FAHAMI DILEMA KEPIMPINAN UMNO
Cuba Kalian Renungkan,
PAKATAN HARAPAN memiliki 138 kerusi parlimen. Jumah kerusi parlimen yang dikuasai parti-parti komponen Pakatan Harapan ialah:
PKR=50
DAP=42
PPBM=26
AMANAH=11
WARISAN=9
Kebarangkalian yang akan terjadi:
1. Sekiranya Tun Mahathir tidak membuat peralihan kuasa sebagai Perdana Menteri kepada DS Anwar Ibrahim(DSAI) pada Mei 2020 ini, berkemungkinan besar PPBM akan ditendang keluar daripada Pakatan Harapan.
2. Pakatan Harapan(PH) masih lagi kekal sebagai kerajaan walaupun PPBM dikeluarkan daripada PH. Ini kerana PPBM hanya memeliki 26 kerusi parlimen.Apabila PPBM dikeluarkan,PH masih memiliki 112 kerusi parlimen.Jumlah ini cukup untuk jadikan DSAI sebagai Perdana Menteri.
3. Namun begitu,sekiranya WARISAN dan Ahli Parlimen PKR kartel Azmin Ali keluar PH bagi mengikuti PPBM yang dikeluarkan daripada PH,maka tiada peluanglah untuk DSAI menjadi PM kerana tidak cukup sokongan 112 ahli parlimen.
4. Menurut perlembagaan, terdapat dua syarat untuk menjadi Perdana Menteri iaitu seseorang itu mestilah Ahli Parlimen dan memiliki sekurang-kurang 112 sokongan Ahli Parlimen yang bersetuju untuk beliau menjadi Perdana Menteri.
5. Jika PPBM dikeluarkan daripada PH,adalah sangat mustahil WARISAN dan Kartel Azmin keluar PH untuk mengikuti PPBM. Mana mungkin mereka sanggup untuk kehilangan kuasa sebagai pemimpin kerajaan yang berjawatan menteri semata-mata untuk bersama PPBM yang dikeluarkan daripada PH.
6. DSAI pasti akan dapat menggapai cita-cita menjadi PM dengan 112 kerusi parlimen yang dimiliki oleh PH.
Persoalannya,
Siapakah yang akan dilantik menjadi TPM sekiranya DSAI menjadi PM8?
Persoalannya,
Siapakah yang akan dilantik menjadi TPM sekiranya DSAI menjadi PM8?
1. Mustahil YB Mohammad Sabu, Presiden AMANAH dilantik sebagai TPM kerana AMANAH hanya memiliki 11 kerusi parlimen.
2. YAB Dato Seri Shafie Apdal tidak boleh dilantik sebagai TPM kerana beliau bukan Ahli Parlimen.
3 YB Dato Seri Azmin Ali pula sudah tentu tidak akan dilantik sebagai TPM jika DSAI menjadi PM8 kerana berkrisis hebat dengan DSAI.
2. YAB Dato Seri Shafie Apdal tidak boleh dilantik sebagai TPM kerana beliau bukan Ahli Parlimen.
3 YB Dato Seri Azmin Ali pula sudah tentu tidak akan dilantik sebagai TPM jika DSAI menjadi PM8 kerana berkrisis hebat dengan DSAI.
3. DAP memiliki kerusi parlimen kedua terbanyak selepas PKR. Berkemungkinan besar Wakil daripada DAP dilantik menjadi TPM. Memandangkan DAP memiliki kerusi parlimen kedua terbanyak selepas PKR.
Sekiranya wakil DAP dilantik sebagai TPM , rakyat Malaysia khususnya berbangsa melayu pasti akan menjadi risau kerana Orang nombor dua memimpin negara bukan berbangsa melayu beragama islam. Tengok keadaan sekarang pun dah cukup merisaukan. Sudah banyak Hak Istimewa Orang Melayu dikurangkan. Apatah lagi jika DAP menjadi TPM.
Untuk mengelakkaan hal ini berlaku,hanya ada dua jalan iaitu:
1) Pertama,Tun Mahathir perlu mengadap YANG DIPERTUAN AGONG untul memohon perkenan parlimen dibubarkan atas faktor ketidakstabilan politik yang menjadi halangan pertumbuhan ekonomi negara dan mengancam keamanan negara.
2) Jalan Kedua ialah PPBM perlu menyertai UMNO & PAS di dalam Muafakat Nasional bagi tujuan mengambil alih kuasa sebagai kerajaan daripada PH. Sekiranya gabungan antara UMNO,PPBM dan PAS ini terjadi,sudah tentu WARISAN dan Kartel Azmin Ali akan keluar daripada PH untuk menyertai UMNO,PAS dan PPBM.
Pembubaran Parlimen Boleh Ditolak.
