HORMATI KEPUTUSAN PIMPINAN TERTINGGI UMNO
Ini kerana,
1. Jika diteruskan pendakwaan kes terhadap YB Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein, besar kemungkinan UMNO akan kehilangan satu kerusi parlimen di Semberong jika YB Dato Seri Hishamuddin membuat keputusan untuk keluar parti apabila pendakwaan kes terhadap beliau diteruskan.
2.UMNO akan menjadi lebih parah sekiranya YB Dato Seri Hishamuddin keluar parti dan menyertai PPBM.Jika ini terjadi, kedudukan PPBM di Johor akan menjadi semakin kukuh dengan gabungan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein.
3. Jika keputusan dalam perbicaraan kes YB Dato Seri Hishamuddin ini diteruskan dan beliau dijatuhkan hukuman buang keahlian UMNO,tentu sekali ini akan lebih menggembirakan pihak Pakatan Harapan khususnya PPBM kerana dengan mudah dapat memperlawa Dato Seri Hishamuddin untuk menyertai Parti mereka. Sekaligus akan menambahkan kekuatan parti mereka di Johor.
4. Jangan dipandang ringan kekuatan YB Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein.Beliau telah lama kekal sebagai Ahli Parlimen UMNO di parlimen Semberong.Dia sangat dikenali umum khususnya di Negeri Johor.Kekuatan pengaruh yang dimiliki oleh YB Dato Seri Hishamuddin di Johor inilah yang diperlukan UMNO bagi menawan kembali kerajaan Negeri Johor.
5. UMNO jangan ulangi kesilapan memecat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato Seri Shafie Apdal yang dahulunya dirasakan tiada kesan kepada UMNO apabila dua tokoh politik ini dipecat.Tengok apa yang terjadi di Sabah, terus bertukar kerajaan apabila Dato Seri Shafie Apdal menubuhkan Parti Warisan. Oleh itu,jangan mengulangi kesilapan ini dengan mengambil tindakan memecat Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein daripada UMNO. Ini akan lebih merugikan UMNO.
6. Dalam misi untuk merampas kembali pemerintahan kerajaan persekutuan daripada Pakatan Harapan,UMNO perlu memiliki banyak kerusi parlimen.Oleh itu kerusi parlimen yang dikuasai UMNO sekarang ini perlu dikekalkan.UMNO perlu mengelak daripada membuat keputusan yang boleh mengurangkan jumlah penguasaan kerusi parlimen. UMNO perlu menambahkan lagi penguasaan kerusi parlimen jika ingin mencapai misi merampas kembali kerajaan persekutuan daripada Pakatan Harapan.
Oleh itu, keputusan untuk tidak meneruskan pendakwaan kes terhadap YB Dato Seri Hishamuddin ini perlu dihormati.Jangan mengkritik Presiden UMNO secara terbuka di media-media sosial kerana kepimpinan tertinggi UMNO membuat keputusan untuk perbicaraan kes Dato Seri Hishamuddin Tun Hussein ini tidak diteruskan.
Percaya dan yakinlah, Dato Seri Presiden UMNO dan Pimpinan Tertinggi UMNON yang lain telah membuat keputusan yang memikirkan kedudukan UMNO sekarang ini dan kearah mencapai misi untuk merampas kembali kerajaan persekutuan yang dikuasai oleh Pakatan Harapan.
Hormatilah keputusan Pimpinan Tertinggi UMNO Malaysia.
1,145,267 PAGEVIEWS
Comments