BN AKAN KEMBALI JADI KERAJAAN,JIKA........

Langkah-langkah dibawah ini dipraktikkan oleh kepimpinan Barisan Nasional.

1.Laksanakan gerak kerja mendaftar pengundi baru terutama orang melayu.

2. Pastikan ahli-ahli UMNO dan penyokong UMNO mendaftar sebagai pengundi.

3.Pastikan ahli-ahli mengundi calon Barisan Nasional dalam PRU15. Elakkan budaya sabotaj calon Barisan Nasional.

4. Pilih calon pilihanraya yang memenuhi
Sepuluh Kriteria Pemimpin Menurut Islam.

5.Elakkan daripada penyokong-penyokong, pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli bertelagah sesama sendiri terutama di media sosial kerana boleh mempengaruhi pengundi atas pagar. Pengundi atas pagar tidak akan memilih parti yang bergaduh sesama sendiri kerana ini menunjukkan kepimpinan parti tersebut lemah.

6. Perkemaskan hubungan dengan parti komponen seperti MIC dan MCA bagi tujuan menarik sokongan dan undi daripada bukan melayu.

7.Pemimpin sesama pemimpin perlu elak daripada mengkritik sesama sendiri secara terbuka kerana ini akan mendedahkan kelemahan kepimpinan Barisan Nasional.

8. Calon pilihanraya mestilah bebas isu, boleh bekerja,berwibawa dan mempunyai kebolehan menyelesaikan masalah rakyat.

9.Jangan amalkan budaya Cantas sesama sendiri dan sabotaj parti sendiri.

10. Pemimpin Barisan Nasional perlu lebih banyak tonjolkan kekuatan parti terutama dalam kebolehan menyelesaikan masalah rakyat.

11. Setiap isu yang timbul melibatkan kepimpinan Barisan Nasional,ianya perlu segera dijawab bagi mengelakkan timbulnya persepsi negatif rakyat terhadap kepimpinan Barisan Nasional.

12. Setiap isu yang dijawab mestilah selari, jelas dan mudah difaham oleh rakyat.

Jika 12 langkah ini dipraktikkan oleh kepimpinan Barisan Nasional,99.9% Barisan Nasional akan kembali menguasai kerajaan.


AyieSyam
Pengarah Strategik SIRC



2,465,244 PAGEVIEWS

Comments