Malaysia adalah salah sebuah negara Komanwel. Berdasarkan pengalaman seluruh negara Komanwel, antara sebab-sebab permintaan membubarkan parlimen ditolak ialah apabila pembubaran diminta tidak lama selepas pilihan raya, contohnya dua tahun selepas pilihan raya dan di dalam keadaan daftar pemilih belum siap dan banyak masalah. Pernah berlaku di sebuah negara di mana Gabnor-Jeneral menolak pembubaran dewan ketika ramai pengundi tidak berada di dalam negara.
Pembentukan Perikatan Parti Politik Baru
Sekiranya permohonan untuk pembubaran parlimen ditolak, untuk mengekang penguasaan DAP dalam Kerajaan Malaysia hanyalah boleh dilakukan dengan satu jalan sahaja iaitu pembentukan gabungan parti politik diantara UMNO, PPBM, PAS,WARISAN,MIC,MCA,Parti Gabungan Di Sabah Sarawak dan Kartel Azmin Ali bagi membentuk perikatan parti politik yang baru untuk mengambil alih kerajaan daripada PH.
DILEMA KEPIMPINAN UMNO
Sekiranya PPBM dikeluarkan daripada PH dan Permohonan untuk pembubaran parlimen ditolak, UMNO pasti akan berada dalam dilema. Ini kerana,
1. Jika kepimpinan UMNO yang diketuai menolak kerjasama dengan PPBM dan Tun Mahathir atas sebab ingin menjaga hati dan sokongan ahli-ahli akar umbi yang menolak keras UMNO bekerjasama dengan Tun Mahathir/PPBM, sudah tentu DAP akan menjadi lebih berkuasa lebih-lebih lagi jika wakil DAP dilantik menjadi TPM.
2. Sekiranya Kepimpinan UMNO & PAS menerima PPBM dalam Muafakat Nasional bagi tujuan mengekang penguasaan DAP dalam kerajaan, UMNO akan kehilangan sokongan daripada ahli akar umbi kerana ahli akar umbi menentang keras sebarang bentuk kerjasama dengan Tun Mahathir dan PPBM.
PERLUNYA KERJASAMA AHLI AKAR UMBI UMNO
Kepimpinan UMNO akan berada dalam dilema sekiranya ahli akar umbi UMNO menentang keras penyertaan PPBM,WARISAN dan Kartel Azmin Ali dalam Muafakat Nasional. Sebagai pemimpin UMNO, suara ahli-ahli akar umbi sudah tentu menjadi keutamaan kepimpinan parti.
Namun begitu,dalam masa yang sama kepimpinan UMNO juga perlu berfikir impak DSAI menjadi PM8 yang akan menjadikan DAP lebih berkuasa.Jika DAP menjadi lebih berkuasa, kepentingan dan hak-hak orang melayu sudah pasti menjadi lebih terancam.
Lihat sahaja apa yang berlaku kini, aset-aset Tabung Haji satu demi satu dijual. Kontraktor-kontraktor melayu makin ramai yang tidak mendapat peluang dianugerahkan projek kerajaan. Bantuan- bantuan perniagaan untuk usahawan melayu sudah dikurangkan. Ini hal yang sedang berlaku sekarang.
Cuba bayangkan apa yang akan berlaku sekiranya DSAI dilantik menjadi PM8 yang mana DAP berpeluang meluaskan kuasanya,apa akan jadi kepada kepentingan dan hak melayu islam?
Disebabkan itu ahli-ahli akar umbi UMNO perlu beri kerjasama dan sokongan kepada kepimpinan UMNO demi menjaga kepentingan dan hak orang melayu islam.
Ahli akar umbi UMNO perlu memahami kenapa perlunya kepimpinan UMNO memberi sokongan untuk Tun Mahathir terus kekal sebagai PM hingga PRU15. Apa yang diputuskab oleh kepimpinan UMNO hanyalah untuk kepentingan Melayu Islam.
Teruskan sokongan anda kepada kepimpinan UMNO yang diterajui oleh Presideb UMNO,YB Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Nota:
Kenyataan ini bukan satu kenyataan hasutan atau bersifat rasis.Kenyataan ini bukan satu kenyataan untuk menghasut orang ramai menentang kerajaan sekarang ini.Kenyataan ini hanyalah bersifat untuk menyedarkan orang ramai khususnya ahli UMNO dan juga untuk menyedarkan kepimpinan kerajaan sekarang ini.
Kepimpinan kerajaan ketika ini perlu mentadbir negara mengikut lunas-lunas perlembagaan terutama dalam menghormati hak istimewaan orang melayu, menghormati kedudukan islam sebagai agama rasmi dan menghormati kedudukan raja-raja melayu.
Jika dari hari ke hari makin banyak hak dan kepentingan orang melayu dijual, jangan salahkan rakyat jika tidak memilih Pakatan Harapan sebagai kerajaan pada PRU15.

Comments