Dato Rozi Mamat Mampu Bawa UMNO Kembali Menjadi Kerajaan Negeri.

Pucuk Pimpinan UMNO Malaysia telah membuat keputusan paling tepat dengan melantik Dato Rozi Mamat bekas ADUN Telemong sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Terengganu. Ini kerana,beliau mempunyai keupayaan dan aura tersendiri untuk menarik kembali sokongan rakyat Terengganu kepada UMNO.



Merujuk kepada laporan kajian maklumbalas Rakyat Negeri Terengganu Terhadap Kepimpinan Baru UMNO Negeri Terengganu yang dijalankan oleh Strategic Intelligence Research Center daripada 30 ribu responden yang terdiri daripada pengundi 30-45 tahun, 26770 menyokong perlantikan Dato Rozi Mamat sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Terengganu yang akan membangkitkan kembali UMNO Terengganu. 

Kelebihan yang ada pada Dato Rozi Mamat ialah Beliau pemimpin UMNO yang tidak pernah terpalit sebarang isu sama ada skandal rasuah,salah guna kuasa atau seks.Beliau pemimpin "zero issue". Pemimpin yang tiada apa apa isu sebegini lah yang menjadi faktor untuk mendapat undi daripada rakyat Negeri Terengganu.

Persepsi UMNO dipimpin oleh pemimpin kaki rasuah terus terpadam dengan perlantikan Dato Rozi Mamat sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Terengganu. Pihak PAS Terengganu tidak boleh lagi bermain isu UMNO dipimpin oleh kaki rasuah kerana Dato Rozi Mamat tidak pernah dikait dengan sebarang isu semenjak daripada awal beliau menjadi ADUN Telemong.

Selain itu,Dato Rozi Mamat mempunyai kemampuan untuk menarik sokongan golongan muda Negeri Terengganu. Ini kerana,beliau memang cukup sinonim dan dikenali oleh belia belia Negeri Terengganu dan Peminat Sukan Di Negeri Terengganu.
Diantara sumbangan besar Dato Rozi Mamat kepada Sukan Negeri Terengganu ialah:

1. Tahun 2012, Pasukan Hoki Terengganu cipta sejarah apabila menang Piala Tun Abdul Razak ke-50 sekaligus menamatkan penantian Terengganu selama 50 tahun untuk menjulang piala berprestij itu.

2. Tahun 2016,hoki Terengganu menang piala Razak Cup 2016.

3. Menubuhkan Akademi Bolasepak Terengganu pada 2011 yang melahirkan ramai pemain pemain terkenal kelahiran Terengganu hingga kini.

4. Azizulhasni Awang pelumba basikal kelahiran Dungun dinobat Olahragawan Kebangsaan 2010/2011. Hingga kini Azizulhasni mencapai kejayaan demi kejayaan.

5. Membina Kompleks Veledrom Di Daerag Dungun bagi mencungkil bakat baru dalam sukan basikal telah melahirkan pelapis pelapis sukan basikal kelahiran negeri terengganu.

Sebagai bekas EXCO Belia Sukan Negeri Terengganu yang banyak mencipta kejayaan dalam sukan negeri Terengganu menjadikan Dato Rozi Mamat mempunyai pengaruh dan peminat tersendiri. Ingat,sikap Rakyat Terengganu ialah sangat terhutang budi dan pasti akan dibalas baik.Budi Dato Rozi Mamat dalam Sukan Negeri Terengganu sangat banyak. Ini akan dapat menarik undi kepada UMNO Terengganu yang kini dipimpin oleh Dato Rozi Mamat.

Dengan kata lain,Dato Rozi Mamat ini ibarat magnet yang akan menarik sokongan dan undi rakyat Terengganu kepada UMNO dan pemimpin pemimpin UMNO yang lain sekiranya Dato Rozi Mamat akan dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu sekiranya UMNO kembali menjadi kerajaan negeri.


1,010,767 Pageviews

Comments

Anonymous said…
Terbaik dato pengerusi umno negeri terengganu
Anonymous said…
Kita di penang jeles dgn terengganu punya leader ni
Anonymous said…
Sebagai pengundi luar trg aku bangga ada pemimpin cmni.balik ni undi umno la
Anonymous said…
Harap ketua zero issue yang bawah2 turut ikut sama la zero issue
Anonymous said…
Sebab apa aku tak tau sebelum ada pemimpinhebat macam ni dalam umno terengganu.sebab apa x angkat dato rozi daripada dulu
Mamat Penang said…
Aku rasa cam ni pi undi di terengganu la macam ni.power siot
Nurul Batrisya said…
Sebelum niaku menyampah nk balik kg ngundi .tapi bila baca artikel ni rasa menarik plak nk undi BN. Cuma bn tlg la kekalkan dato rozi ni sapa pilihanraya kalu nk kite undi BN