TIDAK WAJAR MENDESAK AZAN ISMAIL LETAK JAWATAN PENGERUSI PKR TERENGGANU

Memuat Naik Kenyataan Begini Di Media Sosial Telah Mendedahkan Kelemahan PKR Kepada Umum.


Persoalan Yang Perlu Dijawab Sebelum Mendesak Azan Ismail Letak Jawatan Pengerusi PKR Terengganu:

1. Ketika PKR sedang merangkak,bertatih di Terengganu dan Federal, Tuan Azan Ismail seorang diri mengemudi PKR Terengganu, Tuan Azan satu-satunya pemimpin PKR Terenggamu yang menang di kerusi Dun Bandar pada PRU13.  Kenapa ketika PKR mengharungi susah payah tidak didesak Tuan Azan mengundur diri daripada jawatan Pengerusi PKR Terengganu? Kenapa setelah PKR mengecapi kejayaan kini ingin didesak Tuan Azan Ismail mengundur diri?

2. Satu satunya pemimpin PKR Terengganu yang tak kenal erti penat lelah membela DS Anwar Ibrahim yang ketika itu dalam penjara ialah Tuan Azan Ismail.Yang gigih berusaha menarik sokongan rakyat terhadap PKR di Terengganu ialah Tuan Azan Ismail. Kenapa penat lelah nya waktu dahulu langsung tidak dikenang? Tergamak kah kalian mendesak Tuan Azan Ismail mengundur diri?

3. Faham kah kalian dgn seni tari politik Terengganu? mampukah kalian pecahkan mentaliti rakyat di negeri terengganu yg mana dalam kepala masing-masing hanya dua parti sahaja diterima di Terengganu iaitu BN dan PAS.Kalian cuba renungkan daripada zaman dahulu pernahkan ada lain parti selain PAS dan UMNO yg menguasai Kerajaan Negeri Terengganu? Ketika zaman reformasi hebat waktu dahulu pada tahun 98.Yang menang di Terengganu ialah PAS. waktu itu PKR belum lagi dapat berdiri utuh di di Negeri Terengganu.

4. Tuan Azan Ismail satu satunya pemimpin PKR  Terengganu yang dapat memecahkan mentaliti rakyat Negeri Terengganu dengan memenangi Dun Bandar pada PRU13. Ini menunjukkan bahawa kemampuan Tuan Azan Ismail dalam memenangi hati rakyat Terengganu untuk memilih wakil daripada PKR.

5. Kekalahan Tuan Azan Ismail pada PRU14 bukan disebabkan faktor beliau sendiri tetapi kerana kemarahan penyokong-penyokong PAS terhadap wakil AMANAH yang keluar daripada parti PAS hingga PKR turut terpalit kesannya.

6. Tindakan kalian mempamirkan secara terbuka di media sosial bahawa ketua-ketua Cabang PKR Negeri Terengganu menolak Tuan Azan Ismail sebagai Pengerusi Negeri PKR Negeri Terengganu bukanlah menunjukkan PKR Terengganu kuat tetapi mendedahkan kelemahan PKR yang mana sesama sendiri pun cantas mencatas. Bagaimana kalian nak menjaga rakyat sedangkan sesama kalian sendiri cantas mencantas.

7. Apakah kalian rasa mampu hendak mengemudi PKR Negeri Terengganu tanpa Tuan Azan Ismail? Jika begini sikap kalian mendedahkan kelemahan parti kalian di media sosial,usah mimpi hendak memenangi hati rakyat Negeri Terengganu.


Akhir kata,berpolitiklah secara matang bukan macam ayam hutan berkokok je lebih,habuk tarak......!!!!

Comments