu blog yang menyediakam ruangan iklan.

Ruangan tersebut ditawarkan kepada pengusaha-pengusaha produk untuk mempromosikan perniagaan mereka.Sewakan ruangan iklan tersebut kepada pengusaha produk dengan caj RM10 sehari untuk satu produk. Jika ada 100 produk anda iklankan,pendapatan anda telah menjangkau RM1000 sehari. sebulan RM30,000.

Nak lagi mudah buat duit di internet, buat paid review di instagram.Dengan hanya review produk orang,ianya telah dapat mendatangkan anda wang. satu produk anda review,anda caj RM50.jika sehari anda review 5 produk,pendapatan harian anda ialahbRM250,sebulan RM7500. Mudah sahaja zaman kini hendak buat duit.

Sebab itu kita jangan mengutuk orang yang buat video live sambil pegang produk dengan lakukan bermacam gaya.Kerana itulah caranya hendak menarik ramai orang melihat produk tersebut.Jangan mengutuk cara orang mencari rezeki melalui paid review ini.

Jangan mengatakan orang yang buat gaya pelik-pelik itu gila kerana itulah caranya untuk attract ramai orang view produk yang diiklankan itu. Sesiapa yang mengata Paid Review ini orang gila sebenarnya dia lah yang gila kerana tidak ikut revolusi industri masa kini.

Diharap rakyat Malaysia peka dan sedar bahawa dunia sekarang telah mengalami revolusi industri.sistem dan corak pekerjaan dan perniagaan sekarang telah berubah. Perniagaan alam siber lebih menguntungkan berbanding perniagaan di alam nyata.

Sekian,Wassalam.


*Penulis ini merupakan pengusaha perniagaan alam siber semenjak tahun 2012 lagi.Penulis memiliki 4 laman blog News Portal yang beliau jadikan sebagai sumber meraih pendapatan dengan membuat penulisan  kempen politik (newsletter) dan sewaan ruangan iklan.Selain memiliki 4 news portal, penulis juga turut memiliki sebuah online shoppe yang menjual produk wangian dan satu satu website yang memberi perkhidmatan digital marketing.Pendapatan bulanan yang diraih oleh beliau mencecah 30-50 ribu sebulan.Operasi perniagaan dan tugasan kerja hariannya hanyalah melalui laptop dan smart phone,tanpa perlu beliau menanggung kos sewaan lot kedai atau pejabat. Inilah dinamakan Effective Business Management(Pengurusan Perniagaan Efektif) Zero Cost,Highest Income (Kos Ditanggung Tiada,Pendapatan Tinggi Diraih).

Comments