HANYA DENGAN CARA INI SAHAJA ACAP BOLEH DIJUMPAI



Sehingga kini, Mohd Asyraf@Acap belum lagi dijumpai.Bermacam-macam ikhtiar telah dilakukan namun tiada sehingga kini Acap masih belum lagi dijumpai.

Sudah berpuluh orang bomba dan anggota polis turun ke lokasi mencari Acap,Anjing Pengesan juga turut digunakan dalam operasi tersebut,ditambah pula dengan kehadiran berpuluh-puluh orang ustaz turun ke lokasi untuk mencari Acap tetapi tidak juga dijumpai.

Pelbagai maklumbalas dari pihak yang terlibat diterima. Ada yang mengatakan Acap di alam bunian dan keadaan Acap sangat letih.Ada juga mengatakan Acap tidak mahu pulang ke dunia nyata kerana sudah terpikat dengan bunian disana.

Ada juga mengatakan Acap sudah kahwin dengan bunian di sana dan tidak mahu pulang.Lebih dasyat,ada jugav mengatakan Acap dimakan binatang buas dan jatuh ke lubang yang dalam.

Walau apa pun kenyataan yang diberi, walau apa pun keadaan Acap ketika ini dan walau di alam mana pun Acap berada, hanya dengan satu cara sahaja yang dapat ditemukan kembali Acap iaitu dengan Pertolongan daripada Allah SWT. Pihak yang terbabit terutama ibu bapa,keluarga dan isteri Acap perlu secara sepakat dan beramai-ramai mohonlah doa dengan Allah SWT agar ditemukan kembali Acap.

Buat lah solat hajat berjemaah setiap hari dan mohonlah dengan Allah SWT dengan bersungguh-sungguh dan seikhlas hati agar dimunculkan kembali Acap baik hidup atau meninggal dunia.

Mohonlah doa....

"YA ALLAH YA TUHANKU,ENGKAU DATANGKANLAH KEMBALI ACAP KEPADA KAMI.JIKA DIA ALAM GHAIB,ENGKAU BANTULAH KEMBALIKAN DIA KE ALAM NYATA.JIKA DIA DI ALAM NYATA,ENGKAU TUNJUK KANLAH JALAN KEPADANYA UNTUK KEMBALI KEPADA KAMI.

JIKA DIA BERADA DI ALAM GHAIB DAN TELAH TERPOSONA DENGAN ALAM SANA,ENGKAU GERAKKAN LAH HATINYA UNTUK PULANG KE ALAM NYATA.JIKA DIA TELAH MENINGGAL DUNIA,ENGKAU TIMBULKANLAH JASADNYA. 

KAMI BERHARAP DIKETEMUKAN ACAP DALAM KEADAAN BELIAU MASIH BERNAFAS TETAPI JIKA ENGKAU TELAH MENGAMBIL NYAWANYA,ENGKAU TUNJUKKAN JASADNYA KEPADA KAMI. KAMI REDHA MENERIMA SEGALA YANG DITAKDIRKAN KEATAS KAMI.

YANG ALLAH YA TUHAN KAMI,KEPADAMU SAHAJA KAMI BERSERAH,KEPADA ENGKAU SAHAJA KAMI MEMOHON.SESUNGGUHNYA ENGKAULAH TUHAN YANG MENCIPTAKAN SELURUH ALAM BAIK ALAM NYATA DAN GHAIB,HANYA ENGKAU YANG MAHA BERKUASA."

Inilah satu satunya cara yang dapat menemukan kembali Acap kepada keluarganya.Tiada jalan lain yang lebih efektif daripada jalan ini. Tidak perlu lagi melakukan ikhtiar dengan berbicara dan berkomunikasi dengan jin. Tidak akan berjaya menemukan Acap jika tanpa izin Allah SWT. Ini kerana,Allah SWT yang mencipta segalanya.baik yang nyata atau yang ghaib.

Operasi pencarian Acap digua dan dihutan pada waktu malam rasanya sudah boleh dihentikan.Demi keselamatan mereka yang terlibat dan mengelakkan daripada bahaya binatang di hutan, sebaiknya di tukarlah ikhtiar kepada beramai-ramai ke masjid solat hajat berjemaah setiap malam dan berdoalah setiap waktu kepada Allah SWT agar dimunculkan Acap kembali.

Mohonlah pertolongan daripada Allah SWT kerana hanya Dia Maha Berkuasa. Jika Acap berada di alam ghaib dan tak mahu balik sekalipun tetapi jika Allah menggerakkan hatinya untuk pulang dan membuka jalan untuk beliau pulang,pasti kan pulang juga dia kepada keluarganya.

Sesungguhnya,tiada kuasa lain yang dapat menandingi kuasa Allah SWT.Yakin dan percayalah kita kepada kekuasaan Allah SWT.

Sekian,Wassalam.

Comments