BEKAS PESERTA RAJA LAWAK DIDAKWA DI MAHKAMAH KES CABUL


PETALING JAYA – Bekas peserta Raja Lawak musim kelima, Sulaiman Ibrahim yang lebih dikenali dengan nama Leman Raja Lawak didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas dua pertvduhan mencabul kehormatan seorang pekerja wanitanya, November tahun lepas.
Tertvduh yang kini pengarah urusan sebuah syarikat produksi bagaimanapun mengaku tidak bers4lah atas kedua-dua pertvduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir.
Mengikut pertvduhan pertama, dia yang berusia 38 tahun itu didakwa menggunakan kek3rasan jenayah dengan niat hendak menc4bul keh0rmatan seorang wanita berusia 27 tahun di dalam bilik sebuah hotel di Puchong di sini, pada 4.10 pagi, 12 November 2018 lepas.
Dia turut ditvduh melakukan kes4lahan serupa ke atas m4ngsa yang sama di sebuah pejabat di Jalan Permai, Taman Perindustrian Puchong di sini pada 16 Nov 2018.
Kedua-dua pertudvhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 354 Kanun Kes3ksaan yang memperuntukkan hukvman p3njara maksimum 10 tahun atau d3nda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukvman itu, jika sabit kes4lahan.
Terdahulu, Timbalan Pend4kwa Raya Hakim Amir Abdul Hamid menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan.
Bagaimanapun, tertvduh yang diwakili peguam Mohd Ridzuan Muhamad memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya mempunyai seorang isteri yang sedang sarat mengandung selain seorang anak yang berusia dua tahun.
“Syarikat produksi yang dikendalikan anak guam saya juga baru beroperasi dan masih belum mempunyai sebarang keuntungan. Saya mohon jaminan dikurangkan,” katanya.
Mahk4mah membenarkan tertvduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertvduhan beserta syarat tambahan dilarang mengg4nggu m4ngsa dan pengadu dalam k3s ini selain menetapkan 6 Sept untuk sebutan semula k3s.
Sulaiman menyertai rancangan realiti televisyen Raja Lawak pada 2012.

Comments