Kegagalan Pentadbiran UMNO Tangga Batu

Nafas Baru UMNO Tangga Batu Hanya lah Retorik


Beri Nafas Baru kepada UMNO Tangga Batu Hanya Khayalan Dan Penyedap Halwa Telinga Sahaja.

Menjelang PRN 6 Negeri, sudah pastinya menjadi satu kewajiban kepada  UMNO Bahagian seluruh Malaysia yang tidak terlibat dengan PRN untuk membantu DUN angkat di setiap negeri yang diadakan PRN.

Bahagian Tangga Batu tidak terkecuali yang kini membantu DUN Lenggeng untuk memenangi PRN pada kali ini. Selamat maju jaya diucapkan kepada para jentera yang terlibat.

Jentera Tangga Batu yang terlibat dalam PRN ini mula keluh kesah dengan kos perbelanjaan yang diberikan dan mereka juga mengeluh dengan logistik dan hospitaliti yang di sediakan oleh Bahagian Tangga Batu.

Jauh bezanya di era kepimpinan DS Ali dan Rais Yasin. Di era DS Ali, elaun yang diberikan bukanlah RM40 sehari, kerana Jentera yang membantu adalah jentera, bukan balaci atau tentera kerahan.

DS Ali memberi elaun harian sebanyak RM50 dan duit minyak secara harian sebanyak RM30 dan DS Ali sediakan Makan dan Minum serta penginapan yang selesa. DS Ali pantang Kebajikkan Jentera diambil lewa kerana dia sangat hargai jasa dan pengorbanan Jentera.

Dia juga tidak ada ugut mengugut Jentera yang bekerja di PRN kerana dia lebih mementingkan keharmonian dan kedamaian dalam melaksanakan tugasan.

Berbeza zaman Rais Yasin. Jentera dikerah macam askar, dan elaun yang diberikan tidak sepadan dengan tugasan yang diberikan. Walaupun ada mereka bergaji, tetapi masa inilah mereka nak buat pendapatan. Serampang 2 mata.

Jadi mana nafas baru yang hendak di perjuangan oleh Rais Yasin. Adakah kepimpinan Diktator menjadi nafas baru kepada UMNO Tangga Batu.

Jika inilah, maka UMNO Tangga Batu tidak ubah di bawah kepimpinan Nazi. Bertabahlah ahli UMNO Tangga Batu. Berdoalah supaya segera masa berlalu dan tukar kepimpinan yang baru. 

Jika lama dia diatas, UMNO Tangga Batu akan terus mereput kerana kepimpinan seperti ini.

Comments

Cerita Makcik said…
Mantap ah terengganu kalau yg lead nya perfect macam ni
Anonymous said…
Terbaik Dato pengerusi umno terengganu