RUPANYA ADA PUSAT AUTISM TERBAIK DI NEGARA KITA "SMARTMINDA CENTRE"
Dalam kehidupan seharian kita ni,sebenarnya banyak perkara yang kita tak sedar wujud di negara kita ni. Antaranya ialah SmartMinda Centre" Pusat Autism yang sangat baik kaedah pendidikannya.
Penulis menemui Pusat Autism ini di Instagram. Tengok pada gambar anak-anak di sana yang diajar solat, melukis dan lain-lain pelajaran jelas dapat dikatakan bahawa SmartMinda ini merupakan salah sebuah Pusat Autism di Malaysia yang memberi pendidikan yang terbaik kepada anak-anak Autism.
Lihat pada hasil karya anak-anak autism di SmartMinda,sudah membuktikan bahawa tenaga pengajarnya memberikan pendidikan yang sempurna kepada mereka.
Melihat gambar seorang anak autism yang mengimamkan solat kepada rakan mereka,hati begitu tersentuh melihatnya.keinginan penulis membuak-buak untuk mengunjungi SmartMinda ini.
Persekitaran pusat ini juga bersih,tenang dan sejuk mata memandang (Lihat pada gambar-gambar di instagram @smartminda.my).
Inilah salah satu kebaikan adanya media sosial seperti instagram dan facebook ini yang mana boleh dikongsikan perkara-perkara baik seperti ini.Jika tiada media sosial ini,tentu kita tidak sedari bahawa terdapat Pusat Autism yang menyediakan pendidikan yang baik kepada anak-anak autism.
Untuk lebih lanjut anda mengetahuinya boleh ikuti instagram pusat autism ini iaitu @smartminda.my



Comments