VISI & MISI JASNIZAM TARIKAN UTAMA UNTUK UMNO KEMBALI MEMERINTAH KEDAH
Bermisikan Kearah Anak Muda Kedah Berpendapatan Tinggi dan Sifar Pengangguran melalui Pendigitalan Ekonomi adalah tarikan hebat daripada Naib Ketua Pemuda UMNO Kedah Jainizam Husni untuk golongan muda Negeri Kedah memililih UMNO pada pilihanraya akan datang.
Ini kerana, berpendapatan tinggi adalah keinginan utam para belia bukan sahaja di Kedah tetapi juga di seluruh Malaysia. Apabila ditanya kepada Naib Ketua Pemuda UMNO Kedah ini,apakah langkah yang akan diambil untuk memberikan peluang kepada anak muda negeri Kedah berpendapatan tinggi, beliau menjelaskan langkah yang diambil ialah dengan Pendigitalan Ekonomi.Memfokuskan sektor ekonomi digital sebagai lubuk untuk anak muda Negeri Kedah meraih pendapatan tinggi.
Beliau berkata,sektor ekonomi digital mempunyai sangat banyak ruang dan peluang untuk meraih pendapatan tinggi dan mudah tanpa perlu bermodal besar dan berkerja 12 jam sehari. Antaranya ialah melalui Facebook Pages Income Earning dan Youtube Earning. Dengan hanya memuatnaik content atau video yang menarik, dan ditonton oleh ramai orang maka untuk meraih income ribuan ringgit segari sangat mudah.
Selain itu, bagi yang mempunyai bakat dalam penulisan atau mahir dengan microsoft office, ianya boleh menjadi Freelance Writer. Freelance Writer atau Penulis Bebas ini mampu memberi pendapatan tinggi dengan hanya menulis di rumah atau di mana sahaja.Anggaran pendapatan yang boleh diraih 2500-6500 sebulan.
Yang paling menarik ialah jika ingin bergelar jutawan atau billionare seperri Jack Ma dan Saygin Yalcin, memiliki apps sendiri akan menjadikan anak muda tersebut bergelar multimillionare.Perlu diketahui, dengan hanya 1 install sahaja,pemilik apps tersebut akan meraih pendapatan USD1.50 (income per install).Belum lagi dicampur dengan income per click di mana satu klik pada apps tersebut akan mendatangkan pendapatan USD0.20 per click. Cuba bayangkan jika apps tersebut diinstall oleh 10 juta Rakyat Malaysia.
Oleh itu,apa yang akan dimainkan peranan oleh saya dan pemuda UMNO Negeri Kedah ialah dengan menjadi pemudah cara kepada anak-anak muda di Kedah dengan mengajurkan kelas Videographer,Creative Content Creator, kelas penulisan, kelas membuat website dan Short Course Apps Developement and Management.
Peluang peluang yang lain untuk menjana pendapatan tinggi melalui sektor ekonomi akan didedahkan pada lain waktu. Menurut beliau juga, dalam masa ini satu Online Shopping Mall yang dikhaskan untuk memasarkan produk Negeri Kedah dan Produk Anak kelahiran Kedah akan dibina untuk menjadi platform kepada anak muda Kedah dan pengusaha Produk Negeri Kedah memasarkan produk mereka ke luar negaa.
Saya dan Pemuda UMNO Kedah yang lain akan memantau dan membuat satu target untuk dalam masa setahun berapa orang jutawan muda dilahirkan daripada Negeri Kedah. Dan kami akan memantau daripada awal hingga anak muda Kedah ini meraih pendapatan sendiri.
Visi dan Misi yang jelas dan menyakinkan ini menjadi tarikan utama untuk pengundi muda negeri Kedah meraih pendapatan sendiri dan akan ada yang bergelar multimillionare sektor ekonomi digital. Pemimpin muda berwawasan dan intelek sebegini lah yang dicari dan perlu diberi peluang untuk memimpin Negeri Kedah.
923,650 Pageviews
Comments