PERUNTUKAN SEKOLAH KEBANGSAAN PALING RENDAH BERBANDING SJK CINA & SJK TAMIL

Persoalan Yang Harus Dijawab Oleh Kerajaan.....

Kenapa peruntukan untuk Sekolah Kebangsaan RM300 Juta sahaja? Tak kan kerajaan tak tahu berapa buah sekolah kebangsaan yang ada di Malaysia ni.

Berdasarkan rekod data senarai sekolah di Malaysia 2019, jumlah keseluruhannya ialah 10208 buah sekolah yang merangkumi Sekolah Rendah Kebangsaan,Sekolah Menengah Kebangsaan,Sekolah Jenis Kebangsaan Cina(SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil(SJKT).

Daripada 10208 sekolah yang terdapat di Malaysia ini, 8363 adalah sekolah kebangsaan,1315  ialah SJKC dan SJKT pula sebanyak 530 (Rujuk Laporan Yang Dilampirkan Dibawah).






Dengan hanya RM300 juta peruntukan disediakan untuk Sekolah Kebangsaan ianya menjadikan peruntukan untuk sekolah kebangsaan adalah paling rendah berbanding SJKC dan SJKT.

Ini kerana RM300 juta dibahagikan dengan 8363 buah Sekolah Kebangsaan,sebuah sekolah hanya mendapat peruntukan sebanyak RM35,872.00.

Untuk SJKC,peruntukan yang disediakan ialah RM50 Juta. Dengan dibahagikan RM50 Juta ini kepada 1315 buah SJKC menjadikan sebuah SJKC akan menerima peruntukan sebanyak RM38,022.00.

Manakala untuk SJKT pula,RM50 Juta dibahagikan dengan 530 buah SJKT menjadikan sebuah SJKT akan menerima peruntukan sebanyak RM94,339.

Ini menjadikan SJKT menerima peruntukan untuk pendidikan paling tinggi dengan jumlah RM94,339 untuk sebuah SJKT.Kemudian diikuti dengan SJKC dengan menerima peruntukan sebanyak RM38,002 untuk sebuah SJKC. Sekolah Kebangsaan  pula paling rendah menerima peruntukan pendidikan dengan hanya mendapat RM35,872 untuk sebuah Sekolah Kebangsaan. 

Tahukah Kalian,

Hal ini jelas sekali bertentangan dgn Perlembagaan Negara yang mana telah dinyatakan bahawa bantuan pendidikan untuk sekolah-sekolah orang melayu bumipitera mesti melebihi daripada sekolah-sekolah yang bukan melayu bumiputera.

Perlembagaan Negara adalah undang-undang tertinggi negara. Melaksanakan sesuatu yang bertentangan dengan perlembagaan ianya ditakrifkan sebagai melanggar undang2 tertinggi negara.

Wahai Pemimpin Kerajaan sekalian,

Jika kita melanggar lampu isyarat, sudah tentu kita akan disaman kerana melanggar undang2 jalan raya.Hukuman bagi mereka yang melanggar undang-undang jalan raya ialah denda(saman) yang perlu dibayar dengan wang ringgit.

Ingin saya bertanya, apakah pula hukuman terhadap mereka yang melanggar Perlembagaan Negara yang merupakan undang-undang tertinggi negara.Melanggar lampu isyarat kita boleh didenda, apa pula hukuman bagi yang melanggar undang-undang tertinggi negara.

Sekian,Wassalam.

Daripada,

Yang sekadar bertanya......

Comments