RAFIZI RAMLI PERLU JELASKAN TENTANG KUTIPAN DERMANYA UNTUK SAMAN TABUNG HAJI.

Rafizi Ramli,



Apakah kamu sangkakan kami lupa bahawa kamu telah melancarkan kempen kutipan derma untuk menyaman tabung haji dan KWSP waktu dahulu.Sepatutnya sebelum kamu mempersoalkan Tok Mat kenapa memindahkan wang ke London menggunakan Money Changer,kamu perlu persiapkan diri untuk menjawab persoalan berkaitan kerja-kerja yang kamu lakukan dahulu.

Antara persoalannya......

1. Kamu telah melancarkan kempen kutipan derma di atas nama syarikat kamu NOW(National Oversight & Whistleblower) bagi menyaman tabung haji dan dan KWSP, adakah kamu menyenaraikan jumlah kutipan derma tersebut untuk pengetahuan orang ramai?

2. Setiap derma yang kamu kutip, kamu perlu memberi resit kepada pemberi derma,adakah kamu mengeluarkan resit terhadap semua pemberi derma ke akaun syarikat kamu itu?

Rujuk Syarat Lesen Dibawah Seksyen 24(3)  Akta Syarikat 1965 Bagi Kelulusan Permohonan Kutipan Derma Oleh Syarikat Sdn Bhd

Syarat Lesen Dibawah Seksyen 24(3)
Akta Syarikat 1965 Untuk Kutipan Derma Oleh Syarikat Sdn Bhd


4. Merujuk kepada syarat lesen dibawah seksyen 24(3) Akta Syarikat 1965, untuk membolehkan kutipan derma dibuat di atas nama syarikat sdn bhd,ianya perlu memdapat kelulusan Menteri KPDNKK, soalannya adakah kamu mendapat kelulusan Menteri KPDNKK pada waktu itu untuk bolehkan kamu mengutip derma dan sumbangan orang ramai di atas nama syarikat kamu National Oversight & Whistleblower Sdn Bhd dan Invoke Solution Sdn Bhd?

JIKA KAMU DIDAPATI MENGUTIP DERMA TANPA KELULUSAN DARIPADA MENTERI, MAKA KAMU TELAH MENGUTIP DERMA SECARA HARAM DA DENGAN JELAS KAMU TELAH MELANGGAR SEKSYENN24(3) AKTA SYARIKAT SDN BHD.

5. Soalan seterusnya, kamu telah mengutip derma daripada orang ramai untuk dua program iaitu Menutup 1MDB dan Menyaman Tabung Haji & KWSP, tetapi hingga kini 1MDB tidak ditutup dan tiada pun tindakan kamu lakukan bagi menyaman Tabung Haji dan KWSP. Setujukah kamu jika saya katakan kamu telah memperdaya orang ramai untuk mendapatkan wang derma bagi menyaman Tabung Haji dan KWSP sedangkan kamu tidak pun melakukannya.

Rafizi Ramli,

Kamu wajib perjelaskan 5 soalan ini kepada seluruh rakyat malaysia  bagi rakyat mengetahuinya.Jika kamu gagal menjelaskannya,amat wajar kamu disiasat dibawah Seksyen 366 Akta Syarikat 1965 yang mengatakan.....

SESIAPA YANG MERUPAKAN PEGAWAI ATAU AGENT SYARIKAT YANG MEMPEROLEHI APA-APA WANG, SAMA ADA UNTUK SYARIKAT, DIRI SENDIRI ATAS ORANG LAIN SECARA MENIPU ATAU BERJANJI PALSU DENGAN NIAT UNTUK MEMPERDAYA. JIKA SABIT KESALAHAN, IANYA BOLEH DIKENAKAN HUKUMAN PENJARA 10 TAHUN DAN DENDA RM250,000.00 ATAU KEDUA-DUANYA SEKALI.

Kutip derma konon nak saman Tabung Haji dan KWSP,rakyat pun berilah derma tapi adakah kamu bertindak menyaman Tabung Haji dan KWSP itu? 

Jika kamu tidak lakukan,kamu boleh dikatakan telah memperdaya orang ramai untuk dapatkan wang.Ini jelas melanggar Seksyen 366 Akta Syarikat 1965.

Mohon jawapannya wahai Rafizi Ramli.

Comments