BAHAYA JUDI ONLINE
JUDI ONLINE sekarang menjadi barah baru dalam kehidupan masyarakat Di Malaysia sekarang trutama melibatkan golongan muda. Ianya telah menjadi satu trend dalam kehidupan seharian dimana menjadi kewajiban anak2 muda bermain Judi online yang boleh Di install dengan Mudah pada handphone mereka.
Antara Judi online yang famous Di Malaysia ialah KISS918 dan MEGA888 seperti dalam gambar diatas. Untuk pengetahuan pembaca, saya sendiri telah beberapa kali me cuba permainan Judi online ini bertujuan untuk mengetahui bagaimana permainan ini boleh merosakkan Akhlak anak remaja khususnya berbangsa melayu.
Ya, sememangnya ianya sangat mengujakan. Sekali main, dua kali main, tiga kali main anda akan perolehi kemenangan Wang tunai. Namun begitu, semakin lama anda akan beransur kalah sehingga anda tidak sedari bahawa anda telah membelanjakan hampir RM200 sehari untuk permainan ini. Apabila hal ini terjadi sudah tentu anda akan membuang masa dan Wang ringgit.
Walaupun anda mulakan perjudian dengan jumlah yang kecil iaitu serendah RM10, Namun begitu tanpa anda sedari ianya akan memakan Wang anda hingga ratusan ringgit apabila anda kalah, anda top up lagi duit untuk berjudi.
Jangan sesekali memcuba Judi online ini kerana ianya boleh menyebabkan ketagih. Apabila anda ketagih bermain Judi online ini, masa Dan Wang ringgit anda akan terbuang. Saya sendiri telah me cuba permainan ini hingga memakan belanja hampir 2 ribu ringgit bagi tujuan untuk membuat pendedahan akan bahayanya Judi online ini.
Memandangkan ianya sangat bahaya kepada masa depan anak muda Negara kita, saya Mohon agar pihak berkuasa khususnya PDRM dan SKMM menyekat daripada orang ramai Mudah untuk meng install permainan ini Di telefon bimbit masing-masing. Banyak kan pendedahan seperti ini supaya orang ramai sedar akn bahayanya Judi online ini.
Mohon ibu bapa memantau handphone anak masing2 dan pasti kan tiada aplikasi KISS 918 Dan MEGA888 di install pada handphone anak-anak anda. Pencegah an Di rumah ianya sangat baik bagi elakkan ianya menjadi lebih parah.
Sekian,
Ayie Syam
Writer gempaktoday.com
Comments